By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Saya doakan Allah melapangkan segala urusan anda, dunia dan akhirat. Amin.
Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, Allah pilih kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini.
Ia satu bulan yang penuh keberkatan, bulan yang pernuh dengan pengampunan, bulan yang Allah tawarkan pelbagai ganjaran buat hamba hamba Nya yang mengambil peluang.
Di Malaysia, banyak masjid dan surau mengadakan majlis berbuka puasa beramai ramai yang ditaja oleh individu atau pihak surau dan masjid sendiri.
Malangnya, tak ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa di surau dan di masjid.
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Berbuka Puasa Di Surau / Masjid
1. Waktu sebelum berbuka adalah waktu yang SANGAT MUSTAJAB DOANYA. Malangnya, ramai orang Islam waktu ini sibuk dengan pelbagai perkara sehingga terlepas berdoa pada waktu ini.
Para lelaki sibuk ke pasar Ramadhan untuk membeli makanan. Para wanita sibuk menyediakan juadah berbuka di rumah.
Kesannya, kesian sangat. Kita tak memperbanyakkan doa. Sedangkan itu adalah PELUANG UNTUK DOA KITA ALLAH DENGAR.
Kalau selama ini doa kita kurang mustajab, ini lah masanya.
Berbukalah puasa di surau. Gunakan waktu sebelum berbuka itu untuk anda FOKUS BERDOA SEPENUHNYA.
2. Makan diberikan PERCUMA.
Di surau, pelbagai makanan disediakan setiap hari. Berdasarkan pengalaman saya, makanan yang mereka sediakan Insya Allah cukup dan mengenyangkan.
Bayangkan, jika anda masak sendiri di rumah. Kos mungkin RM7 untuk seorang. Jika anda masak untuk 6 orang. Anda akan keluarkan kos sebanyak RM42 setiap hari.
Sebulan, perbelanjaan ini sahaja sudah RM1200.
Jika anda setiap hari ke surau atau masjid untuk berbuka puasa, anda boleh jimat terlalu banyak duit untuk bulan Ramadhan ini.
Di surau atau masjid, ada makanan, ada pelbagai jenis kuih, ada pelbagai jenis air. Tak perlu dah nak beli di pasar Ramadhan. Tinggal nak pilih dan makan sahaja.
3. Solat Maghrib Berjemaah.
Jika kita berbuka di surau dan masjid. Kita akan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di surau. Jika di rumah, kita mungkin akan solat bersendirian.
Mungkin ada di antara kita yang kurang menunaikan solat berjemaah sebelum ini. Jadikan ia peluang untuk anda dan keluarga membiasakan diri dengan surau.
4. Tak perlu bersusah payah.
Di surau dan di masjid, anda hanya perlu bawa diri sahaja. Jika ada rezeki lebih, bawalah seketul dua kuih untuk dikongsi dengan rakan sebelah.
Berdasarkan pengalaman saya, jika ke surau dan masjid. Kita hanya perlu duduk sahaja. Kemudian sertai Jemaah bertahlil dan berdoa.
Di 10 minit terakhir sebelum berbuka, anda boleh duduk diam diam. Fokus 100% dan berdoalah apa yang anda hajatkan. Tak perlu bersusah payah nak berhidang.
Semuanya sudah disediakan. Anda tidak penat dan boleh berehat pada waktu ini. Yang paling best, dah habis makan. Tak perlu nak berkemas dan nak basuh pinggan. Kalau di rumah, lepas makan nak kena kemas dan cuci pinggan pula.
Para suami, bawalah isteri dan anak anda ke surau dan masjid berhampiran. Bagi peluang isteri anda berehat pada bulan Ramadhan tahun ini.
5. Boleh latih anak mendekati surau dan masjid.
Jika anda nak ajar anak anda solat berjemaah, ini lah masanya. Mereka akan teruja untuk ke surau dan masjid kerana pada waktu ini ada banyak pilihan makanan.
Mereka ada kawan kawan lain yang mereka boleh bergaul dan main bersama.
Inilah peluang untuk mereka bersosial dan improve inter personal skil mereka.
Setiap kali Ramadhan, saya memang bawa keluarga saya ke surau dan masjid. Anak anak pun suka, segalanya mudah. Fawwaz yang umur 3 tahun pun saya angkut ke surau juga tahun lepas.
Nasihat saya buat semua, jom kita guna peluang ini untuk melakukan yang terbaik untuk Ramadhan kita.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Assalamualaikum,
Saya doakan Allah melapangkan segala urusan anda, dunia dan akhirat. Amin.
Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, Allah pilih kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini.
Di Malaysia, banyak masjid dan surau mengadakan majlis berbuka puasa beramai ramai yang ditaja oleh individu atau pihak surau dan masjid sendiri.
Malangnya, tak ramai yang mengambil peluang untuk berbuka puasa di surau dan di masjid.
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Berbuka Puasa Di Surau / Masjid
1. Waktu sebelum berbuka adalah waktu yang SANGAT MUSTAJAB DOANYA. Malangnya, ramai orang Islam waktu ini sibuk dengan pelbagai perkara sehingga terlepas berdoa pada waktu ini.
Para lelaki sibuk ke pasar Ramadhan untuk membeli makanan. Para wanita sibuk menyediakan juadah berbuka di rumah.
Kesannya, kesian sangat. Kita tak memperbanyakkan doa. Sedangkan itu adalah PELUANG UNTUK DOA KITA ALLAH DENGAR.
Kalau selama ini doa kita kurang mustajab, ini lah masanya.
Berbukalah puasa di surau. Gunakan waktu sebelum berbuka itu untuk anda FOKUS BERDOA SEPENUHNYA.
2. Makan diberikan PERCUMA.
Di surau, pelbagai makanan disediakan setiap hari. Berdasarkan pengalaman saya, makanan yang mereka sediakan Insya Allah cukup dan mengenyangkan.
Bayangkan, jika anda masak sendiri di rumah. Kos mungkin RM7 untuk seorang. Jika anda masak untuk 6 orang. Anda akan keluarkan kos sebanyak RM42 setiap hari.
Sebulan, perbelanjaan ini sahaja sudah RM1200.
Jika anda setiap hari ke surau atau masjid untuk berbuka puasa, anda boleh jimat terlalu banyak duit untuk bulan Ramadhan ini.
Di surau atau masjid, ada makanan, ada pelbagai jenis kuih, ada pelbagai jenis air. Tak perlu dah nak beli di pasar Ramadhan. Tinggal nak pilih dan makan sahaja.
Tradisi surau saya, majlis berbuka puasa diadakan setiap tahun sepanjang Ramadhan
Jika kita berbuka di surau dan masjid. Kita akan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di surau. Jika di rumah, kita mungkin akan solat bersendirian.
Mungkin ada di antara kita yang kurang menunaikan solat berjemaah sebelum ini. Jadikan ia peluang untuk anda dan keluarga membiasakan diri dengan surau.
4. Tak perlu bersusah payah.
Di surau dan di masjid, anda hanya perlu bawa diri sahaja. Jika ada rezeki lebih, bawalah seketul dua kuih untuk dikongsi dengan rakan sebelah.
Berdasarkan pengalaman saya, jika ke surau dan masjid. Kita hanya perlu duduk sahaja. Kemudian sertai Jemaah bertahlil dan berdoa.
Di 10 minit terakhir sebelum berbuka, anda boleh duduk diam diam. Fokus 100% dan berdoalah apa yang anda hajatkan. Tak perlu bersusah payah nak berhidang.
Semuanya sudah disediakan. Anda tidak penat dan boleh berehat pada waktu ini. Yang paling best, dah habis makan. Tak perlu nak berkemas dan nak basuh pinggan. Kalau di rumah, lepas makan nak kena kemas dan cuci pinggan pula.
Para suami, bawalah isteri dan anak anda ke surau dan masjid berhampiran. Bagi peluang isteri anda berehat pada bulan Ramadhan tahun ini.
Majlis berbuka puasa hari pertama di surau saya hari Isnin lepas. Ramai yang hadir. Sekitar 110 orang. Untuk level surau kampung, dah kira Alhamdulillah kehadiran macam ni.
Jemaah wanita pun turut hadir memeriahkan surau. Kami pesan, bawa saja anak anak dan cucu cucu mai ke surau.

COMMENTS