Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Entri kali ini akan berkongsi pengalaman saya dan 4 sahabat lain yang bercuti di Banda Aceh selama 4 hari 3 malam.
Untuk pengetahuan semua, saya dan kawan kawan lelaki ni akan travel bersama pada bulan Januari setiap tahun. Destinasi pilihan kali ini adalah di Banda Aceh.
2017 : Percutian Di Medan. Klik Sini Untuk Baca
2018 : Percutian Di Yogjakarta. Klik Sini Untuk Baca
Kami pilih Indonesia sebab kos yang rendah, tempat yang menarik, makan yang sedap dan bahasa yang mudah difahami. Ikut perancangan, nak pusing satu Indonesia. Insya Allah.
Insan terpilih kali ini. Dari kiri Abg El, Firdaus, Hafiz, Okaz dan Izwan.
Day 1 : Penerbangan Dari KL - Banda Aceh
Untuk makluman semua, kami beli tiket 2 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan. Harga tiket kami dapat adalah RM250 seorang, pergi dan balik termasuk makan atas flight dan beg 20 kg.
Untuk yang beli tiket lambat, boleh ajer dapatkan tiket pada harga sekitar RM300-RM350 seorang.
Juga ada tiket dari Pulau Pinang terus ke Banda Aceh, tapi biasanya lebih mahal.
Itenary Day 1 Kami Adalah Seperti Berikut :
1. Tiba di Airport Banda Aceh
2. Melawat Kuburan Tsunami Gampong Siron
3. Meseum Tsunami Aceh
4. Kapal Atas Rumah
5. Makan Tengah Hari Dan Solat
6. Check in Hotel Medan
7. Kapal PLTD Apung
8. Mesjid Raya Baiturrahman
9. Makan Malam
10. Bermalam di Hotel Medan
Itenary Day 1 Kami Adalah Seperti Berikut :
1. Tiba di Airport Banda Aceh
2. Melawat Kuburan Tsunami Gampong Siron
3. Meseum Tsunami Aceh
4. Kapal Atas Rumah
5. Makan Tengah Hari Dan Solat
6. Check in Hotel Medan
7. Kapal PLTD Apung
8. Mesjid Raya Baiturrahman
9. Makan Malam
10. Bermalam di Hotel Medan
Jam 5:30 pagi, kami berkumpul di KLIA 2. Masuk terus ke Perlepasan Antarabangsa.
Selalunya, saya jer lah yang rajin ambil gambar. Huhu.. Ni gambar nak masuk pintu flight. Biasalah, photographer tak masuk dalam gambar.
Flight dari KL jam 7:40 pagi dan perjalanan ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk terus ke Banda Aceh.
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda International Airport.
Kami di sambut terus oleh agen di sana. Since Okaz adalah ketua kumpulan, maka nama dialah yang diseru masa ketibaan kami.
Gambar kenangan para peserta rombongan Cik Kiah. Hehe.
Perkuburan Terbesar Mangsa Tsunami
Selepas menaiki kereta yang disediakan oleh pihak Agen, kami dibawa ke Monumen Tsunami Kuburan Masal Siron.
Ia merupakan tapak perkuburan terbesar mangsa tsunami 2004 dahulu.
Monumen bagi memperingati mangsa korban
Sebanyak 46,718 mangsa korban dikebumikan di sini
Bergambar kenangan di tempat ini
Semoga Allah merahmati mereka semua.
Batu tandar simbolik mereka yang dilanda tsunami Aceh di buat di tapak perkuburan ini.
Pengurusan Mayat Mangsa Tsunami
Semasa kejadian, bilangan orang yang meninggal terlalu ramai, ratusan ribu orang. Pihak berkuasa tidak mampu menguruskan seorang demi seorang mayat yang ditemui.
Apa yang mereka lakukan pada waktu itu adalah, sekiranya sesiapa terjumpa mayat. Mayat perlu diletakkan di tepi jalan. Mayat akan dimasukkan ke dalam beg plastik.
Mayat dikumpul diletak di tepi jalan.
Kemudian akan ada sebuah lori yang datang mengambil mayat mayat ini.
Lori polis digunakan untuk mengangkat mayat
Kemudian mereka akan mengorek lubang yang besar menggunakan escabator atau back hoe, kemudian lori akan datang dan mayat diangkat masuk ke dalam lubang.
Mereka tidak ambil gambar, tidak ambil identiti mayat. Apa yang mereka buat, hanya tanam mayat ini bersama plastik beg mayat itu.
Nampak macam tidak berperi kemanusiaankan, tapi inilah hakikat yang berlaku pada waktu itu.
It's not easy untuk handle ratusan ribu mayat pada satu satu masa.
Mereka hanya akan mengenal pasti sesiapa yang masih hidup sahaja. Siapa yang tidak dikesan dalam satu tempoh masa akan dianggap meninggal dunia.
Muzium Tsunami Aceh
Ini destinasi kedua kami selepas tiba di Banda Aceh.
Muzium Tsunami Aceh.
Ini adalah helikopter polis yang turut musnah ketika kejadian tsunami pada 2004.
Sebenarnya, air laut tsunami yang berlaku pada 2004 itu telah naik ke darat hampir 7km. Memandangkan Banda Aceh memang terletak di tepi laut, maka memang memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat di sana.
Kami melalui satu lorong di mana di kiri dan kanan ada air. Dengan bunyi sound track yang menakutkan, kami diberi 'pengalaman' melalui apa yang terjadi pada pagi kejadiaan.
Di muzium ini, mereka mempamerkan sekitar 20,000 nama mereka yang terkorban pada waktu itu.
Antara nama mereka yang meninggal dunia. In total di Banda Aceh sahaja sekitar 240,000 orang yang terkorban akibat bencana ini.
Aceh mendapat bantuan dari negara negara seluruh dunia semasa kejadian tersebut kerana ini merupakan bencana alam terbesar yang pernah berlaku di dunia ini yang pernah direkodkan.
Antara nama negara yang menghulurkan bantuan kepada Indonesia semasa kejadian tersebut.
Antara barang barang yang ditemui semasa kejadian tsunami yang menjadikan hampir keseluruhan Banda Aceh berhampiran pantai padang jarak padang tekukur.
Rupa bentuk muzium tsunami yang berharaga USD 6 juta. Ia disumbangkan oleh negara asing untuk memperingati sejarah tsunami di Aceh.
Ada tontonan video 10 minit yang menceritakan secara ringkas, apa yang berlaku pada 26 Disember 2004 tersebut.
Laluan dalam muzium.
Di atas ada ditunjukkan bendera negara yang membantu Indonesia pada waktu berkenaan. Malaysia antara yang terlibat membantu Aceh pada waktu itu.
Kapal Di Atas Rumah
Selepas melawat Muzium Tsunami, kami pergi melihat kapal di atas rumah pula.
Batu tanda "Kapal Atas Rumah"
Gambar kapal di atas rumah
Di tempat ini, ada seorang local tour guide yang menceritakan kepada kami kejadian yang mereka lalui pada pagi tersebut.
Kampung mereka terletak berhampiran pantai. Pada pagi berkenaan, mereka mengalami gempa bumi yang tak pernah mereka alami selama hidup mereka.
Mereka dikejutkan dengan air laut yang surut ke laut dalam masa yang sangat pantas. Waktu itu mereka melihat ada banyak ikan terdampar di pantai.
Mereka sangka ini kurniaan dari Allah. Lalu mereka semua turun beramai ramai ke pantai untuk mengutip ikan.
Ia menggulung membawa air setinggi 15 meter. Air berwarna hitam yang membawa bersama pasir dari dalam laut.
Kawasan itu dalam sekelip mata dilanda tsunami.
Rumah tempat kapal ini 'parking' merupakan rumah orang kaya, batu, dua tingkat. Orang di situ yang sempat lari melarikan diri ke dalam rumah itu kerana mereka tahu itu sahaja tempat yang mereka tahu 'kukuh'.
Pada mulanya 30 orang berlindung dalam itu. Dalam masa sangat singkat tingkat 1 tenggelam. Mereka naik ke tingkat 2 rumah itu.
Dalam masa sangat pantas air menaiki tingkat 2 pula. Air naik pantas sehinggalah ke paras leher mereka di tingkat 2. Pada waktu itu semua pasrah yang mereka akan mati.
Dengan kuasa Allah, tiba tiba datang sebuah boat yang menghempap bumbung rumah dan boat ini parking betul betul atas rumah ini. Mereka pantas memanjat naik ke atas boat ini.
Tiba tiba mereka terjumpa seorang yang masih tidur di atas boat ini.
Ketika mereka kejutkan, orang itu merupakan seorang nelayan yang tertidur dalam kapal ini ketika ia berada dalam laut.
Nelayan ini terpinga pinga kenapa ramai orang naik boat beliau. Bila diceritakan baru beliau tahu rupanya ada tsunami yang melanda kawasan tersebut.
Dari masa ke semasa beberapa penduduk kampung yang ada di kawasan sekitar turut menaiki boat tersebut.
Mereka berada di atas boat dari jam 9 pagi sehinggalah waktu petang.
Secara keseluruhan, seramai 59 orang telah naik ke boat ini pada waktu kejadian dan terselamat.
