Kisah yang saya nak kongsikan hari ni adalah kisah seorang wanita, boleh kata muda lagi.
Bukan dari keluarga yang senang, keluarga pula ditimpa pelbagai ujian.
Tetapi beliau berusaha untuk dapatkan modal sebab beliau tahu hanya dengan sertai KURSUS MOBILE SPA TWB ni seterusnya buat bisnes Mobile Spa TWB beliau dapat capai impian, beliau dapat uruskan segala komitmen yang terletak di atas bahu beliau sebagai seorang anak.
PROVEN RESULT BISNES MOBILE SPA TWB
Aina Syaheera, dari Kuching Sarawak.
Saya merupakan ahli TWB yang baru join pertengahan September 2018.
Berumur 25 tahun, belum berkahwin tetapi memikul tanggungjawab yang sangat besar dan komitmen yang sangat tinggi.
Saya dilahirkan di dalam keluarga sederhana di mana ayah saya tidak ada pendapatan tetap. Ibu saya seorang suri rumah.
Memang sejak kecil saya suka berniaga sebab saya suka “instant cash”. Tapi bukan skim cepat kaya ya. No no no!
Prinsip ibubapa saya, if you want it, you go and get it.
APA AINA BUAT WAKTU KECIL?
Masa saya darjah 1, saya beli sticker digimon pelbagai saiz dalam 1 A4 tu. Harga RM 1. Sticker size kecil saya jual dengan harga 10 sen, sederhana 20 sen, paling besar 50 sen. Jadi dalam 1 A4 tu ada dalam RM3-4 saya dapat. Masa umur tu duit RM2 dah kira kaya 😂
Darjah 2 saya jual rubber band untuk ikat rambut. Beli sepeket besar RM1, jual 5 getah 10sen. Ada la untung sikit untuk saya beli keropok lekor masa fardu ain.
Nak katanya, sejak kecil kalau saya nak apa-apa memang kena usaha sendiri. Bukan senang-senang boleh minta pada ayah saya.
Macam-macam yang saya jual masa sekolah rendah, menengah, universiti sampai sekarang. Nasi lemak, rojak buah, keropok, anti radiation sticker, planner, telefon, air minuman, food packs, memang macam-macam sangat.
Tapi tak ada yang kekal sebab benda bermusim. Contoh masa saya air Overdose viral dulu, jual overdose, untung. Tapi bila musim dah takda, 1 air sehari pun susah jual. At last air basi mcm tu je. Stock yang ada pun terpaksa di lelong sebab tak ada market. Planner pun sama. Jual planner boleh guna untuk tahun tu je. Nak jual planner yang sama untuk tahun depan dah tak laku.
So 2 tahun lepas, saya berniaga foodpacks untuk tampung kos yuran kursus Master di UNIMAS yang saya nak ambil. Saya memang kena usaha sendiri, dapatkan duit sendiri.
Waktu tu, nak kena hantar foodpacks ke office/rumah customer. Masa tu penat dia ya ampunnnn!
Cuba bayangkan...
Bangun sebelum Subuh dah kena masak, lepas masak kena pack, lepas pack kena hantar, lepas hantar beli pulak barang untuk masak esok, balik rumah dah kena sediakan barang-barang untuk masak esok pagi, tidur lewat, bangun awal dan repeat cycle yang sama setiap hari. Sampaikan ayah saya kecil hati sebab dia rasa saya dah tak ada masa dengan dia.
Ohh.. just for info, saya memang sangattt rapat dengan ayah saya. Sangat rapat.
'SELESA' DALAM TERPAKSA
Kita dah tau kan yang TWB wujud sejak 2015, maknanya sejak 2015 la saya dengar pasal TWB. Tapi benda asing, benda yang saya tak familiar. Jadi saya just ignore.
Bila sepupu saya recommend untuk join TWB (masa tu tak silap RM99 je), pun saya ignore dengan alasan banyak commitment dan tak ada modal.
Betul orang kata, kalau hati tak berkehendak, cakap la apa pun, semua kita rasa tak boleh. Masa tu saya bukan tak yakin dengan bisnes mobile spa TWB, bukan saya tak percaya dengan sepupu saya, tapi saya tak yakin dengan diri saya sendiri!
Saya jenis suka berniaga, suka instant cash tapi jenis berat mulut.
“Eh, boleh ke aku nak berniaga”
“Ada tak orang nak beli”
“Nanti post iklan sana sini orang annoyed”
“Nanti orang ingat aku desperate nak duit”
Macam-macam dalam kepala pada masa tu. Semua jadi ALASAN!
"Tak ada masa lah"
"Tak boleh commit lah"
"Tak ada duit lah"
Kalau you all ada rasa macam tu, samalah kita. Saya pun sama macam tu dulu!
BERMULA EPISOD TRAGIS
Nak dijadikan cerita, Februari awal tahun ni, ayah saya yang merupakan seorang yang aktif berbasikal ditakdirkan jatuh sakit.
Saya tengok hari ni dia sihat, the next day till now dah tak boleh jalan. Totally bedridden, disable, OKU dan dependent. Income ayah saya totally dah tak ada!
Pada masa tu saya memegang banyakKKKKKK status.
1. Anak kepada ayah yang sakit
2. Pengurus kewangan keluarga
3. Master student
4. Pengurus rumah - urusan dirumah A to Z saya buat
5. Pekerja
Nak juggle 2 benda dalam 1 masa pun dah susah. Inikan banyak benda dalam 1 masa. Mana nak siapkan thesis Master lagi, mana nak kerja, mana nak jaga ayah saya yang sakit, keluar masuk hospital, keluar masuk ICU, mana jugak masa nak kemas rumah etc.
Saya jadi pening, buntu. Saya ada 3 syarat/kriteria untuk saya bekerja.
1. Kerja mesti flexible sebab saya akan ada banyak off day untuk bawa ayah saya follow up di hospital
2. Income mesti at least RM2000 ke atas dan ianya jadi main income keluarga sekarang
3. Ada masa untuk saya uruskan tentang pengajian & siapkan thesis saya
4. Ada masa untuk sendiri dan keluarga di rumah
Kalau ikut logic, ada ke orang nak hire orang dan diberikan kelonggaran di atas? Dah la belum ada pengalaman kerja. Mana mau nya. Rugilah company.
KISAH JATUH CINTA AINA DENGAN TWB
Jadi saya terfikir nak join TWB (Dah susah baru nak carik sumber).
Mulanya saya berfikir-fikir sendiri je. Just have the thoughts in my mind gitu. Nak fikir lebih-lebih, duit masa tu memang tak ada! Yang ada hanya untuk emergency. Lagi-lagi dalam keadaan ayah saya sekarang.
Jadi saya usulkan pada ibu saya. Ibu saya izinkan join TWB, tapi masalah yang sama.
Mana nak carik modal??
Dengan keadaan belanja keluarga yang besar pada ketika itu disebabkan ayah saya yang sakit. Keluar masuk hospital. Allahu..
Saya mintak restu ibubapa saya, izin tunang saya, dan solat istikharah berulang-ulang kali. Makin hari makin kuat instinct saya nak join TWB tapi masih tak yakin pada diri dan potensi diri saya sendiri.
Antara alasan diri saya pada masa itu adalah, saya terfikir yang 3 orang sepupu saya dah pun jadi ahli dan beautician TWB. Salah seorang tinggal di area yang sama dengan saya. Saya takut nanti berebut customer (Sangat bersangka-sangka walhal Allah dah tetapkan rezeki masing-masing).
Second, saya predict yang demand di Sarawak tak akan sehebat di semenanjung sebab keadaan di Sarawak tidaklah sesibuk di semenanjung. So saya fikir, peluang akan kurang, permintaan akan kurang.
Ketiga, ada a few mobile spa (bukan TWB) yang dah lama bermula dan juga terkenal di kawasan saya. So competition mesti tinggi dengan demand yang tak seberapa. Bila fikir-fikir balik saya terus down. Nampak macam tak ada harapan.
"Haih! Alasan lagi! Aina!!"
Malam tu saya reflect diri. Kalau fikir logic, circle semua orang tak sama. Sepupu saya, buat mobile spa under TWB, circle orang yang beliau kenal dan rapat tidak sama dengan circle saya.
Jika dibandingkan dengan adik saya sendiri pun, circle beliau tidak sama dengan circle saya. Dalam bahasa mudah, semua orang ada rezeki masing-masing tak kira jauh atau dekat. Jadi saya lebih yakin.
Keesokkan harinya, saya hubungi Pn Affni untuk bertanya. Niatnya untuk bertanya je. Tak terfikir pun akan join. Tapi bila dah masuk preview yang ke berapa kali entah, saya jadi excited. “I MUST DO THIS, by hook or by crook”
Plus, seorang sepupu yang dah join TWB pun bagi semangat yang membara.
MASIH LAGI BAB MODAL
Kalau nak cerita pasal modal, kalau ikut logic, saya tak pernah dapat pegang duit walaupun RM1000 dalam tangan.
Dapat duit, terus habis ke ubat-ubatan ayah saya. Dapat gaji, terus bayar itu ini. Jangan kata RM1000, RM300 pun susah nak ada on hand.
Tapi bak kata pepatah, WHEN THERE'S A WILL, THERE'S A WAY.
Bila kita nakkan sesuatu sangat-sangat, by hook or by crook, kita akan dapatkannya, betul?
Macam kahwin. Kalau pihak perempuan tetapkan RM10ribu untuk hantaran, si bakal suami pulun kerja setahun ikat perut, buat part time etc untuk dapatkan duit hantaran.
Macam tu jugak untuk TWB. Sebab apa yang dilaburkan tu akan balik pada kita in no time.
Modal adalah kekangan utama saya ketika hendak bermula.
SAYA SANGAT SUSAH HATI TENTANG MODAL.
Dengan komitmen di rumah, ayah yang sakit, ubat-ubatan dan hospital, duit makan, duit untuk adik di Universiti dan duit untuk saya sendiri yang sedang belajar+bekerja.
Sampaikan saya rasa kadang-kadang saya memegang terlalu banyak tanggungjawab.
Hanya Allah yang tahu.
Disebabkan saya yakin dengan sistem dan support TWB, saya korbankan duit kahwin yang saya kumpul selama ni sebagai modal sebab it’s proven dalam masa sebulan dua akan balik modal.
Itu pun bukan senang saya nak guna duit kahwin tu atas beberapa sebab. Bukan saya boleh ambik macam tu je. Tak!
Kalau ada emas, nak je saya pajak sebab dalam sebulan dua dah boleh tuntut balik. Tapi apakan daya, emas pun tak banyak.
Chat punya chat dengan Puan Affni, within that few days tu jugak saya terus buat payment RM1999 untuk kursus mobile spa TWB dan beli ticket ke KL dari Kuching, Sarawak.
Kenapa?
Bukan ke trainer TWB ada di seluruh Malaysia? Puan Affni pun ada offer saya untuk dia datang Kuching kalau nak dia sendiri train.
Yes, boleh. But that will take time. Kena tunggu queue and depends dengan jadual training. Tapi saya nak buat duit as fast as I can!
"When The Earliest I can Come?"
So duit tiket flight lagi! Bukan sikit-sikit kos kalau beli tiket last minute tau.
Duit celah mana saya korek? Tabung kahwin / Tabung emergency 😂
Ini memang berserah je kat Allah sebab yakin pada potensi mobile spa under TWB.
Lagipun saya dah minta petunjuk Allah dengan istikharah. Dan memang ini petunjuk yang saya dapat.
BERMULA LAH LANGKAH AINA DALAM TWB
Aina tengah belajar teknik facial
Aina dapat sijil setelah tamat kursus mobile spa TWB
Pada cuti hari Malaysia, saya fly ke KL. Saya training pada 16hb Sept dan bercadang untuk launch pada 22th Sept.
Tapi malangnya pada hari tersebut, ayah saya di kejarkan ke hospital dan di admit ke wad lagi!
Jadi saya rasa kaki saya terikat. Tak ada masa, commitment banyak. Kerja, study, family, rumah. Saya jadi down. Padahal dah training, barang semua dah ada complete.
Ada 3 sifat yang buat saya kuat.
Saya tamak, saya tak sabar dan saya suka instant cash.
Sebab saya tamak opportunity ni la saya sign up untuk join mobile spa under TWB sebab senang-senang boleh buat INSTANT CASH!
Sebab saya tak sabar la saya terus fly ke KL untuk training walaupun menurut Pn Affni, jadual training tengah penuh.
Jadi pada 28hb September yang lepas, saya launch spa saya dengan rasminya.
Saya tak suka hutang. Bila mana saya rasa saya tengah berhutang dengan tabung kahwin saya, saya cepat-cepat usahakan untuk dapatkan balik modal RM1999 tu.
Jadi on the first day saya ada seorang customer je. Bagi saya it’s a good start.
Hari pertama saya dapat RM109. Bila kita ada sistem yang kuat dan elok, kita tak perlu promo beria-ia. Customer yang merasa servis kita bagus yang akan automatically spread the news around.
Sekarang saya kerja dengan masa yang flexible, income insyaAllah atas 2k sebulan dan ada masa untuk saya sendiri dan rumah.
Since saya hanya buat secara part time, maximum sehari saya ada 4 customer. Tu pun saya buat lepas waktu bekerja dan hujung minggu sahaja.
Mula-mula customer akan opt untuk pakej yang murah, bila dia suka dengan cara dan servis yang TWB ajar tu, tengah facial customer akan mintak “upgrade” pakej.
Banyak kali customer saya yang nak ambik basic package yang harga puluh-puluh je, tiba-tiba tengah facial bila dia rasa best kita layan dia bagai permaisuri dengan cara TWB ajar, dia terus upgrade ke pakej dekat nak RM100 jugak.
Saya tak paksa, tak promo. Dia sendiri yang nak upgrade.
THE SKILSS & TEKNIK SPA YANG TWB AJAR TALK BY ITSELF!
Dan sekarang saya masih terkejut bila saya dah berjaya dapat balik modal dan ianya hanya dalam masa 12 hari!
Ya! Saya baru je balik modal Isnin baru ni, 8 October 2018.
Syukur alhamdulillah.
Ni rekod setiap customer yang Aina simpan. Total of RM2027 dalam 12 hari buat bisnes Mobile Spa TWB!
Kata Aina lagi... TWB bukan je ajar kita tentang teknik facial, spa, tapi yang paling penting macam mana nak bina bisnes tu lepas kursus.
Thats the beauty of TWB ❤️
Kata Aina di akhir perkongsiannya malam tadi,
"Saya rasa tu saja sharing saya pada malam ni. Semoga ia bermanfaat dan membuka mata pada semua. Kita ada Allah yang sama."
Just minta pada Dia dan kita usaha sungguh-sungguh sampai dapat.
Sekian.
Sekian.
Anda nak tahu lebih lanjut tentang Projek Mobile SPA TWB?
Sila click link di bawah:-
Jom hubungi Maria segera untuk menjadi sebahagian daripada TWB BEAUTICIAN dalam team MFMS EMPIRE!
Hubungi : Tekan untuk Telefon (019-2592731)
Tekan Untuk Whatsapp
Facebook : Kam Maria Abdul Mutalib
Instagram : Kam Maria Abdul Mutalib
Email : come_maria@yahoo.com
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS