By : Mohd Firdaus Mat Saad (Facebook Profile)
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana menziarahi blog ini. Saya doakan anda semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Mendaki Bukit Bendera Bersama Keluarga
Rasanya, ini dah kali ke 10 saya mendaki Bukit Bendera.
Ada beberapa laluan untuk naik ke atas. Cuma yang saya pernah naik adalah dari Moon Gate dan dari Heritage Trail
Kedua duanya mempunyai pengalaman yang berbeza.
Baca Pengalaman Ikut Moon Gate : Klik Sini
Baca Pengalaman Ikut Heritage Trail : Klik Sini
Pendakian Bersama Keluarga
Ni first time kami sefamily mendaki bersama.
Saya selalu juga naik Bukit Bendera ni. Bukan apa, macam best jugak la. Boleh beriadah sambil sihatkan badan.
Nak naik Bukit Bendera, anda kena pergi ke Kebun Bunga / Botanical Garden di Penang untuk parking kereta.
Para peserta semuanya ceria. Saya nasihatkan mereka bawa air satu orang 1 liter. Sebab semuanya jenis tak pernah hiking. So, air sangat diperlukan. Takut penat, haus. Mana nak cari air dalam perjalanan tu.
Bergambar di Moongate dulu. Pintu masuk nak naik Bukit Bendera.
Dari kiri Adam, 13 tahun, Abg Jan 46 tahun, Aiman 12 tahun, Kak Aza 46 tahun, Hazim 17 tahun, saya 37 tahun, Farees 9 tahun, Aiman 13 tahun.
Naik laluan Moongate ni memang ada laluan bertangga macam ni memula tu. Apa lagi, memasing dah nak mengah. Maka pit stop pertama. Semua ambil nafas dulu.
Lets the journey begin
Semua masih bersemangat dan bertenaga.
Saya bagi tahu mereka, perjalanan dijangka ambil masa 3 jam. Ini pengalaman saya yang terdahulu. Paling lama pun 3 jam 30 minit. Ada jer kawan buat 2 jam 30 minit. Total jarak dijangka adalah 6km.
Ini bukan pertandingan yer, it's time to enjoy yourself dan layan alam semulajadi yang mendamaikan.
Rehat lagi. Minum dulu sambil makan bekalan yang ada.
Tengok muka Aiman ( Kiri ) pun boleh nampak kepenatan yang dia sedang lalui. Actually dia baru nak baik demam tu. Tapi pergi juga trip ni sebab kalau tak join hari ni, tak tahu bila lagi nak dapat peluang macam ni.
Suasana yang cantik sepanjang pendakian ini.
Laluan jalan semuanya cantik dan elok. So, just enjoy the journey.
Ada laluan denai yang kecil macam ni. Naik turun bukit gak la sebenarnya. Bukan sekadar naik saja.
Ada tempat rehat macam ni, kita rehat dulu. Semua orang memberi kata kata motivasi buat Aiman. He is fighting with his own spirit.
So far so good. Semua yang lain masih bersemangat dan steady.
Selepas dua jam setengah, kami sampai ke laluan bertar ini. Di sini ada dua jalan. Boleh naik terus mini tar ni atau pilih jalan jungle tracking lagi.
Biasa saya pilih jalan tar. Sebab tak pernah lalu ikut hutan ni. Tapi, dia orang semua nak naik ikut hutan. Sebab dalam perjalanan ada orang advise naik ikut hutan. Lagi dekat katanya. So saya ikut sahajalah.
Perjalanan diteruskan dengan memasuki laluan hutan semula. Saya tak pernah lalu lagi jalan ni. So, kita tawakkal sajalah. Dah jalan lebih kurang 400m, semua orang macam tak sedap hati. Betul ke jalan kami lalu ni?
Saya dan Hazim ditugaskan untuk patah balik nak tengok kalau kalau kami ada terlepas simpang. Huhu. Nak patah balik tu terasa macam azab.
Sampai balik ke jalan raya tadi, ternyata tiada simpang yang kami terlepas. Maksudnya betullah jalan tu.
Tiba Tiba.....
Ada salah seorang dari peserta bagi tahu, "Nak terberak........................."
Haha.. ku dah cakap awal awal. Kat dalam hutan ni tak ada tandas. Dah bagi tahu dah tadi, urusan tandas perlu disettlekan sebelum naik.
Nak sampai destinasi mau lagi setengah jam paling cepat.
Saya tanya dulu, "Boleh tahan tak? Kalau boleh tahan, cuba bertahan dulu. Kalau dah tak boleh tahan, bagi tahu awal awal. Nak kena cari tempat 'parking' awal awal."
Dia bersetuju untuk bertahan sambil berjalan laju.
So, kami berpecah. Saya dan dia terpaksa laju ke hadapan nak sampai ke puncak bukit bendera lebih awal.
Malangnya.... Baru 5 minit jalan, dia dah surrender.
Tak boleh tahan dah.
Apa lagi, terus kami cari port untuk membuat pelaburan terbaik. Nak yang betul betul terlindung tu memang tak der lah yer.
So, masuk dalam hutan sket, then pepandai jer lah.
Nasib baiklah ada air dan tisu. So, kira boleh tahan lah juga.
Hehe.. At least, ia jadi satu pengalaman berharga untuk dia.
Siapa dia? Biarlah rahsia.
Kami teruskan perjalanan lagi. Memasing makin penat.
Jumpa balik jalan bersimen pula.
Then jumpa jalan yang saya selalu guna lalu Laluan Warisan. Adoi, macam jauh lagi jer ni.
Semua orang makin kepenatan. Perjalanan masih jauh. Huhu... Pendakian diteruskan.
Selepas 4 jam pendakian, akhirnya kami sampai jua ke puncak Bukit Bendera. Semua kepenatan. It's not easy. Summary, kami tersalah jalan. Kalau naik ikut jalan bertar, kami hanya akan berjalan 6km. Tapi hari tu, kami berjalan total 8km. Saya tak tahu jalan mana yang saya salah. Sebab saya sendiri tak pernah guna laluan tu.
Atas bukit bendera ada macam macam ais krim dan ais kacang yang sekali tengok, bergetar tulang rusuk. Apa lagi, belasah order la.
Semua orang sorang satu aiskrim. Saya dan Farees share jer lah. Sebab Farees tak leh makan ais banyak.
Kemudian, kami turun kembali ke bawah dengan keretapi Bukit Bendera jer lah. Bayar RM3 jer untuk turun.
Di stesen bawah, kami order grab dan terus kembali ke Botanical Garden ke tempat parking kereta.
Begitulah ceritanya.
Pengajaran :
1. It's a nice journey. Kalau boleh, try lah sekali naik Bukit Bendera ni dengan hiking. Kalau weekend memang ramai naik. So, jangan takut nak sesat. Bila dah jalan tu, ikut jer orang.
2. Datang awal ke Moongate. Sebaiknya mula pendakian jam 7.00 - 7.30 pagi. Masa ni ramai orang mula naik. Jangan takut sangat dengan sesat jalan. Sebab dia ada satu jalan. Sangat minimum belok belok ni.
3. Boleh download Apps View Rangers. Ia apps macam Waze tapi untuk hiking dalam hutan.
4. Bawa air 1 liter untuk yang tak biasa naik. Anda mungkin perlu banyak air. Dalam perjalanan 3-4 jam tu tak ada orang jual air yer.
5. Bila sampai laluan bertar, kalau dah emergency. Tahan ajer kereta atau motor untuk naik ke atas. Bayar la sikit duit kat depa.
6. Bagus bawa anak anak join sekali, sebab ia boleh melatih minda mereka untuk 'Berjuang Sehingga Ke Garisan Penamat'.
7. Saya bawa Farees first time masa umur 9 tahun. Rasanya 9 tahun dah boleh kot. Kalau 7 tahun rasa macam 50-50 gak la.
8. Sepanjang perjalanan ada Line Celcom penuh yer. So, boleh la nak call in case of anything happen.
Balik rumah, Opah bagi RM50 setiap seorang cucu yang berjaya sampai ke puncak Bukit Bendera.
Senyum ajer Azri.
Ok. That's the story.
Semoga anda boleh plan trip untuk family anda. Insya Allah, it's a nice journey.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Baca Pengalam Kami Sekeluarga Bercuti Di Escape Theme Park, Teluk Bahang Penang Di Sini.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...
ReplyDelete