Gambar pada waktu kejadian
Rumah ini akhirnya dibeli oleh pihak kerajaan untuk dijadikan tempat pelancongan.
Gambar dari jauh kapal yang berada di atas rumah.
Kami menaiki platform yang disediakan untuk mengambil gambar dari atas kapal tersebut.
Ambil gambar dulu
Beginilah boat yang telah menjadi penyelamat kepada 59 orang penduduk di sini.
Keadaan hujung kapal. Memandangkan kawasan mereka terletak di tepi pantai, air yang naik hanya surut pada waktu petang. Maka, mereka yang ada di atas kapal hanya boleh turun pada waktu petang sahaja.
Semasa berada atas kapal, mereka menyaksikan sendiri betapa dasyatnya air yang membadai kampung mereka.
Okaz bergambar di bawah kapal ini. Sekarang, mereka membina 3 tiang tambahan untuk menyokong kapal ini agar ia terus berada di sini.
Tanpa tiang sokongan ini, kapal ini mungkin tidak boleh bertahan lama di sini.
Mak cik ini merupakan salah seorang dari 59 orang yang berada di atas kapal ini semasa kejadian. Habis semua ahli keluarganya meninggal dunia.
Antara ayat ayat mak cik ni yang masih kami ingat, "Nak, hidup ini sementara sahaja. Allah nak bagi kita mati, senang senang saja. Hidup ini, buatlah ibadah. Ingatlah Allah. Allah berkuasa atas semua perkara."
Izwan membeli buku mengenai kisah mak cik ini semasa kejadian tsunami pada hari itu.
Makan Tengah Hari
Bergambar dulu depan kedai makan tengah hari
Semua makanan dan minuman kami sepanjang trip ini dah termasuk dalam pakej yang disediakan oleh pihak agen.
Ayam tangkap...... Ini nama makanan yang famous di sini. Kene torai ni. Sedap gak.
Ayam tangkap potong kecil
To Wednesday @ Kerabu
Keropok
Air timun. Memang sedap.
Masjid Baiturrahman, Banda Aceh
Selepas makan, kami menuju ke Masjid Baiturrahman. Masjid ini terletak di bandar Banda Aceh. Ia juga turut terkesan dengan tsunami.
Semasa kejadian, mereka yang melarikan diri masuk ke dalam masjid ini terselamat. Ini kerana air yang masuk hanya sampai paras lantai sahaja.
Inilah keadaan masjid ini ketika kejadian. Air yang naik tidak tinggi sangat sebab ia dah jauh di bandar.
Suasana dalam masjid ketika menunggu masuk waktu Solat Jumaat
Solat Jumaat kami di sini
Dalam masjid
Siap ada payung ni lagi kat luar. Ia boleh buka dan boleh tutup macam di Masjidil Nabawi di Madinah.
Suasana ketika selesai solat Jumaat
Selfie dulu
Gambar dari jauh Masjid Baiturahman yang terkini
Kapal PL TD Apung 1
Ketika kejadian tsunami, ada sebuah kapal yang terletak di tepi pantai dihanyutkan sejauh 5km ke darat. Ia di bawa ke darat melalui air tsunami. Berat tak berat kapal ni, ia seberat 2600 Tan.
Kapal ini sebenarnya merupakan penjana elektrik diesel untuk kawasan sekitar itu. Namun pada hari kejadian, ia turut diangkut oleh air untuk sejauh 5km. Subhanallah. Boleh bayangkan tak? Betapa kuatnya air yang naik ke darat pada hari itu.
Kami ketika berada di dalam kapal PL TD Apung ini.
Ketika kejadian, ada seorang sahaja yang berada di atas kapal yang terselamat dan masih hidup. Yang lain terkorban.
Ada video simulasi ditunjukkan macam mana air tsunami mampu mengangkat kapal ini naik ke darat.
Sebenarnya, ada sesetengah tempat di Aceh yang 'mengetahui' akan berlaku kejadian tsunami ini. Ada satu kampung tu, mereka telah belajar dari satu kitab kuno mengenai gempa bumi.
Dalam kitab itu ada dinyatakan bahawa jika berlaku gempa bumi, dan air laut turun ke bawah. Mereka yang berada di kawasan sekitar mesti lari segera ke kawasan bukit kerana air laut akan naik ke darat.
Kitab ini telah ditulis ratusan tahun yang lalu.
Penduduk kampung itu mempercayai kitab tersebut dan semua mereka melarikan diri ke kawasan tinggi. Akhirnya, ternyata ia benar benar berlaku.
Di kampung tersebut, hanya seorang sahaja yang meninggal dunia akibat uzur. Yang lain sempat melarikan diri ke kawasan bukit.
Kami bergambar di dalam kapal
Sauh ini seberat 2 tan. Walaupun dah anchoring kapal ini elok elok di tepi pantai, tapi kuasa Allah mengatasi segalanya.
Kami naik ke bahagian atas kapal pula.
Dikawasan ini, air naik ke darat sejauh 7km.
Penjana elektrik yang membekalkan elektrik untuk kawasan setempat
Okaz bergambar dari atas kapal.
Group photo
Masih di atas kapal lagi
Di bawah kapal.
Ok done. Lets go.
Batu ini dibuat bagi memperingati mangsa tsunami di tempat ini
Boleh nampak lukisan pada simen yang mereka cuba buat untuk gambarkan keadaan semasa tsunami tahun 2004 tersebut.
Kami berehat kejap, minum air kelapa di tepi pantai
Fresh. Sedap. Nyaman.
Dinner malam ini.
Nak merasa durian Banda Aceh lak. Ternyata yang Malaysia lagi sedap.
Dah kenyang. Tapi berhenti makan gak. Tak leh lawan durian di Medan.
Then kami beli murtabak durian.
Yang ni sedap.....
Hari Ke Dua : Pulau Sabang, Banda Aceh
Hari kedua, jika ikut itenari disediakan oleh pihak agen. Ini jadual kami.
1. Menuju jetty untuk menaiki feri.
2. Naik feri 45 minit menyeberang ke Sabang
3. Disambut oleh tour guide di jeti.
4. Ke Tugu I Love Sabang
5. 0 kilometer Indonesia
6. Gua Sarang
7. Pantai Sabang Fair
8. Kawasan Sumur Tiga
9. Bungker Jepang
10. Shopping di Bandar Sabang
11. Bermalam di Hotel Nagoya
Kami berada di atas feri. Ia macam feri nak ke Langkawi.
Bergambar dengan Hafiz, biras saya ni. Dia suami kepada kak ipar saya. Kami geng. Selalu travel bersama.
Merenung masa depan gitu.
Sampai ke jeti Pulau Sabang.
Turun boat dan terus cari agen kami.
Feri yang kami naik untuk ke Pulau Sabang
Dalam van. Jika diikutkan, ia ambil masa 2 jam untuk pusing keseluruhan pulau ini. Tapi sebab berhenti henti, so akan ambil masa lama sikit untuk 'tawaf' satu pulau ni.
Di belakang sana ada Gunung Berapi. Kami akan ke sana di sebelah petang nanti.
Group photo satu. Cuaca pun nampak Alhamdulillah untuk pusing pulau hari ni.
Benteng Anoi Itam adalah kawasan yang digunakan oleh pihak Jepun untuk menyimpan senjata mereka semasa Perang Dunia Ke 2. Di beri nama Pantai Anoi Itam kerana Anoi itu Pasir dan ia berwarna hitam.
Kubu simpanan senjata tentera Jepun dahulu.
Saya ambil gambar dulu di sini
Ini pula meriam sepanjang 3 meter yang digunakan untuk menyerang kapal musuh yang datang ke kawasan ini.
Kami berlima ambil gambar dahulu di Pantai Anoi Itam ini
Selfie seround. Kawasan ini sangat cantik. Sesuai untuk photo shoot.
Bergambar di tepi pantai pulak. Another great place untuk photo shoot.
Ambil gambar dulu. Hati hati yer. Jatuh ke bawah ni, kira ucap selamat jalan lah yer.
Air laut yang sangat cantik di sini
Kami berhenti di beberapa tempat menarik untuk ambil gambar. Semua dah jadi kanak kanak balik ni.
Pantai Sumur 3. Di sini ada 3 Sumur. Pernah dengar pantun, "Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi...."
Sumur tu maksudnya telaga.... Ooooooooo... Baru tahu. Di sini ada 3 buah telaga, terletak di tepi pantai. Tapi airnya tawar. Sebab itu ia sangat unik. So, dapatlah nama Pantai Sumur 3.
Gambar berlima lak.
Naik buaian.
Merenung masa depan
Tugu I Love Sabang
Pulau Weh adalah nama lain bagi Pulau Sabang.
Bergambar di pantai pulak.
Makan tengah hari
Makan tengah hari ni macam kedekut sikit. Ade ke kami berlima ayam goreng dapat 3 ketul jer. Jamm... Kami minta tambah lagi 2 ketul ayam goreng.
Snorkeling + Free Dive
Ok. Ini tak termasuk dalam pakej di Pulau Sabang. Snorkling + Free Dive.
Dalam kami berlima, yang betul betul nak ber snorkling ni saya dan Okaz sahaja. Dua orang lagi tak mau. Sorang berkecuali.
Jadi susah untuk kami buat keputusan bila tiba keadaan macam ni.
Sebab bila kami nak snorkeling, ia akan melibatkan cancel tempat lawatan lain. Dan kena bayaran tambahan seorang RM50 lagi.
Untuk cover boat + sewa peralatan + tour guide + ambil gambar dalam air.
Akhirnya, keputusan dicapai iaitu kami semua akan buat snorkeling. Yeyy.....
Naik boat dulu untuk ke tempat snorkling.
Cantik weiiii air di sini. Gila arhhhh....
Kami semua diberikan jaket pelampung. Tapi untuk buat free dive, nak kena buka jaket ni. So, yang berani ajer lah yang boleh buat. Yang tak berani tak leh buat.
Mula mula, kami di beri peluang untuk free dive di kedalamam 7 kaki dulu. Kira tak dalam sangat lah.
Si Okaz ni lak, duduk rapat dengan tour guide tu. Dia lak yang pegang kamera. Apa lagi, gambar Okaz ler yang paling banyak. Sakit hati ku tengok. Cantik cantik lak tu gambar.
Gaya macam macam. Untuk makluman semua, kami berempat tak pandai berenang yer. Main belasah jer buka life jacket ni. Boleh la gagah berenang sket sket. Pakai fin kaki itik tu membantu kami untuk mengapung dalam air.
Photographer ambil gambar kami dari bawah.
Saya pulak ambil gambar free dive di kedalaman 7 kaki.
Muka serius jer. Takut wei.
Lulus kedalaman 7 kaki. Kami turun pula di tempat lain untuk kedalaman 10 kaki. Kali ni ada motor pulak. So, leh la buat gambar macam ni.
Saya pun berjaya juga.
Ambil gambar dalam air.. Gaya bebas.
Hafiz pun, memula tak nak snorkling. Tapi last last enjoy jer.
Tiba tiba kami nampak ada rangka kereta dalam laut. Hehe.. Kami tanya berapa dalam? Tour guide cakap 20 kaki.
Siapa berani turun, jom dia nak ambil gambar.
Semua tak berani. Saya pun takut juga. Tapi... Dalam hati kata, kalau tak buat hari ni, bila lagi nak buat. So, saya try ajer lah.
Dengan lafaz Bismillah, saya turun ke bawah. Free dive. Main tahan nafas cam tu jer la.
Nak sampai ke kereta, tapi tak sampai nak pegang. Nafas tak cukup panjang. Then saya berhenti kejap, ambil gambar.
Then naik atas kembali. Frankly speaking, saya cuak gak sebenarnya. Tapi memberanikan diri jer. So, naik atas kembali. Masa nak naik tu, adoi. Terasa lama sangat. Bila la nak sampai. Huhu.
Kami berangkat pulang selepas dah puas mandi. Makan pisang goreng cheese dulu.
Kilometer Zero, Sabang
Asalnya, saya tak faham. Apa lah Kilometer Zero ni. Lepas diberi penerangan, saya dimaklumkan bahawa Pulau Sabang adalah pulau teratas sekali di Indonesia.
Jika Acheh terletak di hujung Sumatera, Pulau Sabang pula terletak di utara Aceh.
Pulau Sabang terletak di atas sekali.
Dan Kilometer Zero pula terletak di hujung sekali pulau ini. Maksudnya, bila kita pergi ke hujung ni, kita adalah orang yang paling hujung berada di bumi Indonesia.
Dah sampai ke sini, wajib ambil gambar dulu.
Kami berlima dengan free style.
Ok, inilah lokasi manusia terakhir di bumi Indonesia. Maksudnya, saya yang paling hujung Indonesia ketika ini.
Kami berlima ambil gambar dulu di sini.
Next destination adalah Gunung Berapi.
Jauh pula kami nak kena jalan di sini.
Sampai letih la Okaz. Senyum pun macam tak ikhlas jer.
Rasanya lebih 500 meter nak kena jalan.
Sampai juga ke atas
Ambil gambar dulu
Belerang yang masih keluar dari bumi
Been there. Kat atas ni ada satu 'kawah' kecil yang airnya bergelegak masih panas.
Selepas itu, kami pergi menunaikan solat Asar dan Zuhur di Masjid Babussalam, di Pulau Sabang. Sebelah malam, kami bermalam di Hotel Nagoya.
Day 3 : Banda Aceh
Itenary Day 3 :
1. Bertolak dari Hotel Nagoya
2. Tiba Di Jetty Balohan - Naik Boat Ke Banda Aceh
3. Rumah Tsunami Cut Putri
4. Kubah Mesjid
5. Rumah Cut Nyak Dhien Lampisang
6. Pantai Lampuuk
7. Mesjid Rahmatullah Lampuuk
8. Pasar Aceh
9. Pantai Ule Lheu
10. Mesjid Baiturrahim
11. Bermalam di Hotel
Itenary Day 3 :
1. Bertolak dari Hotel Nagoya
2. Tiba Di Jetty Balohan - Naik Boat Ke Banda Aceh
3. Rumah Tsunami Cut Putri
4. Kubah Mesjid
5. Rumah Cut Nyak Dhien Lampisang
6. Pantai Lampuuk
7. Mesjid Rahmatullah Lampuuk
8. Pasar Aceh
9. Pantai Ule Lheu
10. Mesjid Baiturrahim
11. Bermalam di Hotel
Seawal jam 7 pagi, kami mesti bergerak keluar dari hotel untuk pulang ke Banda Aceh melalui feri.
We are on time. Tak boleh lewat. Sebab kalau lewat nanti feri akan tinggalkan kita. Huhu.
Okaz masuk dalam boat. Perjalanan dalam feri ni sebenarnya mengambil masa selama 1 jam. Akibat kepenatan, dalam boat ni memang tidur jer la.
Gunongan Dan Kandang
Untuk pengetahuan anda, pada tahun 1607 Sultan Iskandar Muda iaitu sultan Aceh pada waktu itu berkahwin dengan Putri Pahan, Anak kepada Sultan Johor di Malaysia.
Pada awal perkahwinan, permaisuri asyik teringatkan Johor dan rindukan bermain di pergunungan. Akhirnya sultan pada waktu itu membina Gunongan sebagai tempat permainan permaisuri dengan anak anak mereka.
Sebelah ni adalah kubur Sultan Iskandar Muda.
Inilah Gunongan.
Jom masuk dulu.
Asalnya pintu ni berkunci. Tapi kami minta izin dari jaga untuk masuk dan amazingly, beliau buka pintu untuk kami masuk.
Gambar dari atas Gunongan
Gambar berlima dahulu.
Kubah Masjid Gampong Gurah
Semasa tsunami, ada sebuah masjid yang runtuh akibat limpahan air laut yang sangat banyak. Nama Masjid ini Masjid Gampong Gurah.
Ini kubah asal. Namun masa tsunami, masjid ini telah runtuh dan kubahnya telah bergerak sejauh 2.5km dari tempat asal dan jatuh di kawasan sawah padi.
Akak ni antara mangsa yang masih hidup di kawasan ini. Beliau bercerita mengenai dasyatnya tsunami yang melanda kampung mereka.
Dari 700 penduduk asal, hanya 25 orang sahaja yang terselamat. Yang lain semua meninggal dunia. Beliau sendiri kehilangan ramai ahli keluarga yang sampai ke sudah tak ditemui jasad mereka.
Biasanya, mereka ada sediakan tabung untuk kita bagi sumbangan. So, bila pergi ke tempat tempat macam ni, bagi lah duit sket barang seringgit dua. Jangan pi saja saja yer. Macam akak ni pun, kita bagi lah kat dia duit sikit.
Berat kubah ini adalah 80 tan. Tapi ia boleh bergerak sejauh 2.5km. Yang menariknya, masjid asal terletak di sebelah belakang bukit. Tapi kubah ini boleh sampai ke sini. Begitulah dasyatnya tsunami yang berlaku pada waktu itu.
"Dah kau kenape Firdaus..."
"Ko kenapa lak Hafiz....???"
Setiap tempat, ramai ajer orang yang berjual. So, beli lah mana yang perlu.
Melawat kubur mangsa tsunami lagi.
Berehat di tepi pantai Aceh. Makan tengah hari di tepi pantai. Semasa kejadian tsunami, semua kawasan ini menjadi padang jarak padang tekukur.
Ombak laut yang sangat kuat
Macam sedap jer..
Masjid Rahmatullah
Rasanya ramai yang pernah tengok gambar ni. Ok, inilah masjid yang kami ziarah selepas makan tengah hari di tepi pantai. Kami makan tengah hari di tepi pantai hujung tu jer.
Jarak masjid dari pantai adalah 500 meter sahaja. Jadi, anda boleh bayangkan apa yang terjadi pada waktu ini kepada kawasan sekitar.
Semua rumah habis musnah. Musnah hancur terus.
Kami ke muzium yang terletak di sebelah Masjid. Di sini ditempatkan pelbagai gambar semasa kejadian tsunami berlaku.
Allah maha berkuasa. Hanya masjid ini sahaja bangunan yang tinggal di kawasan ini. Yang lain semua musnah.
Pasca tsunami
Buku ini terdapat ratusan gambar yang anda tak akan jumpa di internet. Ia menunjukkan kesan bencana tsunami di Banda Aceh secara keseluruhannya. Subhanallah. Sangat sangat sangat sangat dasyat.
Kami menunaikan solat Zuhur berjemaah di sini. Berlaku pergerakan dalam bumi yang menyebabkan kiblat masjid juga berubah. Anda boleh tengok line saf masjid asal itu dan saf masjid sekarang.
Ketika keluar dari Masjid, kami berbual dengan pakcik ini. Beliau adalah bilal masjid ini. Turut menjadi mangsa tsunami. Dalam keluarga, hanya beliau dan seorang anak sahaja yang terselamat. Yang lain semua dah meninggal.
Pada hari kejadian, selepas gempa bumi. Semua orang berkumpul di luar masjid.
Tidak berapa lama, mereka terdengar jeritan orang ramai menyuruh mereka lari ke kawasan tinggi kerana air laut sedang naik.
Pada waktu itu, mereka yang berlari semuanya maut.
Pak cik ini menggunakan motorsikal untuk melarikan diri. Namun air tsunami agak laju. Dihujung hujung itu, beliau juga terjatuh dari motor dan termasuk dalam air lumpur tsunami dan bergulung dalam air itu sehingga termakan selut, lumpur dan air laut.
Beliau tersedar kerana tersangkut di kawasan bukit yang agak tinggi di mana air tsunami tidak naik ke situ.
Di situ beliau dan beberapa orang lain yang terselamat muntah untuk keluarkan semua yang termasuk dalam mulut mereka.
Begitulah dasyatnya tsunami bila kita dengar langsung dari mereka yang terlibat. Subhanallah.
Hujung belakang masjid in runtuh. Tapi mereka kekalkan dan tidak perbaiki bagi menunjukkan kesan tsunami kepada para pengunjung.
Ketika tsunami, air naik setinggi kubah. Sebelum di cat, mereka dapat lihat kesan air pada kaki kubah ini. Ini menunjukkan betapa besarnya tsunami yang melanda kampung mereka pada waktu itu. Tak hairanlah bila semua rumah kawasan sekitar musnah semusnah musnahnya.
Kami berlima ambil gambar dulu di luar masjid sebagai kenangan
Masjid ini sudah cantik sekarang.
Kerajaan Turki telah mengambil inisiatif untuk membaiki kembali masjid ini. Mereka juga bersetuju untuk membina ribuan unit rumah di kawasan kampung ini.
Bila saya tanya kepada pak cik tadi, beliau berkata semua mangsa yang mempunyai tanah akan diberikan seunit rumah secara percuma oleh kerajaan Turki.
Mereka yang meninggal pula, tanah mereka diserahkan kepada Baitul Mal untuk urusan kerajaan.
Rumah Aceh
Kami menziarahi Rumah Aceh.
Salah silah Cut Nyak Dhien.
Untuk pengetahuan anda, pada zaman dahulu terdapat seorang pembesar Aceh yang bernama Tengku Umar. Semua orang menghormati beliau.
Ketika zaman Belanda menyerang Aceh, Tengku Umar 'berpura-pura' untuk bersama Belanda. Beliau diberi perlindungan istimewa oleh Belanda.
Beliau sedar, tentera Belanda sangat hebat. Mereka ada meriam semua. Tapi tentera Aceh hanya ada keris, lembing, parang dan senjata biasa sahaja.
Jadi beliau berpura pura menyokong Belanda.
Tiba pada masa yang sesuai, beliau sendiri telah membunuh pembesar pembesar Belanda di Aceh. Kemudian beliau sendiri menerangkan kepada penduduk Aceh mengenai hasrat awal beliau 'berbaik' dengan Belanda.
Bukan sebab nak menyokong Belanda, tapi nak menjatuhkan Belanda.
Keadaan dalam Rumah Aceh.
Bilik Tengku Umar dahulu
Tempat mesyuarat
Dihadapan rumah Aceh.
KFC lu...
Sekali geng geng kami nak makan KFC pulak. Nak rasa KFC Indonesia macam mana. Beli la satu Bucket 9 ketul. Sedap, tapi kurang pedas.
Ambil drumstick jer la. Senang nak makan.
Shopping
Destinasi seterusnya adalah tempat shopping.
Masa diperuntukkan adalah 2 jam. Tapi biasalah, lelaki shopping 30 minit dah cukup. Tak minat sangat dengan barang barang yang dijual di sini.
Nak minum kopi lak....
Kita minum dulu
Hot Choclate....
Kemudian, kami pulang ke hotel untuk berehat. Habislah agenda kami pada hari ketiga di Banda Aceh.
Kami tunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid. Kemudian kami makan malam dan pulang ke hotel untuk berkemas.
Esok pagi, hari keempat kami pulang ke Malaysia.
Kesimpulan :
1. Banda Aceh adalah satu tempat yang PATUT KITA ZIARAHI.
Insya Allah, ia adalah ziarah yang akan meningkatkan iman kita kepada kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.
Insya Allah, ia adalah ziarah yang akan meningkatkan iman kita kepada kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.
2. Trip 3 Hari 2 Malam Acheh Sahaja atau 4 Hari 3 Malam Acheh + Sabang sudah memadai untuk anda yang ingin bercuti di sana.
3. Digalakkan anda mengambil Agen di Banda Aceh, KLIK SINI UNTUK HUBUNGI AGEN YANG DIPERCAYAI DI ACHEH
Back packer kurang digalakkan. Public transport di sana agak out. So, jika anda ambil Agen siap siap, ia memudahkan anda travel di sana tanpa perlu memikirkan bab makan, hotel, tempat melawat dan sebagainya.
Back packer kurang digalakkan. Public transport di sana agak out. So, jika anda ambil Agen siap siap, ia memudahkan anda travel di sana tanpa perlu memikirkan bab makan, hotel, tempat melawat dan sebagainya.
4. Anda juga boleh memilih agen di Malaysia. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, ambil direct di sana adalah lebih murah. Tapi AWAS. Berhati hati, takut anda tersalah pilih agen di sana.
Silap silap, duit dah bayar then tak ada orang tunggu di airport. Nangis ler.
Silap silap, duit dah bayar then tak ada orang tunggu di airport. Nangis ler.
5. Saya haritu pilih agen yang saya bayar terus di Banda Aceh. Tiada deposit. Ia based on TRUST.
Mereka percaya kita ambil mereka. Dan kita pun bila dah berjanji, tak perlulah nak tukar tukar lagi. Just stick dengan yang satu.
Mereka percaya kita ambil mereka. Dan kita pun bila dah berjanji, tak perlulah nak tukar tukar lagi. Just stick dengan yang satu.
6. Harga pakej saya termasuk Makan, Hotel, Transport, Tour Guide, Tiket Masuk Sesuatu Tempat Adalah Sekitar RM500 - RM700 Sahaja. Bergantung Kepada Jumlah Peserta Rombongan.
Kami dah survey banyak travel agen sebelum pergi haritu. Alhamdulillah, ini yang termurah.
7. Agen saya di Banda Aceh adalah Pak Sani.
Kami dah survey banyak travel agen sebelum pergi haritu. Alhamdulillah, ini yang termurah.
7. Agen saya di Banda Aceh adalah Pak Sani.
Klik Sini Untuk Whatsapp Beliau Secara Direct.
Insya Allah, puas hati. Bayar murah murah jangan bajet nak dapat hotel mewah yer.
Saya di Banda Aceh tinggal di Hotel Medan 2 malam dan Hotel Nagoya di Pulau Sabang 1 malam.
Kereta digunakan adalah Van Pregio dan Avanza.
Jangan risau, travelling di Banda Aceh tak jauh sangat. Should be ok.
8. Bila datang ke Banda Aceh, bawa la makanan, biskut, jajan, gula gula untuk disedekahkan kepada anak anak kecil di tempat anda ziarah. Bawa juga duit kecil bila di sana. Semasa anda ziarah, ada ramai orang minta derma. So, dermahlah seikhlashnya.
Semasa saya mengagihkan gula gula dan biskut, semua budak budak mengerumuni saya.
9. Di setiap tempat lawatan, ada local tour guide. Mereka akan bercerita kepada group kita dengan detail setiap yang berlaku masa tsunami dulu. Berikan sedikit tips kepada mereka.
Contoh Lokal Guide Yang Akan Bercerita Kepada Kita.
10. Antara tempat menarik di Indonesia, saya syorkan anda melawat Banda Aceh + Sabang. Boleh jadikan blog saya ini sebagai rujukan tempat ziarah di sana nanti.
Berdasarkan pengalaman saya ke Medan, Yogjakarta, Jakarta dan Banda Aceh. Semuanya best. Tapi Banda Aceh pakejnya SANGAT MURAH, TIKET KAPAL TERBANG MURAH dan TEMPAT MENARIK.
11. Saya syorkan anda pergi ke Pulau Sabang sekali yer. Sangat best Pulau Sabang ni. Banyak tempat melawat di sana. Tak perlu snorkeling kalau tak nak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jika anda rasa ia bagus, sila kongsikan link blog ini dengan rakan rakan anda yang lain. Semoga bermanfaat.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteterima kasih share info
ReplyDelete