Ini adalah sambungan entry sebelum ini:-
Part 1 - Kuala Lumpur to Barcelona, Spain
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Hari ini saya ingin menyambung perjalanan kami di Barcelona sehinggalah kami naik kapal Cruise Symphony of The Seas, iaitu kapal cruise terbesar di dunia.
Itinerary kami untuk hari ini.
Seawal jam 6:30 pagi, kami breakfast di hotel.
Makanan masa breakfast ni sangat amazing. Macam macam ada. Tapi ada banyak juga yang tidak halal. So, kena bijak memilih makanan yang halal sahaja.
Shaklee dah minta pihak hotel untuk labelkan makanan yang halal dan tidak halal supaya kami tidak tersalah ambil.
Selesai bersarapan, kami bergambar dulu di luar hotel. Pemandangan di luar ni memang cantik.
Master Maria, Master Ainul dan Master Tira. Maria adalah biras Ainul. Tira pula adik Ainul.
Maria dan Ainul bekas Engineer. Tira pula graduate Law.
Alhamdulilllah, sekarang semuanya berjaya sebagai Working-At-Home-Mom dengan bisnes Shaklee, dan mengenggam income 5 angka setiap bulan.
Kami para suami memang sangat berbangga dengan kejayaan mereka.
Excited! Dah tak sabar nak naik cruise harini! Tapi pagi ni kami akan melawat tempat menarik di Barcelona dulu.
Tempat lawatan pertama kami pagi ini adalah di Park Guell.
Benvinguts - Maksudnya Welcome.
Untuk pengetahuan anda, di Europe pada zaman dahulu, mereka sangat meminati seni.
Jadi taman ini adalah hasil sentuhan Antoni Gaudi. Beliau adalah seorang arkitek dari Catalonia, bapa pemodenan dari segi seni bina di sana.
Kehebatan Gaudi adalah beliau boleh mereka bentuk bangunan atau tempat dengan sangat unik, maksudnya seni bina di satu tempat itu tidak akan sama dengan tempat lain.
Jom kita tengok cantik tak hasil idea beliau.
Gaudi membina sebuah taman. Di dalam taman ini ada bangunan yang sangat cantik. Bagi saya, it is really amazing.
Ia tempat orang kaya kaya dahulu lepak lepak dan berehat. Perhatikan susunan batu bata yang membentuk bangunan belakang tu. Subhanallah.
Peninggalan sejarah warisan senibina yang cantik.
Ada laluan bertangga. Tembok batu pun nampak sangat cantik. Yang sebelah kanan tu, baru buat. Sebelah kiri yang asal.
Cuaca agak mendung pada pagi itu dan sejuk sikit, tapi masih boleh tahan lagi.
Kalau nak tahu, jacket denim biru tu Maria baru je beli sebelum trip ni. Saya dipaksa pakai supaya bergambar sedondon. Haha. Layankan ajer.
Masters of The Walking Beauty (TWB) Family.
Cantikkan seni bina bangunan di sini.
Kami naik ke bahagian atas bangunan. Rupa rupanya sejak zaman dahulu lagi, mereka dah ada seni mozek untuk mencantikkan lagi bangunan.
Sebahagian daripada delegasi Shaklee Malaysia. Total 125 orang Leaders Shaklee yang qualify untuk trip percuma kalini. Ada juga yang pilih ke trip Umrah jadi mereka tak join trip di sini. Kami boleh pilih salah satu trip International saja setiap tahun.
Selesai lawatan di Park Guell, kami menaiki bas semula menuju ke tempat lawatan lain pula.
Santa Pau. Bangunan ini asalnya dicadangkan untuk buat hospital. Tapi ia ditukar untuk tujuan lain selepas itu. Sekarang ia menjadi tempat bersejarah yang sering di lawat oleh pelancong di Barcelona.
Saya dan Maria dah banyak melawat negara negara di Eropah. Apa yang kami perhatikan, seni bina mereka hampir sama di kebanyakan negara di Eropah. Termasuklah Spain, France, Italy, UK, Turki.
Tempat lawatan kami seterusnya adalah La Sagrada Familia. Ia juga adalah hasil idea Antoni Gaudi. Ia mula dibina sejak tahun 1882. Antonio Gaudi meninggal dunia pada 1926. Dan yang peliknya, sampai sekarang bangunan ini belum siap lagi dibina.
Dah jadi bebudak semuanya. Ainul tu, sampai terangkat topi dia bila melompat. Nampak tak kren kat belakang tu, masih nak siapkan bahagian atas bangunan itu.
Bangunan ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana ia hanya menggunakan dana orang ramai sebagai sumber kewangan pembinaannya. So, memang slow slow mereka buat. Bila tak ada duit berhenti, dan kumpul lagi.
Bangunan ini dijangka siap sepenuhnya pada 2026, ia mengambil tempoh 100 tahun selepas kematian Gaudi, barulah bangunan ini dijangka siap sepenuhnya.
Selepas melawat bangunan La Sagrada Familia, kami bergerak kembali ke bas. Destinasi seterusnya adalah ke jeti untuk menaiki kapal cruise.
Alhamdulillah, dah sampai ke Barcelona Port. Its time to board the cruise.
Kami semua kena check in dulu sebelum masuk ke dalam kapal.
Menuju ke kapal.
Welcome to the Symphony Of The Seas! Subhanallah. Kapal cruise terbesar di dunia dah berada di hadapan kami. Sangat sangat teruja rasanya!
Kalau nak tahu, kapal ni baru dibina, dan pelayaran pertama baru jer bermula 6 bulan lepas pada March 2018. Kiranya kami antara penumpang terawal untuk kapal ni.
Kapal yang kami hanya tengok dalam gambar sebelum ni, kini dah ada depan mata. Tak dapat bayangkan perasaan teruja kami.
Cruise ni boleh memuatkan lebih 6000 penumpang dan 2000 crew. Sebesar size 3 football fields (170,000 sq.feet). Kos pembinaan US$1.35 Billion.
Inilah perbandingan panjang cruise ni dengan tinggi bangunan di dunia. Panjang dia lebih dari ketinggian Eiffle Tower tau!
Selepas masuk ke dalam kapal, kami terus dijemput menjamu selera di Windjammer, salah sebuah restoran di atas kapal ini. Boleh makan secara buffet. Ada banyak restoran.
Tapi kami kena memilih restoran yang menyediakan makanan halal. Pihak Shaklee juga dah brief kami tentang pemilihan makanan dan restoran di sini.
Selepas makan, jam 2 petang kami semua boleh check in ke dalam bilik kami. Bilik kami di Deck 14, maknanya di tingkat 14.
Ini adalah SEA PASS CARD yang akan digunakan sepanjang kami berada di atas kapal. Untuk buka pintu bilik, untuk shopping, untuk booking ticket persembahan atas kapal, untuk keluar masuk kapal nanti, semua nya hanya guna SEA PASS ni. Semua details peribadi kami dah ada dalam kad ni.
Shaklee bagi bilik yang mengadap laut untuk kami. So, pemandangan dari dalam bilik sangat sangat cantik.
Hiasan dalam bilik.
Di luar bilik kami ada balkoni untuk lepak lepak. Fuh.. Memang best lah.
Balkoni.
Dari luar bilik. Pemandangan port Barcelona. Masa ni kapal belum bertolak lagi.
Toilet dia walaupun kecil tapi sangat cantik dan kemas.
Shower room. Memang selesa dan puas hati sangat.
Pada jam 4 petang, setiap penumpang diwajibkan menghadiri Guest Assembly Drill. Taklimat keselamatan di dalam kapal ini.
Para penumpang mula memenuhi dewan untuk taklimat keselamatan.
Taklimat diberikan melalui video oleh kapten kapal ini.
Belajar cara pakai pelampung keselamatan jika berlaku kecemasan. Habis taklimat keselamatan, kami di bawa pusing pusing kapal ni untuk membiasakan diri dengan kawasan persekitaran.
Garden hijau ni di Deck 8. Selain itu, ada banyak restoran dan kedai makan di kawasan sekitar ini.
Cantik tak? Ini gambar di dek 6. Ada slide dari tingkat 16 yang akan turun terus ke tingkat 6. Sekali turun dan turun 10 tingkat. Amcam? Best tak...
Nak mandi boleh, nak lepak rehat pun boleh. Setiap pool mempunyai keunikan tersendiri. Ada yang macam jakuzi, ada yang air masin, ada yang air tawar, ada yang air panas dan macam macam lagi.
Ada flow rider. So, kita boleh naik percuma kalau nak. Nampak macam senang. Nak kena try ni.
Sebelah sana siap ada gelanggang futsal dan bola keranjang lagi. So, boleh lah main kalau free nanti.
Ada mainan fun golf. Rasanya macam 18 lubang jer.
Ada zip line lagi atas kapal ni. So, ari ni kami ricky dulu apa games yang ada. So nanti boleh plan apa nak buat atas kapal ni.
Pemandangan dari deck 16.
Pukul 6 petang, semua penumpang dijemput untuk berada di ruangan atas kapal atau di balkoni bilik masing masing untuk melihat kapal berlepas dari pelabuhan Barcelona.
Kami memilih untuk berada di deck atas sekali.
Kapal mula berlepas dari pelabuhan. Tempat tujuan adalah Mallorca. Ia adalah satu pulau yang cantik di Sepanyol.
Sambil lepak menikmati udara petang semasa kapal mula berlepas, kami berehat di kerusi yang disediakan.
In total ada 27 swimming pool atas kapal ni. Huhu.. Jenuh la kalau nak layan mandi atas kapal ni.
Jam 6:30 petang setiap hari kami akan Dinner di Main Dining Hall. Makanan pula akan di hidang course by course.
Kita boleh order apa saja yang ada dalam menu. Nak order berapa banyak pun boleh. Contoh nak order 2 appetizer, 2 main course, 2 dessert pun takpe. Semua kos dah termasuk dalam pakej kami.
Layanan waiter di sini memang tip top. Semua permintaan kami dilayan dengan sangat baik.
Seriously, terasa dilayan macam kerabat diraja. Macam dalam syurga dunia pun ada. Macam mana lah hebatnya syurga Akhirat nanti, lagi tak dapat dibayangkan.
Setiap malam ada banyak persembahan yang disediakan di atas kapal ini. Kita boleh pilih nak tonton apa.
Untuk malam pertama ni, Shaklee dah aturkan untuk kami menonton teater bertajuk Hair Spray.
Para tetamu mula mengambil tempat untuk menonton teater Hair Spray.
Backdrop yang digunakan sangat sangat cantik dan amazing. Since saya ni bukan kaki tengok teater, so bila tengok show macam ni rasa macam wowww... Amazing!
That's the story for today.
Kisah selanjutnya di sini:-
Wassalam.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS