Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.
Mudah mudahan kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, kami berjaya mendapat 2 TIKET PERCUMA untuk percutian 5 Start menaiki Western Mediterrenean Cruise yang di sponsor sepenuhnya oleh Shaklee.
Percutian mewah ini adalah sebagai rewards atas performance jualan team kami MFMS EMPIRE sepanjang cycle April 2017 - March 2018.
Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan. Terima kasih pihak Shaklee atas rewards ini.
Anda boleh baca entry sebelum ni DI SINI.
So, inilah gambar gambar yang ingin dikongsikan.
Beg yang dibawa ke sana. Dua beg besar, dua beg hand luggage dan dua bag pack. Beg besar tu memang sengaja kami balut dengan kain, so beg tak rosak. Fawwaz sedang cuba nak menyamar sebagai luggage. Hihi. Sian dia kena tinggal. Takpe 10 hari je.
Tiba di KLIA terus check in beg. Seorang boleh check in 30kg. So, 4 beg ni semua kami check in. Senang, tinggal bag pack ajer dengan kami.
Dapat Meal Allowance dari Shaklee. Ada 4 kali makan yang tidak disediakan oleh Shaklee. So, mereka sediakan cash untuk kami guna waktu makanan tidak disediakan nanti.
Taraaa... Seorang dapat Euro 170 bersamaan RM850 setiap sorang. Kami bawa duit cash RM5000 = Euro 1000 sahaja + dapat duit makan Euro 170 + Euro 170. Kiranya itulah duit kalau nak belanja beli barang di sana. Kalau tak cukup, pakai ajer kad kredit.
Dapat name tage setiap sorang.
Kami naik kapal terbang Emirates, dari KLIA, transit di Dubai dan kemudian ke Barcelona.
Dah siap check in, kami bergerak ke balai berlepas.
Trip Shaklee kalini turut disertai oleh adik saya Master Duha & isterinya Master Ainul, dan adik Ainul iaitu Master Tira.
Di KLIA.
Kami naik kapal terbang A380. First time saya naik kapal terbang ni. Sangat besar. Subhanallah.
Flight kami jam 2 pagi dari KLIA. Perjalanan ke Dubai ambil masa 6 jam untuk sampai ke sana.
Welcome To Dubai! Transit selama 3 jam lebih di sini.
Jam 10 pagi waktu Dubai, kami berlepas kembali juga menaiki kapal terbang Emirates ke Barcelona. Trip kali ni ambil masa 7 jam.
Naik kapal terbang A380 sangat selesa, besar dan tak rasa sangat bergoyang. Memang puas hati lah.
Alhamdulillah, selamat sampai di Barcelona, Spain.
First time saya menjejak kaki ke Sepanyol. Maria pula kali kedua ke Barcelona. Maria pernah ke sini masa zaman study di UK tahun 2000 dulu.
Dalam airport lagi dah jumpa Barcelona FC Official Store.
Ushar la baju Messi ni, harganya. Masya Allah. Euro 179 = RM900 untuk sehelai baju. Ini baju yang player pakai. So, harga mahal lagi. Kalau baju replika, harga Euro 105. Around RM500 sehelai baju. Huhu, tak berbaloi rasanya nak beli.
Ini adalah itinerary kami untuk harini di Barcelona.
Tempat pertama lawatan kami adalah ke La Rambla Street. Ia tempat shopping yang terkenal di Barcelona. Ada banyak kedai di sini. Masalah utama kami, tak cukup masa sebab kapal terbang kami tadi dah delay 1 jam. So, sampai sini lewat sikit.
Nama Maria memang famous di Europe. Siap orang staff kat Airport Barcelona kata, Maria macam Spanish name. Harga satu plate nama ni dalam RM25.
Dah sampai ke bandar Barcelona.
Kami juga melawat St Josep Market. Ia salah satu pasar yang dibina sejak ratusan tahun dulu.
Kami beli ajer lah buah. Yang lain nampak macam tak relevan dengan kami. Saja beli nak merasa buah buahan di Europe. Rasanya tetap sama macam buah di Malaysia. Hehe. Harga jer mahal. Satu bekas saya pegang tu RM7.50.
Ada gula gula dijual, tapi kami tak beli lah. Tak tahu kehalalannya.
Then kami ke Hard Rock Cafe Barcelona. Agak jauh. Kena jalan kaki dalam 15 - 20 minit.
Tangkap sebutir baju ni. Harga mahal ya ampun. Sehelai Euro 26. Hampir RM130.
Been there.
Dah dapat hasil tangkapan, kami bergerak balik ke bas. Itu pun dah nak kena berlari sebab dah lambat.
Next, kami di bawa makan malam di Marina Bay.
Restoran seafood yang sangat luas dan selesa.
Kami dapat surat cinta "Shaklee Welcomes You' ' dan free Vitamin C Chewable sorang satu. Thanks Shaklee!
Kami dapat surat cinta "Shaklee Welcomes You' ' dan free Vitamin C Chewable sorang satu. Thanks Shaklee!
Bersama adik saya, Duha.
Surat cinta dari Shaklee.
Jom makan dulu... Ada roti pizza sebagai appetizer.
Dapat udang sorang semangkuk..
Then lobster seorang satu. Since Maria tak makan lobster, saya pun 'terpaksa' makan lobster dia. Subhanallah. Sedap sungguh. Maria makan ikan saja.
Malam kami di bawa ke NH Constanza Hotel. Betul-betul di bandar Barcelona. Semestinya hotel 5 Star pilihan Shaklee untuk kami.
Bilik yang sangat selesa.
Luas dan cantik.
Dah malam. So masa untuk kami berehat dulu.
Jemput baca entry hari esoknya di sini:-
Travelog Western Mediterranean Cruise Part 2 - Symphony of The Seas, World Largest Cruise Ship!
Travelog Western Mediterranean Cruise Part 2 - Symphony of The Seas, World Largest Cruise Ship!
Wassalam.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS