A Great Relationship Is Like Taj Mahal. Everybody Wonders How Beautiful It Is. But Nobody Understands How Difficult It Was To Build
"Ya Allah, berilah kebahagiaan kepada kami sehingga kami ke syurga Mu"
Oleh : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Jemput Baca Perkongsian Percutian Kami Di Kashmir Untuk Day 1 - Day 5 Di Sini. Klik Untuk Baca
Day 6 : Agra - Taj Mahal - Agra Fort - New Delhi
Day 5 kami sebenarnya lebih kepada Travelling Day.
Dari Houseboat Srinagar kami keluar jam 9 pagi. Tiba di Airport jam 10 pagi. Naik kapal terbang jam 12 tengah hari. Tiba di New Delhi jam 2 petang.
Naik bas dari New Delhi ke Agra selama 5 jam. Tiba di Agra dah jam 7 malam. Then terus rehat di hotel. So, tak ada banyak sharing saya boleh buat untuk Day 5.
So, saya sambung dengan tempat tempat menarik yang kami lawati pada hari ke 6.
Ini Mr Hassan. Beliau adalah Tour Guide kami di New Delhi dan Agra. Beliau banyak bercerita kepada kami mengenai India.
Ini adalah beberapa info mengenai India yang kita semua perlu tahu agar lawatan kita di India jadi lebih bermakna :
1. Dari segi saiz keluasan tanah, India adalah negara ke 7 terbesar di dunia selepas Rusia, Canada, China, United States America, Brazil, Australia dan yang ke 7 adalah India.
2. Dari segi bilangan penduduk, India berada di tangga kedua selepas China. China mempunyai 1.4 billion penduduk manakala India mempunyai 1.34 billion penduduk. US di tangga ketiga dengan 324 juta penduduk di ikuti oleh Indonesia seramah 260 juta penduduk.
Dijangkakan, pada tahun 2025, India akan mempunyai bilangan penduduk teramai di dunia, memintas China kerana sekarang China mula menghadkan bilangan anak bagi setiap pasangan.
3. Kerajaan India dahulu sangat luas dan amat berpengaruh. Zaman kegemilangan mereka adalah ketika Kesultanan Delhi dan kemudiannya Dinasti Mughal. Pada waktu ini, mereka berjaya menguasai sebahagian besar benua Asia.
India pada waktu itu sangat kaya sehingga Shah Jahan pada waktu itu membina Taj Mahal pada harga sekitar 40 juta Rupees pada waktu itu.
Namun, pada akhir kurun ke 16, India mula dijajah oleh kuasa asing yang berebut kekayaan dan hasil bumi di India. Banyak kuasa besar yang menjajah India seperti Portugis, Belanda, Perancis dan British.
Pada sekitar tahun 1940 an, penduduk India melancarkan tunjuk perasaan terhadap penjajah British yang diketuai oleh Mahatma Gandi. India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947. Pada waktu itu, Pakistan menuntut kemerdekaan berasingan. Maka tertubuhlah negara India dan Pakistan pada waktu itu.
Pakistan lebih dikuasai oleh orang Islam manakala India dikuasai oleh orang Hindu.
Bangladesh pula selepas itu menuntut kemerdekaan berasingan dan mahu keluar dari India. Maka terbentuklah negara Bangladesh selepas itu.
4. Kadar tukaran wang India kepada Malaysia pada April 2019 adalah 100 Rupees = RM6 atau RM1 = 17 Rupees.
5. 80% penduduk India beragama Hindu, hanya sekitar 13% beragama Islam.
Ok, sekarang jom kita ikuti perjalanan kami pada hari ke 6 ini.
Lawatan pertama kami pada pagi ini adalah Taj Mahal. Saya pakai baju warna putih ajer lah hari ni. Sebab cuaca dijangka tinggi mencecah 40 Degree Celcius pada hari ini.
Bas yang kami naiki berhenti sekitar 1.5km dari Taj Mahal. Di sini kami mesti menaiki kenderaan yang mereka sediakan.
Pihak kerajaan sangat sangat menjaga keselamatan Taj Mahal. Jadi, tiada sebarang kenderaan luar dibenarkan mendekati bangunan Taj Mahal.
Berdasarkan info dari tour guide kami dan info dari internet, setiap hari dianggarkan seramai 20,000 orang melawat Taj Mahal. Waktu puncak pula boleh mencecah seramai 50,000 pada satu hari.
Jumlah pelancong tahunan adalah seramai 8 juta orang. Harga tiket untuk orang luar adalah 1,250 Ruppes = RM70 manakala untuk warganegara India adalah 250 Rupees = RM15. So, anda kiralah berapa pendapatan yang dijana oleh kerajaan India melalui Taj Mahal ini sahaja.
Naik buggey ni sekejap ajer. Dalam 3-4 minit sahaja dah sampai ke pintu masuk Taj Mahal. Semua kos dah dicover oleh pihak agen.
Ini perkara yang boleh bawa dan tidak boleh bawa. Jangan dok buat lecey bawa barang barang terlarang ketika ke Taj Mahal yer. Tinggal ajer dalam bas nanti.
Nota Kaki : Selfie Stick dibenarkan bawa masuk. Tapi, selfie stick yang ada tripod tidak dibenarkan masuk. So, hati hati buat mereka yang guna selfie stick yang ada tripod.
Tiket kami semuanya diuruskan oleh agen. So, tak perlu bayar dah untuk masuk.
Inilah tiket kami, seorang 1,250 Rupees.
Ok jom masuk. Kawalan keselamatan nak masuk ke dalam sangat sangat lah ketat. Macam nak naik kapal terbang jer.
Inilah pintu masuk utama Taj Mahal. Semua orang kena lalui pintu ini untuk masuk.
Ambil gambar dulu dari luar.
Di belakang ini lah terletaknya Taj Mahal
7 Fakta Taj Mahal Yang Kita Perlu Tahu Untuk Lebih Hargai Pengalaman Di Sini
1. Taj Mahal di bina sebagai lambang cinta Shah Jahan kepada isterinya iaitu Mumtaz Mahal yang meninggal dunia pada tahun 1631 ketika melahirkan anak mereka yang ke 14.
Sebelum meninggal, isterinya Mumtaz Mahal meminta Shah Jahan membina sebuah bangunan sebagai tanda kasih sayang mereka berdua.
2. Taj Mahal mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan. Bermula pada tahun 1632 dan siap sepenuhnya pada 1653.
3. Kos membina Taj Mahal adalah tersangat tinggi iaitu dianggarkan antara 32-40 juta Rupees. Ia satu jumlah yang tersangat tinggi pada waktu itu kerana waktu itu, gaji para pekerja rata rata adalah sebanyak 2 Rupees sahaja sebulan.
Harga mahal kerana menggunakan material yang sangat berkualiti
4. Jumlah pekerja yang digunakan adalah seramai 20,000 orang dan 1,000 ekor gajah. Manusia digunakan untuk membuat ukiran, memahat, mengatur, dan membina bangunan ini manakala gajah pula digunakan untuk membawa batu dari jarak 336km dari Agra.
Senibina Taj Mahal sangat cantik. Keseluruhan bangunan dibuat menggunakan batu mar mar yang bertakhtakan berlian, intan dan batu batu lain yang sangat cantik.
Walau bagaimana pun, semasa berlaku pemberontakan di Agra, pemberontak telah merosakkan Taj Mahal dan mencuri barangan mewah yang terdapat dalam bangunan ini.
Semasa kami melawat, tiada lagi batu intan permata dan batu batu mewah lain pada mar mar ini. Semuanya sudah hilang.
Ada satu kawasan, keseluruhan syiling disaluti emas. Kami boleh tengok semua kesan emas dirobek keluar dan hanya tinggal sedikit sahaja yang masih tertinggal.
5. Shah Jahan beragama Islam. Jadi senibina Taj Mahal turut mendapat sentuhan Islam.
Kaligraphy yang sangat cantik diukir di atas batu mar mar ini.
6. Taj Mahal adalah bangunan paling Simetry di dunia. Maksudnya apa yang ada di sebelah kiri, akan ada di sebelah kanan bangunan. Apa yang ada di hadapan akan ada di belakang.
Seginya sangat sama.
7. Warna Taj Mahal boleh berubah mengikut cahaya dan arah matahari yang terpancar ke arah Taj Mahal.
8. Sekarang ini, Taj Mahal adalah tempat pengkebumian Shah Jahan dan Isterinya iaitu Mumtaz Mahal. Asalnya kubur isterinya ditempat lain, tetapi selepas bangunan ini siap dibina, mayat isterinya dikebumikan sekali lagi disini.
That's the story. Menarikkan... Jom kita layan gambar kami pula.
Here we go. Kami dah masuk ke dalam. So, its photo time....
Macam macam gaya boleh ambil sebenarnya dengan Taj Mahal ni.
Letak di tapak tangan pun boleh....
Semakin hampir dengan Taj Mahal.... Pihak agen belikan tiket yang boleh masuk ke dalam Taj Mahal.
Ketika ada di atas bangunan Taj Mahal. kami tak dibenarkan ambil gambar di dalam Taj Mahal. So, tak leh la nak share gambar di sini.
Gegirl nak ambil gambar
Dari arah depan Taj Mahal.
Gambar legend ni.... Di mana mana kami travel, mesti ambil gambar yang macam ni.
Dah keluar tak puas hati, ambil gambar lagi....
Lompat pulak....
Lompat berirama....
Terbang jom......
Balik pun kami naik buggey untuk ke bas.
Destinasi kami seterusnya adalah di Gems Stone. Nak tengok hasil kerja tangan orang India. Dalam tak boleh ambil gambar, so tiadalah gambar kami ketika di dalam ini.
Kemudian kami ke kedai barangan kulit pula. Ada wallet, purse, jaket, tali pinggang dan lain lain lagi.
Agra Fort adalah destinasi kai yang seterusnya. Cuaca pada waktu ini tersangatlah panas.
Senyum kejap nak ambil gambar. Waktu lain muka macam lain sebab terlalu panas. Rasa macam terbakar kulit pun ada.
Suhu mencecah 40 Degree Celcius pada waktu ini.
Agra Fort adalah satu tempat kediaham Shah Jahan pada waktu dulu. Ia terletak tidak jauh dari Taj Mahal. Seni bina dalam bangunan ini juga tersangat cantik. Ia juga menjadi pusat pemerintahan Shah Jahan satu ketika dahulu.
Kawasan ini tersangatlah luas.
Bacalah sendiri yer...
Di penghujung hayat Shah Jahan, beliau telah di'penjarakan' oleh anak anaknya sendiri yang berebut takhta pada waktu itu. Mereka sanggup berbunuhan untuk jadi pengganti Shah Jahan.
Shah Jahan pula dipenjarakan di tempat belakang kami ini. Dari sini, dia masih boleh melihat Taj Mahal. Akhirnya pada usia 75 tahun, Shah Jahan meninggal dunia dalam penjara ini.
Info Agra Fort.
Destinasi kami seterusnya adalah ke kedai Fabrik. Katanya kedai inilah yang membekalkan kain kepada Jakel di Malaysia. So, Maria belilah kain sari dua pasang di sini.
Seterusnya, bas bergerak balik ke New Delhi. Kami bermalam di New Delhi dan ia akan jadi malam terakhir kami di India.
Day 7 : New Delhi
Masjid ini juga dibina oleh Shah Jahan pada harga sekitar 1 juta Rupees pada waktu itu. Dalam masjid tak boleh bawa kamera. So, tiada gambar ada dalam masjid ni.
Carian goolge. Inilah Jama Masjid yang terletak di New Delhi. Ia boleh memuatkan 25,000 orang jemaah pada satu satu masa.
Seterusnya kami melawat Monumen ini pula. Ia dibina sebagai memperingati 80,000 tentera India yang telah terkorban dalam peperangan yang berlaku bagi memperjuangkan India.
Kami shopping di Jamphart Street New Delhi. Barang di sini boleh tahan murah. Banyak souveniour boleh dibeli untuk di bawa pulang ke Malaysia.
Adalah sikit hasil tangkapan kami hari ini...
Then kami ke Hard Rock Cafe New Delhi
Beli satu yang warna putih. Tapi tulis Mumbai
Warna kelabu satu. Rega RM100. Huhu... Selepas shopping di sini, kami bergerak terus ke lapangan terbang New Delhi, bersiap sedia untuk pulang ke Malaysia.
Jam 9 malam di New Delhi. Cuaca masih 33 Degree Celcius. Boleh bayanglah kan cuaca waktu siang macam mana.
Kami menaiki kapal terbang jam 10.30 malam dan sampai di Malaysia sekitar jam 6 pagi waktu Malaysia.
Berakhirlah percutian kami di India.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah. Segala urusan kami dipermudahkan oleh Allah.
Terima Kasih Allah atas segala nikmat yang Kau berikan kepada kami.
Kesimpulan :
1. Anda boleh merancang untuk bercuti di India. Cuma, pilih tempat yang betul dan timing yang betul. Bagi saya pemilihan tempat melancong seperti di Kashmir + Agra + New Delhi memberikan satu kepuasan, dapat merasai tempat sejuk dan rasa juga tempat panas.
Pemilihan waktu travel bulan 4 membolehkan kami melihat salji dan tulips pada masa yang sama. Ketika main salji, ia sejuk. Tapi masih boleh tahan berbanding kalau betul betul pergi pada bulan Disember-February yang ia betul betul sejuk.
2. Kalau anda tengok gambar saya di Part 1 dan Part 2, banyak gambar gambar yang menarik dan cantik. Tidak dinafikan ia memang tempat yang cantik untuk bergambar.
Tapi... This is India.
Untuk sampai ke satu satu tempata, pelbagai cabaran terpaksa diharungi. Melalui kawasan perkampungan orang miskin yang kotor, cara pemanduan pemandu India yang tersangat kasar, tapi yang saya hairan sepanjang berada di sana tiada satu kemalangan pun yang saya tengok.
Tandas yang sederhana bersih. Orang ramai jer kencing tepi jalan di dinding dinding bangunan dengan slumber nyer.
Anda kena tingkatkan sedikit kesabaran anda ketika di bumi India. Tapi, overall saya rasa ia masih ok.
3. Kashmir tempat orang Muslim dan sumber pendapatan mereka adalah hasil jualan kepada pelancong. Kalau anda ada duit, melanconglah ke India especially Kashmir.
4. Harga jaket kulit tersangat murah. Leh dapat antara RM200 ke RM400. Jaket kulit asli. Harga murah sangat sangat ni. Kalau di Turki harga riban riban la. Saya pun mampu tengok jer di Turki. Di Europe Italy pun ada jual juga. Saya beli ritu RM650 sehelai. Di India ni terpaksa beli lagi. Murah sangat.
5. Rasai peluang untuk bermalam di Houseboat. Rumah atas air. Pemandangan cantik. Tempat pun best.
6. Bawa bekalan ubat / Suplemen sepanjang berada di bumi India. Trust me you need that. Cuaca di sana tidak menentu. Sejuk ada, panas pun ada. Badan susah nak adapt perubahan cuaca sebegini.
Untuk kekal cergas dan bertenaga, anda perlukan Suplemen. Macam kami, kami gunakan suplemen Shaklee sepanjang trip ini.
Ia mengekalkan kecergasan kami dan meningkatkan imunisasi badan kami untuk berjalan dengan penuh bertenaga. Hubungi Maria di 019-5782515 untuk khidmat konsultansi suplemen yang sesuai dengan anda untuk travel.
Ingat ni, tak guna bayar mahal mahal join trip tapi bila dah sampai sana kita sakit. Huhu... Jadi, sama sama kita beringat sebelum terkena.
Sekian.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Sila Share Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat. Semoga Ia Memberi Manfaat Kepada Orang Lain.
================
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS