By : Mohd Firdaus Mat Saad (Facebook Profile)
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Kursus"Solat Membina Peribadi Agung"
Pada masa sama, di surau program bersama anak anak diteruskan.
Ini adalah Modul Dan Perkara Yang Dibentangkan Dalam Kursus ini.
Sesi 1: Solat Membina Peribadi Agung
🔰 Sembahyang, Peranan dan Falsafahnya
Sesi 2: Peringkat Solat Seorang Hamba
🔰 9 Kategori Peringkat Solat
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Kursus"Solat Membina Peribadi Agung"
Alhamdulillah pada 24/12/18 hari Isnin, Surau Al-Najah Simpang Empat Kampong Kedah, Parit Buntar telah menganjurkan sebuah program iaitu Kursus Kesempurnaan Solat Untuk Remaja yang bertempat di Surau Al-Najah dari jam 8pagi sehingga 5petang.
Kursus ini diadakan bagi tujuan mendedahkan cara berwuduk dan solat yang betul. Para peserta juga diajar bagaimana cara melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam mengerjakan ibadat solat dengan betul dan lancar dalam bacaan.
Dalam program ini peserta diajar untuk melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah.
Penceramah jemputan untuk kursus ini adalah Ustaz Shamsul Bahrin yang telah memberikan perkongsian untuk sepanjang hari kursus diadakan.
Penceramah jemputan untuk kursus ini adalah Ustaz Shamsul Bahrin yang telah memberikan perkongsian untuk sepanjang hari kursus diadakan.
Ketibaan Orang Besar Jajahan Kerian (OBJ) Toh Maharaja Indera Dato' Haji Khairuddin Bin Arshad untuk perasmian Kursus Kesempurnaan Solat Untuk Remaja
Datuk memberikan sedikit ucapan sempena perasmian kursus ini. Antara point penting yang ditekankan datuk adalah kepentingan solat, kepentingan membaca Al Quran dan memahami maksudnya serta lain lain lagi.
Semua peserta dan ajk surau khusyuk mendengar ucapan dari Tuan Haji OBJ
Penyampaian sedikit cenderahati kepada Toh Maharaja Indera OBJ Kerian yang berupa senaskah Terjemahan Al Quran beserta Rehal.
Jamuan ringan bersama OBJ dan ajk-ajk surau. Turut seta dalam jamuan ini adalah Tuan Pegawai Pentadbir Agama Majlis Agama Parit Buntar
Pada masa sama, di surau program bersama anak anak diteruskan.
Ini adalah Modul Dan Perkara Yang Dibentangkan Dalam Kursus ini.
🔰 Sembahyang, Peranan dan Falsafahnya
- Membina peribadi yang kuat keyakinan.
- Membina peribadi yang kuat iman.
- Membina peribadi yang berakhlak mulia.
- Melahirkan manusia yang berdisiplin.
- Membina peribadi yang bersih dari maksiat dan kemungkaran.
- Membina peribadi yang kuat syariat.
- Membina jiwa yang bersih.
- Membina peribadi yang kurang sifat mazmumah.
🔰 Mengapa Kita DIWAJIBKAN Untuk Menunaikan Solat 5 Waktu?
- Kerana solat itu perintah dari Allah S.W.T.
- Kerana solat adalah peluang untuk kita berinteraksi dengan Allah S.W.T.
🔰 Ciri-Ciri Keagungan Dan Kebesaran Solat
- Solat itu tiang agama.
- Solat adalah perintah Allah kepada Nabi semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
- Solat ialah induk/ketua segala ibadah.
- Orang yang tidak menunaikan solat jatuh kafir kepadanya.
- Solat melibatkan seluruh anggota badan.
- Solat diwajibkan menghadap kiblat.
- Solat terikat kepada waktu.
- Solat boleh dilakukan secara berjemaah.
- Di dalam solat ada zikir.
- Solat adalah 'PATI'(utama) dalam Islam.
- Solat adalah zikir yang paling agung.
- Solat adalah ibadah para Rasul terdahulu.
🔰 7 Sifat Peribadi Agung Terbentuk Selepas Menunaikan Solat
- Berjiwa besar.
- Dihormati.
- Menjadi orang yang berjaya.
- Disegani kawan dan lawan.
- Dihormati oleh bangsa lain.
- Ketua pengatur segala bidang.
- Mudah menjadi manusia yang berkhidmat kepada orang lain.
Ustaz Shamsul Bahrin membentangkan pengisian sesi pertama yang bertajuk "Solat Membina Peribadi Agung"
Para peserta tekun mendengar ceramah dari ustaz serta dikawal selia oleh Tuan Haji Zul selaku pengerusi program sepanjang hari tersebut.
Selepas selesai sesi pertama, peserta diberikan rehat untuk minum pagi. Menu untuk minum pagi adalah bihun goreng dan teh tarik.
Adik-adik sedang menjamu selera.
Seronok adik nie dapat bergambar. 😀
Makan pun sudah, minum pun sudah. Sekarang kita sambung ceramah untuk sesi kedua pula iaitu Peringkat Solat Seorang Hamba.
🔰 9 Kategori Peringkat Solat
- Orang yang tidak solat langsung.
- Solat tetapi jahil.
- Solat tetapi tidak istiqamah.
- Solat tetapi tidak khusyuk.
- Solat tetapi tidak memahami solat.
- Solat tetapi main tarik tali, solat sangat laju.
- Solat orang yang soleh.
- Solat orang yang muqarrobin.
- Solat orang yang as-siddiqin.
🔰 6 Peringkat Solat Yang Tidak Diterima
- Solat orang yang jahil.
- Tidak menjaga rukun.
- Masih melakukan maksiat.
- Tidak menunaikan zakat.
- Isteri yang derhaka pada suami.
- Solat tetapi tidak membaca apa-apa.
🔰 3 Peringkat Solat Yang Diterima Tuhan
- Takut kepada Allah.
- Berakhlak mulia.
- Meninggalkan maksiat.
🔰 6 Panduan Untuk Khusyuk Dalam Solat
- Memahami solat.
- Memusatkan fikiran untuk solat.
- Rasa haibah/mulia.
- Rasa takut kepada Allah.
- Harap Allah terima solat.
- Rasa malu pada Allah.
- Memakai pakaian yang selesa dan kemas.
🔰 Balasan Untuk Mereka Yang Meninggalkan Solat
- Balasan Ketika Hidup - Allah cabut keberkatan hidup.
- Balasan Ketika Sakaratul Maut - Rasa sangat lapar dan dahaga.
- Balasan Ketika Di Padang Mahsyar - Rasa matahari berada sejengkal dari kepala.
Perut pun dah kenyang, so boleh la bagi sepenuh tumpuan untuk ceramah ustaz.
Adik-adik peserta perempuan nie comel-comel je kan.
Setelah tamat sesi kedua, semua peserta menikmati makanan tengah hari dan bersiap untuk solat zohor secara berjemaah.
Semua sedang menikmati makanan. Menu tengah hari adalah nasi putih, ayam masak merah dan jelatah.
Adik-adik dah bersiap untuk solat zohor.
Alhamdulillah dah selesai makan tengah hari dan solat zohor, kita sambung pula ceramah untuk sesi yang terakhir.
Sesi 3: Cara Solat Dengan Sempurna
🔰 Mengapa Perlu Berwudhuk Dengan Sempurna?
- Solat sah
- Diangkat darjat
🔰 Rukun Dan Cara Wudhuk Dengan Sempurna
🔰 13 Rukun Solat
🔰 Perkara Sunat Di Dalam Solat
🔰 Kesilapan Ramai Orang Lakukan Ketika Menunaikan Solat
- Memakai pakaian tidak suci atau bernajis ketika bersolat seperti terkena air kencing.
- Berwuduk dengan tidak sempurna.
- Memakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
- Tergesa-gesa berlari ke tempat solat ketika imam sudah bersolat.
- Bergerak-gerak ketika solat melebihi 3 pergerakan secara berturut-turut.
- Membaca rukun qauli di dalam hati, tidak menggerakkan bibir dan tiada suara didengari telinga.
- Bersolat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga tiada toma'ninah.
- Menguap ketika membaca rukun qauli sehingga mengubah bacaan sepatutnya.
- Tidak khusyuk dalam solat.
- Menoleh ke kiri, kanan dan memandang atas ketika solat.
- Hidung tidak menyentuh lantai ketika sujud.
- Bersujud dengan keadaan seluruh tangan kiri dan kanan berada diatas lantai.
- mendahului imam dalam pergerakan solat.
- Tidak rukuk bersama imam pada rakaat pertama solat.
- Berjalan dihadapan orang yang sedang bersolat.
Jom kita layan gambar-gambar semasa praktikal mengambil wuduk dan solat dengan sempurna.
Kita panggil adik baju biru nie jadi model sat.
Praktikal cara-cara mengambil wuduk.
Bagus adik baju hitam nie.
Sampai naik atas bangku la nak bagi para peserta nampak.😁
Ustaz tunjuk cara betul nak ambil wuduk bahagian kaki
Ok sekarang kita test Farees pula.
Takpa abi tolong pegangkan. Satgi tergolek pula.
Kita panggil adik comel baju hijau nie pula jadi model belajar cara angkat takbir dengan betul.
1...2...3...Senyummmm
Praktis angkat takbir pula.
Adik-adik peserta perempuan puan ikut sekali.
Kita test rukuk pula. Tak jatuh air atas tengah belakang tu maka betul la cara rukuknya.
Ok sekarang sujud pula.
Ustaz tunjuk cara betul duduk tahiyat akhir.
Ustaz tengah check betul tak cara adik-adik nie duduk tahiyat akhir.
Semua dah selesai, sekarang kita ajar Rukun Qauli pula. Iaitu perkataan yang wajib di sebut dengan betul dalam solat. Kita mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. Sedap suara adik nie.
Sorang lagi kita test.
Alhamdulillah semua dah selesai. Adik-adik peserta pun beransur untuk mengambil minum petang dan sijil sebelum pulang.
Program tamat 5 minit sebelum Solat Asar. Kemudian kita semua bersolat Asar dan seterusnya para peserta boleh pulang.
Tapi sebelum tu, kita sediakan makanan dan minuman petang untuk mereka.
Ajk lelaki sedang menunggu para peserta mendapatkan sijil masing-masing.
Selamat Sudah Program Kursus Kesempurnaan Solat
Alhamdulillah. Setelah berhempas pulas dua minggu ni mengatur semua program ini. Semalam ia berlangsung dengan jayanya.
Syukur kepada Allah kerana melancarkan program ini.
Anak anak kita adalah tanggungjawab kita.
Kalau kita tengok generasi sekarang, remaja umur 15 sampai 25 tahun sangat kurang menunaikan solat berjemaah.
Bila solat tidak ada dalam diri mereka, takut nanti bila dah besar nanti mereka terus tinggalkan solat.
Di Malaysia harini ramai je orang dewasa yang tidak bersolat. Sangat ramai. Laki dan perempuan sama naik je.
Keadaan ini merisaukan kita.
Semoga program sebegini dapat membantu anak anak kita mencintai solat.
Semoga ia boleh dibuat di masjid atau surau di tempat lain.
Saya sedang perkemaskan Kertas Kerja Dan Modul Untuk Program Ini. Semoga ia boleh menjadi contoh untuk surau dan masjid lain yang nak buat program sebegini. Kalau ada yang nak, leh pm saya di 019-5782515.
Saya sedang perkemaskan Kertas Kerja Dan Modul Untuk Program Ini. Semoga ia boleh menjadi contoh untuk surau dan masjid lain yang nak buat program sebegini. Kalau ada yang nak, leh pm saya di 019-5782515.
Jom cari Pencen Kubur.
Terima kasih Ustaz Shamsul Bahrin atas perkongsian sepanjang hari semalam.
Jadi sampai sini saja perkongsian saya. Semoga ianya bermanfaat.
Wassalam.
Mohd Firdaus,
Motivating and Inspiring Others
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS