By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Sambungan dari entry sebelum ini:-
Travelog Turki - Day 5 (Part 2) : Cappadocia - Kaymakli Underground City - Pigeon Valley- Zultanite Gemstone
Seperti biasa, lepas breakfast kami pastikan kami makan suplemen Shaklee untuk kekalkan kesihatan dan kecergasan sepanjang hari. Kami pilih Shaklee sebab ia adalah vitamin semulajadi, dan dah terbukti sentiasa selamat dan berkesan sejak 100 tahun lalu.
[Nak dapatkan suplemen Shaklee yang sesuai untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga setiap hari terutama sepanjang travel? Sila hubungi Maria di 019-259 2731.
Maria adalah Shaklee Master Coordinator dan Certified Shaklee Product Trainer, dan telah menjadi pengguna setia dan pengedar Shaklee sejak tahun 2012.
InsyaAllah, Maria boleh berikan konsultasi terbaik, dan semestinya harga terbaik dan berpatutan untuk anda.]
[Nak dapatkan suplemen Shaklee yang sesuai untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga setiap hari terutama sepanjang travel? Sila hubungi Maria di 019-259 2731.
Maria adalah Shaklee Master Coordinator dan Certified Shaklee Product Trainer, dan telah menjadi pengguna setia dan pengedar Shaklee sejak tahun 2012.
InsyaAllah, Maria boleh berikan konsultasi terbaik, dan semestinya harga terbaik dan berpatutan untuk anda.]
Bersama rakan rakan yang lain menjamu selera.
Bergambar sebelum meninggalkan Gold Yildrim Hotel, Cappadocia. Cuaca harini sangat sejuk. Cakap boleh keluar asap ikut mulut. Hehe.
Vanessa Seramik And Pottery
Destinasi pertama kami harini adalah Vanessa Seramik and Pottery. Terletak lebih kurang 200 meter sahaja dari hotel kami.
Turki juga terkenal dengan seni membuat tembikar dan lukisan di atas seramik.
Ambil tempat dulu sementara tunggu ahli group yang lain masuk.
Nampak gaya ada orang akan buat persembahan.
Ditunjukkan kepada kami cara membuat tembikar.
Antara barangan yang mereka hasilkan.
Antara seni halus yang mereka hasilkan. Selepas buat pinggan ini, mereka akan melukis corak dengan tangan.
Ada bermacam corak dan bentuk. Memang cantik maka harga pun mestilah cantik. Ada yang berharga berpuluh ribu RM sebab semuanya handmade.
Kalau lah letak piring or pasu macam ni kat rumah kami, confirm kejap je dah pecah sebab kena bola tendangan 3 hero kecil di rumah. Haha. Since anak-anak tengah lasak, rumah sekarang boleh letak barang-barang yang child-friendly saja.
Selesai window shopping. Kami tiada hasil tangkapan di sini. Ok jom naik bas untuk teruskan perjalanan.
Salt Lake / Lake Tuz
Lepas beberapa jam menaiki bas, kami sampai ke Salt Lake. Dari kejauhan kami dah nampak warna putih je, macam snow.
Salt Lake ni adalah tasik kedua terbesar di Turki, dan merupakan antara tasik garam terbesar di dunia. Ia terletak di Central Anatolia Region. Walaupun size tasik ni sangat besar (1500 square km), biasanya kedalamannya hanya dalam 0.5-1 meter saja.
Semasa musim panas, disebabkan oleh proses penyejatan berlaku, tasik ini kering dan meninggalkan lapisan garam setebal 30 cm di atas permukaan lumpur.
Semasa musim sejuk pula, tasik ini mendapat air semula, tapi kedalaman airnya tak lebih 2 meter saja.
Jadi garam hanya boleh dikumpul pada bulan July dan Aug semasa tasik ini kering.
Untuk memastikan kebersihan garam yang dikumpul, mereka hanya kumpul garam di kawasan yang ketebalannya lebih dari 6 cm saja.
Salt Lake ni mampu membekalkan 300 ribu tan garam setahun, iaitu 60% dari total salt production di Turki.
Semasa musim panas, disebabkan oleh proses penyejatan berlaku, tasik ini kering dan meninggalkan lapisan garam setebal 30 cm di atas permukaan lumpur.
Semasa musim sejuk pula, tasik ini mendapat air semula, tapi kedalaman airnya tak lebih 2 meter saja.
Jadi garam hanya boleh dikumpul pada bulan July dan Aug semasa tasik ini kering.
Untuk memastikan kebersihan garam yang dikumpul, mereka hanya kumpul garam di kawasan yang ketebalannya lebih dari 6 cm saja.
Salt Lake ni mampu membekalkan 300 ribu tan garam setahun, iaitu 60% dari total salt production di Turki.
Disebabkan tahap garam yang tinggi, tiada tumbuhan yang boleh hidup di sekeliling kawasan tasik ni. Sebab tu nampak lapang je di sekitar tasik ni kan.
Lompat keriangan.
Lompat gaya lain pulak.
Nampak macam snow pulak kat belakang tu kan.
Anatolian Civilizations Museum, Ankara
Seterusnya, kami melawat The Anatolian Civilizations Museum di Ankara.
Muzium ini sebenarnya adalah bangunan lama yang dibina sejak tahun 1464. Dahulunya merupakan kawasan yang sangat besar dan ada macam-macam fungsi termasuk bazaar yang menempatkan lebih 100 buah kedai pada masa tu.
Anda boleh baca sejarah di gambar atas ni. Bangunan ni pernah terbiar selepas terbakar pada 1881.
Kemudian Ataturk mengubah bangunan lama ini menjadi muzium, dan dibuka pada 1943.
Di dalam muzium ini mereka simpan bahan sejarah asal usul nenek moyang orang Turki dari zaman Paleolitik, Neolitik dan sebagainya berdasarkan bukti sejarah yang ditemui di bumi Turki.
Sebagai contoh, ini ketamadunan Zaman Neolitik.
Di Turki, mereka menemui sejarah berusia ribuan tahun dahulu. Bermula dari sejarah Zaman Kayu iaitu Zaman Paleolitik, kemudian mereka menemui sejarah zaman batu, kemudian zaman besi dan seterusnya sehingga kemajuan zaman Kerajaan Roman.
Mereka menemui tanduk binatang yang digantung di dinding rumah sebagai 'semangat rumah'.
Kepercayaan awal mereka, tuhan itu gemuk dan subur. Sebab itu mereka kata mereka maju dari segi pertanian. Mereka percaya tuhan dilindungi oleh dua ekor harimau bintang yang bermaksud ia sangat kuat. Walau bagaimana pun, dari satu zaman ke zaman yang lain, kita boleh tengok kepercayaan tuhan mereka juga berubah.
Zaman emas.
Handphone zaman dulu. Hehe. Semua batu ini ada cerita yang tersendiri.
Batu digunakan untuk simpan rekod. Surat kahwin, surat cerai, surat mati. Setiap batu ada maksudnya.
Bahan perhiasan yang ditemui.
Lukisan zaman purba yang dilukis dibatu bata menunjukkan cara hidup dan peradaban mereka dahulu.
Banyak patung bentuk manusia dan haiwan.
Dah selesai melawat muzium.
Cikis maksudnya Keluar. Giris maksudnya Masuk. Selamat belajar bahasa Turki :)
Ataturk Memorial Tomb
Selepas tu kami dibawa pula ke Ataturk Memorial Tomb, iaitu makam Mustafa Kamal Ataturk.
Sejarah Mustafa Kamal Attartuk
Nama sebenar beliau adalah Mustafa. Namun, orang ramai memanggilnya Kamal kerana kepintarannya dalam bidang Matematik.
Beliau dilahirkan pada 19 Mei 1881 di Bandar Solanika, Turki. Ibu kandungnya bernama Zubaidah Hanim. Namun bapanya kandungnya masih tidak dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.
Beliau sebenarnya berasal dari keturunan Yahudi Turki yang dikenali sebagai Yahudi Dunamah iaitu gelaran untuk mereka yang beragama Yahudi tetapi berpura pura beragama Islam.
Tujuan mereka sangat mudah, mereka memakai nama nama Islam dengan tujuan menduduki jawatan penting dalam kerajaan dan kemudian akan berpakat untuk menjatuhkan kerajaan Turki Othmaniyah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah di Solanika pada tahun 1886. Kemudian, pada tahun 1896 beliau belajar di sekolah tentera.
Pada 29 Januari 1923, beliau berkahwin dengan Latifah Hanim namun bercerai pada 5 Ogos 1925.
Pada tahun 1923, Mustafa Kamal telah dilantik menjadi Presiden Turki yang pertama setelah beliau berjaya meruntuhkan Kerajaan Turki Othmaniyah.
Sebelum beliau menjadi Presiden Turki, beliau sangat berkebolehan dalam bidang kepimpinan, sangat berpandangan jauh, sangat bijak dalam bidang ekonomi, sosial dan sangat berani dalam berpolitik.
Dari segi sejarah, selepas menjadi Presiden Turki secara perlahan lahan beliau menukar sistem pemerintahan dan amalan agama Islam di negara ini.
Unsur sekular diselit dalam kehidupan masyarakat Turki dan unsur Islam dibuang sedikit demi sedikit. Mereka yang menentangnya akan dihukum penjara atau dihukum bunuh.
Selepas itu, beliau menggelarkan dirinya sebagai Attartuk iaitu "Bapa Turki".
Pada 1924, beliau menghapuskan Kementerian Wakaf iaitu kementerian yang menguruskan hal ehwal Islam.
Kemudian pada 1925, Masjid Aya Sofya ditukar kepada muzium dan semua masjid di Turki ditutup dengan alasan masjid digunakan sebagai tempat untuk memberontak terhadap pemerintah.
Pada tahun 1926 pula, hukum Islam telah ditukar kepada Hukum Swiss dan pada waktu ini juga, kalendar Hijriah ditukar kepada kalendar Masehi dalam negara mereka.
Pada tahun 1928, tulisan jawi telah ditukar kepada tulisan Latin dan pada tahun ini juga wanita Islam dilarang memakai pakaian wanita Islam tetapi ditukar kepada pakaian wanita Eropah. Lelaki pula tidak dibenarkan memakai serban tetapi ditukar kepada memakai topi.
Perlahan lahan, beliau menukar Al Quran dalam bahasa Turki dan kemudian azan juga di azankan menggunakan Bahasa Turki.
Pada tahun 1933, beliau buat kali ketiga telah terpilih untuk menjadi Presiden Turki. Melihat pengaruhnya yang semakin kuat, beliau semakin berani dengan menutup sekolah agama dan digantikan dengan sekolah sekular berasaskan barat.
Tindakan lebih berani dilakukan apabila Universiti Islam turut menerima nasib yang sama apabila diperintakan ditutup.
Cuti umum hari Jumaat juga ditukar kepada hari Ahad.
Beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 akibat penyakit hati dan beberapa penyakit misteri.
Kami berjalan menuju ke Muzium.
Pada waktu ini ada perbarisan menukar askar yang menjaga kawasan. So ada kawad masuk dan kawad keluar.
Setiap 2 jam askar akan bertukar.
Di dalam bangunan belakang kami ini lah terletaknya makam Mustafa Kamal Atarturk. Bapa Pemodenan Dan Revolusi Turki.
Berdasarkan sejarah, Mustafa Kamal meninggal dunia akibat sakit misteri pada November 1938. Semasa beliau meninggal dunia, mayatnya tidak ditanam terus. Tetapi diawet supaya tidak reput. Kemudian mayatnya disimpan di satu tempat.
Pada waktu ini, mereka membina bangunan ini iaitu sebuah memorial sebagai tempat meletakkan mayat beliau nanti. Selepas bangunan memorial ini siap dibina, mereka mengeluarkan kembali mayat Mustafa Kamal Attartuk dan kemudiannya mayatnya ditanam di sini.
Di Turki, jangan sesekali anda kutuk Mustafa Kamal Ataturk. NEVER EVER. Jangan cari pasal dengan penduduk Turki.
Mereka ini semua sudah di"brainwash" sejak dari kecil lagi dan dilatih untuk menyayangi dan menyanjungi Mustafa Kamal Ataturk.
Gelaran Ataturk merupakan gelaran yang besar bagi rakyat Turki.
Mereka melihat beliau sebagai bapa pemodenan dan kemajuan orang Turki.
Mengapa? Sebenarnya, pada penghujung zaman pemerintahan Khalifah Othmaniyah, pemerintahan pada waktu itu sangat lemah. Mereka tidak bijak mengurus tadbir ekonomi negara sehingga kerajaan Turki terpaksa berhutang dengan bank bank di Eropah.
Ataturk pada waktu itu melihat kerajaan Turki Othmaniyah tersangat lemah, terutama selepas mereka terlibat dengan Perang Dunia Pertama.
Apa yang dibuat pada waktu ini, orang Yahudi mula menghasut orang Arab untuk menuntut kebebasan daripada Kerajaan Turki Othmaniyah. Alasan mereka, orang Arab adalah pewaris dari Rasulullah S.A.W, mana mungkin orang Arab yang 'mulia' dipimpin oleh orang Turki.
Kesannya, berlaku persengketaan antara negara Arab dan kerajaan Turki.
Apabila kerajaan Turki nampak lemah, disinilah munculnya Mustafa Kamal Ataturk yang pada waktu itu menjawat jawatan dalam kerajaan untuk menjatuhkan kerajaan Turki Othmaniyah dan seterusnya mengusir sultan keluar dari Istana dan diwujudkan Kerajaan Republik Turki.
Ditakdirkan, selepas pemerintahan beliau ekonomi Turki kembali pulih dan Ataturk berjaya membawa kemajuan kepada Turki selari dengan negara Eropah yang lain.
Disebabkan inilah, mereka melihat MUSTAFA KAMAL ATATURK sebagai BAPA PEMODENAN TURKI dan oleh sebab itu.
Sebab itulah, walaupun Mustafa Kamal dah meninggal, mereka sangat mengagungkan beliau.
Di Turki, kanak kanak sudah di"brainwash" dari kecil. Saya dapat lihat, even pada hari weekday, banyak sekolah tadika membawa anak-anak ke Memorial Mustafa Kamal Atarturk ini.
Mereka disemai semangat nasionalisme dan diingatkan dengan jasa-jasanya di Negara Turki.
Akhirnya, lahirlah generasi demi generasi melihat apa yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Atarturk sebagai satu kemajuan, bukan satu yang salah.
Nak ditunjukkan betapa mereka mengagungkan Mustafa Kamal ini, disebelah Memorial atau kubur beliau, mereka membina sebuah Muzium Mustafa Kamal Attartuk.
Dalam muzium ini, akan dipamerkan kehebatan dan semua 'kebaikan' yang telah dilakukan oleh Mustafa semasa pemerintahan beliau. Dan segala keburukan dan kejahatan yang dilakukan tidak diceritakan kepada generasi baru.
Dalam muzium ini, Mustafa Kamal Atarturk diangkat sebagai perwira negara.
Patung Mustafa Kamal Atarturk.
Pakaian beliau, buku beliau, senjata beliau, sejarah beliau semuanya diceritakan dengan detail dalam muzium ini.
Dan pada hari kami melawat muzium ini, saya boleh tengok ratusan kanak kanak tadika dari pelbagai sekolah melawat muzium ini.
So, anda boleh tahu mengapa orang Turki hari ini sangat mencintai dan mengasihi insan bernama Mustafa Kamal Attartuk.
Seterusnya kami pergi menunaikan solat di Masjid.
Seni bina yang sangat cantik untuk setiap masjid moden di Turki hari ini.
Siap ada kompleks dan kedai buku lagi dalam masjid.
Di Turki, mereka melihat tulisan Ayat Al Quran yang dipamerkan sebagai satu "Art". Ramai yang tidak tahu membaca Al Quran dan ramai juga yang tidak bersolat. Pada waktu solat berjemaah, anda boleh lihat masjid sangat besar tetapi jemaahnya berapa orang sahaja.
Ayat Al Quran dilihat sebagai seni
Dari segi kecanggihan masjid, tak boleh ditanding. Sangat canggih. Masjid baru yang moden biasanya mempunyai lift.
Mudah nak naik dan nak turun
Alhamdulillah, selesai lawatan di Ankara.
Kami tiba di Vonresort Abant di Bolu sekitar jam 7:25 malam.
Resort ni sangat besar dan cantik. Tapi kami tak sempat nak explore pun. Sampai jam 8 malam dah gelap, dan jam 6:45 esok pagi dah bergerak semula ke Istanbul.
Resort ni sangat besar dan cantik. Tapi kami tak sempat nak explore pun. Sampai jam 8 malam dah gelap, dan jam 6:45 esok pagi dah bergerak semula ke Istanbul.
Semoga anda belajar sesuatu dari perkongsian saya hari ini.
Saya doakan satu hari nanti anda dapat melawati Turki dan melihat sendiri apa yang saya kongsikan ini. Selamat melancong yer.
Wassalam.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Sebegini, Sila Hubungi Nombor Di Bawah Yer
Harga yang ditawarkan adalah RM3999 + RM200 ( Tipping ) = RM4199 Sahaja..
Trip Untuk Tahun 2018 Sudah Dibuka Sekarang.
Jika berminat, anda boleh Whatsapp : 019-302 6460
Cakap ajer, nak pakej Turki macam Maria Firdaus ambil.
Atau Klik Link Ini : http://bit.ly/kembarasufi-turkey Anda Akan Direct Whatsapp Ke Kembara Sufi
Jika Ada Mana Mana Travel Agen Yang Ingin
Mendapatkan Khidmat Penulisan Berinformasi Sebegini Dalam Trip Anda, Sila
Hubungi Saya. 019-5782515. Just Bawa Saya Ikut Trip Anda
Dan Saya Akan Mempromosikan Syarikat Anda Secara Percuma.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS