By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Ini adalah sambungan entry sebelum ini:-
Travelog Turki - Day 2 : Canakkale - Troy - Acropolis - Kusadasi
Perjalanan Hari Ketiga di Turki
Seawal jam 7 pagi, kami semua bersedia menurunkan beg ke lobi sebelum menuju ke dewan makan untuk sarapan.
Sesungguhnya perjalanan yang ditempuh di bumi Turki bukan mudah, ia jauh dan banyak tempat menarik untuk dilawati. Untuk kekal cergas dan bertenaga, saya dan Maria mengamalkan suplemen Shaklee setiap hari untuk kekalkan kesihatan dan kecergasan kami sepanjang hari.
Nak dapatkan suplemen Shaklee yang sesuai untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga setiap hari terutama sepanjang travel? Sila hubungi Maria di 019-259 2731.
Maria adalah Shaklee Master Coordinator dan Certified Shaklee Product Trainer, dan telah menjadi pengguna setia dan pengedar Shaklee sejak tahun 2012.
InsyaAllah, Maria boleh berikan konsultasi terbaik, dan semestinya harga terbaik dan berpatutan untuk anda.
InsyaAllah, Maria boleh berikan konsultasi terbaik, dan semestinya harga terbaik dan berpatutan untuk anda.
Royal Palace Kusadasi Hotel
Dalam tempoh 15 minit, kami tiba di tempat lawatan yang pertama. Keseluruhan kawasan ini dipanggil Ephesus. Di daftarkan sebagai World Heritage pada 5 July 2015.
Eren menerangkan kepada kami mengenai sejarah kawasan ini.
Kawasan ini dahulu merupakan Artemission Temple. Ia terdiri daripada 120 lebih tiang yang mendirikan keseluruhan bangunan.
Due to earthquake dan peperangan, hanya tinggal satu batu tiang ini sahaja yang tinggal.
Ambil ajer la gambar buat kenangan, kami di sini tak lama. Sekitar 5 minit sahaja.
Leco Leather and Fur
Then kami ke kedai barangan kulit, Leco Leather And Fur.
Kami dijemput masuk ke dalam dewan yang disediakan.
Rupanya ada fashion show.
Since di luar sejuk, kami dihidangkan dengan Apple Tea terlebih dahulu.
Pihak pengurusan syarikat buat briefing mengenai fashion show yang akan mereka lakukan.
Model lelaki ni tarik seorang ahli group kami, dah terpaksa jadi model tak berbayar. Hehe.
Yang model wanita ni pulak tarik seorang ahli group kami yang lelaki, dia duduk sebelah saya jer masa tu. Huhu. Syukur bukan saya yang kena tarik.
Dekat setiap baju yang mereka pakai ada nombor, so kita tick lah nombor baju mana yang kita minat. Nanti boleh test further. Maria pun dah tick dah beberapa nombor yang dia berminat.
Dan "model terakhir" kita, Maria pun posing juga kat situ.
Mereka tunjuk cara jahit jaket kulit ni, semuanya handmade dan sangat detail.
Minum sudah, fashion show pun sudah. So sekarang masa untuk shopping!
Beliau terangkan lebih detail mengenai kelebihan dan kualiti jaket kulit yang mereka keluarkan. Mereka sebenarnya pengeluar untuk Jaket berjenama seperti Burberry, Gucci dan lain lain lagi.
Cumanya, yang mereka jual ini tak boleh la nak lekat jenama tu di sini.
Bila saya pegang kain jaket kulit ni. Woww... Ternyata ia sangat lembut dan berbeza. Kualitinya superb!
So, jom tengok mana yang berkenan.
Selain jaket kulit, mereka juga keluarkan jaket bulu.
Seikhlas hati saya katakan, design baju mereka buat memang SUPERB. Sangat cantik dan berkualiti. Bila kita pakai, terasa baju tu terletak kat badan kita dan kita terus nampak jadi lebih handsome. Pompuan pulak akan terus nampak cutting jadi cantik. Design baju memang awesome.
Memang ramai yang berkenan dengan baju baju yang sangat cantik ni. Tapi.. harganya tentulah cantikkk juga. Hehe.
Untuk makluman anda, harga barang di sini semuanya dijual dalam US Dollar. Dan jaket yang paling murah pun sekitar 1000 USD. Tapi berbaloilah dengan kualitinya.
Syukur kalini Maria tak terpengaruh nak beli handbag. Sebab handbag yang ada kat rumah pun banyak lagi belum dipakai. Boleh buat pameran macam ni jugak. Huhu.
Ephesus
Ephesus merupakan satu tempat bersejarah yang menunjukkan ketamadunan kerajaan yang berusia ribuan tahun.
Ia terletak tidak jauh dari kedai jaket tadi. Semua sekitar kawasan ini sahaja.
Lebih kurang 10 minit sahaja dari kedai jaket Leco tadi. Turun aja bas, ada kedai shopping. Kalau nak melayan shopping ni, tak boleh habis rasanya.
Di sini, kami akan berjalan sekitar 1.5km untuk melihat kawasan bersejarah ini.
Ephesus adalah satu Ancient City. Kota ini buat pertama kali ditemui sekitar kurun ke 7 sebelum masihi. Huhu... Bayangkan, kota ini ditemui 700 BC. Maksudnya, memang kota ni dah berusia ribuan tahun dahulu.
Pada tahun 454 BC, kota ini berada di bawah pemerintahan Athens.
Pada tahun 334, semasa Alexander The Great menawan kota ini, ia terus memerintah di kota ini.
Kota Ephesus ini merupakan satu bukti ketamadunan yang maju satu ketika dulu. Mereka ada sistem kepercayaan kepada banyak Tuhan. Mereka ada sistem beraja. Ada penempatan orang kaya dan ada penempatan orang biasa. Dan yang best, pada waktu ini, mereka sudah mula membuat sistem pengairan untuk perumahan.
Maksudnya air bersih akan mengalir masuk ke rumah orang kaya manakala untuk rumah orang miskin, mereka perlu mengambil air dari telaga.
Orang kaya tinggal di tempat tinggi, orang miskin tinggal di tempat rendah. Di kawasan ini juga ditemui gymnasium, library, gereja, kawasan kedai dan segalanya.
Pendek kata, mereka hidup dengan bertamadun. Walaupun mereka hidup sekitar ribuan tahun dahulu.
Gambar bokeh ini diambil menggunakan telefon Huawei P9. Hehe.
Hafiz dah jumpa tempat lepak. "Teh tarik satu......"
Sebenarnya, tiang tiang ini sudah runtuh dahulu akibat gempa bumi. Namun, para arkealogi menyusun kembali tiang tiang ini dan meletakkan simen di tempat yang batunya mereka tidak temui.
So, kalau anda tengok tiang yang berlainan warna, maksudnya yang warna simen itu bukan original.
Kawasan jalan utama satu ketika dahulu.
Kawasan perumahan. Kita boleh tengok mereka menyusun bongkah batu yang sangat besar untuk membina rumah.
Ini macam kawasan kedai pada zaman dahulu. Satu partition di belakang tu satu kedai.
Arkeologis menemui tempat ini, melakukan kerja kerja menggali dan proses ini mengambil masa bertahun tahun untuk disiapkan.
Ada sesetengah kawasan mereka letakkan tali supaya pelancong tak masuk dan merosakkan kesan sejarah ini.
Teknologi zaman dahulu. Tiang ini 'dibina' semula. Kalau tengok warna tak sama tu, maksudnya yang tak sama warna itu dibuat semula.
Saya tanya tour guide, macam mana mereka lekatkan batu batu ni. Mereka ada guna satu bahan di antara dua batu itu, dan dia akan jadi macam 'Interlock' dan melekat.
Ada juga batu yang mereka jumpa, tapi mereka tak boleh nak sambung sebab tak jumpa batu lain untuk dicantum.
Anda boleh tengok lambang ular, pada zaman dahulu ini melambangkan 'Tempat Perubatan' macam hospital zaman sekarang.
Di belakang ni ada logo Nike Relief (Kuretler Avenue). Sebenarnya logo NIKE sekarang yang macam tanda 'Right' tu diilhamkan dari batu ini lah.
Kuretler Avenue. Laluan utama zaman dahulu.
Traian Fountain. Kalau anda perasan, di atas tu ada batu putih bulat. Sebenarnya, di situ asalnya ada patung seorang raja, di bawah kaki raja itu ada satu bola yang berbentuk bumi.
Para arkeologi mentafsirkan ribuan tahun dahulu, manusia sudah tahu yang bumi ini bulat.
Ini dibuktikan dengan maharaja itu yang 'Memijak Bumi' yang bermaksud dia adalah yang 'berkuasa' ke atas bumi ini.
Namun, mungkin kaum manusia ini mati secara serentak yang menyebabkan orang selepas itu mengatakan bumi ini mendatar. Awal tahun Masehi bermula, semua manusia percaya bumi ini flat. Sesiapa yang mengatakan bumi ini bulat akan dihukum kerana bertentangan dengan ajaran dan kefahaman mereka yang lalu.
Namun, mungkin kaum manusia ini mati secara serentak yang menyebabkan orang selepas itu mengatakan bumi ini mendatar. Awal tahun Masehi bermula, semua manusia percaya bumi ini flat. Sesiapa yang mengatakan bumi ini bulat akan dihukum kerana bertentangan dengan ajaran dan kefahaman mereka yang lalu.
Marble street.
Dulu, mereka sudah tahu menulis dan mempunyai huruf tersendiri.
Temple of Hadrian.
Sebelah kiri gambar ni, anda tengok ada kawasan berbumbung sementara. Sebenarnya di bawah bumbung itu, mereka sedang mengorek kawasan itu untuk mencari kesan peninggalan sejarah di situ.
Mereka korek secara manual, sebab itu ia mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Contoh batu yang ditemui tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak dicantumkan batu batu ini. Jadi mereka susun dahulu di sepanjang jalan untuk tontonan orang ramai.
Ini pulak gambaran bangunan 'Perpustakaan' mereka pada zaman dahulu
This is the real Library. Namanya "Celcus Library"
Ini pula adalah 'Meeting Place'. Zaman itu mereka tidak tahu apa itu aurat. So, kalau membuang air besar secara berjemaah itu menjadi satu tradisi buat mereka.
Public toilet tu jadi tempat mereka bersembang dan bersosial.
Apa yang lebih 'mengerikan' lagi, mereka mencuci najis di punggung dengan menggunakan berus dan dikongsi bersama. Pada waktu itu, mereka masih belum tahu yang najis itu mengandungi bakteria.
So... That's their lifestyle.
Dalam internet, ada contoh gambar tandas zaman dahulu.
Laluan menuju ke 'stadium' mereka.
Kemuncak kepada tour Ephesus ini adalah Ephesus Great Theater. Theater ini boleh memuatkan sekitar 25,000 orang pada satu masa.
Memang besar stadium purba ni.
Tahukah anda, teknologi yang mereka gunakan masa tu membolehkan bila orang bercakap di tengah, suara bergema di seluruh stadium. So tak payah guna microphone macam kita sekarang. Hebat kan tamadun zaman dulu.
Sebenarnya, kawasan Ephesus ini sangat besar. Kalau nak jalan semua, memang tak cukup masa.
Ada ribuan lagi batu yang ditemui tetapi tidak dicantumkan. Mereka sekadar letak di tepi macam ni.
Lawatan tamat.
Selepas keluar, ada kawasan jualan cenderamata dan juga makanan ringan. So, apa lagi. Makan ais krim Turki dulu.
Buah delima sangat banyak di Turki. Tetapi rasanya agak sedikit masam. Harga biasanya 1 biji 5 TL.
Ini pula buah Tin segar. Buah ni jenis yang tak tahan lama. Sebab tu kalau mereka nak eksport, mereka akan eksport yang kering.
First time saya makan buat Tin segar, rasanya Subhanallah. Sangat sedap. Sekilo buah ni dalam 20 TL.
Isabey Mosque
Lawatan seterusnya ke Isabey Mosque. Masjid ini dibina pada tahun 1375. Terletak lebih kurang 10 minit dari Ephesus.
Senibinanya dipengaruhi oleh budaya timur dengan dihiasi dengan batu marmar.
Pintu masuk masjid. Kebanyakan tiang yang digunakan di Masjid ini mereka 'recycled' daripada tiang-tiang bangunan lama sebelum ini.
Bekas tinggalan bangunan purba ada di dalam kawasan perkarangan masjid ini.
Ada buku percuma tentang Islam, percuma untuk pelancong.
Selamat membaca sejarah Isa Bey Mosque.
Di luar masjid, ada kedai jual cenderamata. Di kawasan kampung ni, ramai orang Turki yang susah dan bergantung kepada jualan barang kepada pelancong.
So, kalau anda pergi, beli lah sedikit di kawasan kampung untuk bantu kehidupan mereka.
Cenderamata yang santek santek pun ada... Beli yer, jangan tak beli...
Gozbasi Lokum Turkish Delight
Gozbasi Lokum Turkish Delight
Menurut Tour Guide kami, ini adalah antara kedai yang menjual Turkish Delight yang sangat sedap dan sangat berkualiti. Kalau Turkish Delights yang murah-murah dijual di tepi jalan tu, kebanyakannya tak sedap dan tak berkualiti, banyak bahan kimia yang tak bagus dalam tu. So elakkan beli yang sangat murah dijual di tepi-tepi jalan.
Di sini, semua barang dijual dalam USD. Sekotak dalam RM30-RM50. Memang sesuailah dengan rasa dan kualitinya.
Fig atau buah Tin.
Barangan berkualiti, harga terbaik.
Bermacam jenis ada.
Pelbagai jenis perisa.
Buah Tin dikeringkan dengan Walnut. Harga terus jadi 12USD sekotak.
Jemput rasa...
Ini yang jadi kalau diajak orang Malaysia 'rasa'. Sampai licin dibelasahnya. Haha.
Dah rasa sedap, mesti kena beli jugak. Satu paket dalam 7 USD. Gambar atas tu bukan semua saya punya. Kami share beli berjemaah sebab ada promotion Buy 5 Free 1.
Alhamdulillah, hasil tangkapan hari ini.
Tak jauh dari kedai tadi, kami berhenti sekejap untuk makan tengah hari.
Setiap kali makan ada nasi. So jangan risau.
Bagi anda yang menggemari sayur, memang ada banyak sayur dan ulam di sana.
Orang Melayu tetap dengan serundingnya. Actually kalau dah tak ada serunding tu, boleh ajer makan. Tapi kalau ada serunding, ia bagi lagi sedap. Senang la sikit nak tolak masuk tekak Melayu ni hehe.
Seterusnya, kami menuju ke kawasan lain pula. Nama tempat ini adalah Pamukkale. Pamuk dalam bahasa Turki bermaksud "Cotton" dan kale bermaksud "Castle". So kami nak melawat tempat yang dipanggil Cotton Castle.
Sebelum pergi, saya membayangkan akan melawat kebun kapas. Sebab dah itu namanya. So, jom kita tengok apa yang saya bayangkan tu betul tak.
Dari jauh sudah nampak kawasan ini yang keputihan macam snow.
Masuk ke tempat pendaftaran dan beli tiket dulu. Tapi semua tiket entrance kami dah di uruskan oleh pihak agen.
Jom kita tengok apa yang istimewanya tempat ni.
Harga tiket. Kalau kita pergi sendiri, harga agak mahal untuk beli tiket. Tapi bila pergi dengan pakej, semua dah termasuk dalam harga ini.
Tengok tengok ada pasangan pengantin yang datang ke situ untuk buat photoshoot.
Untuk ke Cotton Castle, kami perlu berjalan sejauh 400 meter dahulu. Baru sampai ke Cotton Castle ni.
Rupa-rupanya bukan cotton. Hehe. Dari bukit yang tinggi, hot spring (air panas) sentiasa mengalir dan menyebabkan terjadi lah batu-batu putih dinamakan 'TRAVERTINE' (carbonate mineral left by the flowing water).
Ia membentuk kawasan yang berwarna putih dan sangat cantik. Nampak macam lembut tapi bila pijak sebenarnya keras.
Anda boleh tengok, ramai orang berjalan di hujung sana tu. Mereka berjalan di atas batu ini.
Tempat ini menjadi satu tarikan kepada pelancong dari seluruh dunia.
Kalau datang musim winter atau spring, air akan bertakung di lekuk lekuk belakang tu. Apabila terkena matahari, semua kawasan ini akan nampak ala ala kebiruan sebab pantulan cahaya kepada air.
Group photo lagi.
Gaya Usain Bolt tak boleh dilepaskan.
Happy honeymoon.
Di bahagian hujung kami terjumpa kawasan air yang ada bertakung. Cantik pula kawasan ni. Cuma disebabkan kami nak ambil gambar menghala ke arah matahari, susah sket nak ambil gambar sebab backlight.
Ambil ajer la dari angle yang boleh. Kat sini tak ramai yang datang. Sebab kena jalan agak jauh.
Sangat cantik, Subhanallah.
Ni tempat yang tak ada air. Kalau ada air akan jadi lagi cantik.
Ambil peluang rendam kaki di sini. Air suam suam jer. Tak la panas sangat.
Nak mandi pun boleh kat sini. Tapi kena bawa pakaian yang bersesuaian. Air panas di kawasan ni dikatakan bagus untuk kesihatan kulit.
Ramai pelancong berendam kaki.
Kami nampak banyak pasangan pengantin nak ambil gambar. Memang cantik kawasan ini menjelang sunset.
Dah hampir malam. Selesai lawatan kami di sini. Jom ke hotel!
Hotel tidak jauh dari sini, sekitar 30 minit sahaja. Di Pamukkale, kami tinggal di Hotel Ninova.
Bilik yang cantik.
Dan selesa.
Di hotel ni pun ada Hot Spring Pool. Apa lagi, lepas makan saya dan Abang Hafiz pi mandi sini pula. Memang best.
Abang Hafiz kata, "Jadilah traveller, jangan jadi tourist..... Experience everything"
Abang Hafiz kata, "Jadilah traveller, jangan jadi tourist..... Experience everything"
Ok.... Berakhirlah hari ke tiga kami di Turki.
Esok macam mana? Haha... Esok hari perjalanan paling jauh. 613km dan mengambil masa 7 jam 15 minit di atas bas.
Dari Pamukkale ke Cappadocia.
Jom baca kisah perjalanan kami seterusnya di sini:-
Travelog Turki - Day 4 : Konya - Mevlana Museum - Caravanserai
Jom baca kisah perjalanan kami seterusnya di sini:-
Travelog Turki - Day 4 : Konya - Mevlana Museum - Caravanserai
Wassalam
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Sebegini, Sila Hubungi Nombor Di Bawah
Harga yang ditawarkan adalah RM3999 + RM200 ( Tipping ) = RM4199 Sahaja.
Trip Untuk Tahun 2018 Sudah Dibuka Sekarang.
Jika berminat, anda boleh Whatsapp : 019-302 6460
Cakap ajer, nak pakej Turki macam Maria Firdaus ambil.
Atau Klik Link Ini : http://bit.ly/kembarasufi-turkey Anda Akan Direct Whatsapp Ke Kembara Sufi
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS