BY : MOHD FIRDAUS MAT SAAD
Semalam di surau, ada kuliah. Topik yang diterangkan adalah mengenai NIAT.
Syarat untuk sesuatu ibadah diterima Allah ada dua :
1. Di buat mengikut Syariat yang ditetapkan
2. Di buat semata mata KERANA ALLAH.
Tidak dinafikan, nombor 2 ni ramai yang FAILED. Termasuklah saya.
Banyak ibadah dan perbuatan yang kita buat, tidak diniatkan SEMATA MATA KERANA ALLAH.
Tapi niat kita bercampur dengan yang lain lain.
Lebih teruk, tak diniatkan langsung kerana Allah atau kita buat kerana asbab lain.
Contoh, kita solat kerana malu kepada kawan kawan.
Kita bertudung kerana semua kawan bertudung.
Kita bekerja kerana nak duit.
Dari segi perbuatan, kita akan melakukan perkara yang sama.
Tapi niat dihati kita yang membezakan antara ia adalah IBADAH atau sekadar ADAT yang dibuat setiap hari.
Contoh :
Kita pakai tudung, niat kerana Allah untuk menutup aurat. Ia dianggap ibadah.
Kita pakai tudung, niat kerana nak tunjuk tudung kita cantik, ia tidak dianggap ibadah kerana ada unsur riak di situ.
Kita pakai tudung, niat kerana dah setiap hari dok pakai tudung, rasa pelik tak bertudung, so kita pun pakai tudung, ia dikira sebagai ADAT sahaja.
Jadi, kalau direnungkan isu ini, pasti dan pasti, dalam kehidupan seharian kita, kita ada banyak melakukan perkara yang niatnya tak 100% kerana Allah.
Saya tidak bercakap mengenai anda, tapi saya bercakap mengenai saya.
Jika tanya saya personally pun, bukan semua ibadah saya buat saya niat kerana Allah.
Astaghfirullahal Azim.
Ada juga ibadah yang saya buat sebab takut kena sound dengan mak, tak buat takut nanti apa orang kata.
Ya, saya sendiri sampai sekarang pun ada isu ini.
Sedang belajar dan terus belajar untuk berniat melakukan sesuatu perkara semata mata kerana Allah.
Cumanya, saya juga ada belajar dari seorang ustaz.
Jangan nak tunggu untuk buat satu satu ibadah sehingga kita ikhlas, tapi buatlah ibadah itu walaupun dalam keadaan terpaksa, walaupun ada terasa macam nak tunjuk kat orang, just buat dan konsisten buat.
Along the way, belajar untuk perbaiki niat.
Dan ustaz cakap, keikhlasan akan perlahan lahan datang dalam diri kita dalam beribadah.
Kalau nak tunggu ikhlas baru nak beribadah, bila kita nak buat.
Then, timbul persoalan.
Apa jadi dengan ibadah yang kita dok buat selama ini yang niat kita itu 'tercalar' dengan niat niat lain?
Saya terdengar dalam satu kuliah oleh ustaz Wadi Anuar, di padang masyar nanti, Allah akan menunjukkan kepada kita pahala pahala yang kita dah buat sepanjang hidup kita.
Sekali kita tengok, kita akan rasa lega disebabkan banyak pahala yang kita buat.
Tapi, sekali lagi kita tengok pahala itu, sebahagian dari pahala itu bertukar menjadi debu debu yang berterbangan.
Kita pun bertanya kepada Allah dan Malaikat di mana perginya pahala kita itu.
Kita kemudian diberitahu itulah ibadah yang kita buat yang tidak ikhlas.
Ia menjadi ibadah yang tidak dikira oleh Allah.
Pada waktu itu, kita akan berasa sangat menyesal kerana tidak membuat ibadah dengan cara yang betul di dunia dahulu.
Dalam kuliah itu juga, Ustaz Wadi Anuar ada berkongsi.
Sebagai manusia, kita kena sentiasa selalu bertaubat.
Kita kena selalu minta ampun dengan Allah sekiranya kita ada melakukan ibadah yang tidak ikhlas kepada Nya.
Kita kena selalu menunaikan solat Taubat kepada Allah.
Kena betul betul meminta ampun kepada Allah untuk Allah ampunkan kita dan menerima ibadah yang telah kita lakukan sepanjang hidup yang lalu.
Kita juga kena selalu berdoa dalam hati yang "Ya Allah, terima kasih ya Allah kerana Kau menerima amal ibadahku."
Dalam beribadah, ikhlaskan hati kita.
Dan kemudian kena berdoa minta Allah terima ibadah kita dan yakin yang Allah terima ibadah itu.
Jika kita selalu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah atas kesilapan niat dalam ibadah kita yang lalu, mudah mudahan Allah ampunkan kita dan terima ibadah kita.
Barulah di akhirat nanti ibadah kita tidak menjadi debu debu yang berterbangan. Nauzubillah.
Jadi, buat para sahabat, kita dah hidup berpuluh tahun di bumi Allah ini.
Dah macam macam ibadah yang kita buat.
Cuma kita takut jika ibadah kita ada kecacatan dalam niat kita.
Kita lebih takut kalau banyak ibadah kita selama ini tidak diterima Allah.
Sia sialah kita dan kita akan menjadi manusia yang sangat rugi di akhirat.
So, ada 3 perkara yang kita nak kena buat :
1. Selalu bertaubat. Minta ampun dari Allah akan kesilapan niat kita yang lalu. Minta Allah terima ibadah kita selama hidup ini.
2. Mulai saat ini, bersihkan niatkan untuk melakukan sesuatu ibadah SEMATA MATA KERANA ALLAH. Bukan sebab yang lain.
3. Masih lagi berdoa, semoga Allah terima ibadah kita yang sekarang ini.
Sama sama kita ambil iktibar dari pengajaran kisah ini.
Benda simple aja, tapi kesan sangat besar dalam kehidupan kita di akhirat kelak.
Sama sama kita doakan, agar Allah sentiasa terima amal ibadah kita.
Mana mana yang tercalar itu, moga Allah ampunkan dan Allah beri keikhlasan dalam hati kita untuk beribadah.
Wassalam.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
=====================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS