Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.
Anda kena baca yang Part 1 : Klik Sini Untuk Baca
Pengalaman Buat Lasik - Part 2
Sebelum ini saya dah kongsikan 3 perkara iaitu mengapa saya buat lasik, mengapa saya pilih Advance Vision dan procedure untuk buat lasik.
Ini adalah sambungannya.
D: Apa Anda Kena Tahu Pasal Lasik?
i. Lasik sesuai dibuat bermula umur 19 tahun dan ke atas. Lagi awal kita buat lagi bagus.
ii. Lasik boleh membetulkan masalah rabun jauh dan silau. Tapi ia tidak boleh betulkan rabun dekat. Berdasarkan info yang saya dapat dari staf di klink ini, nak betulkan rabun dekat kos tersangat tinggi kerana ia melibatkan pembaikan di sebelah dalam mata.
Rabun jauh pula sekadar membetulkan ketebalan kornea sahaja. Which is very simple. Kos nak betulkan rabun dekat adalah RM11k untuk sebelah mata.
iii. Bermula usia 40 tahun, masalah rabun dekat akan mula datang kepada semua orang. Ia boleh datang pada usia 40, 41, 42, 43, 45 atau 50 tahun. Suka atau tidak, ia akan mula datang. Lambat atau cepat sahaja.
Jadi, untuk yang berusia lebih dari 40 tahun, kurang digalakkan buat lasik kerana masalah rabun dekat tidak boleh dibetulkan. Pendek kata, kalau nak baca buku atau phone nanti, still nak kena pakai cermin mata rabun dekat.
Bab masalah rabun jauh dan silau, lasik boleh selesaikan.
iv. Sebab ini jugalah, doktor menyuruh saya berfikir berkali kali sebelum buat lasik. Sebab katanya, masalah rabun dekat akan mula datang seawal usia 40 tahun. Jadi, dia tak mahu dipersalahkan bila timbul isu ni nanti.
v. Pendek kata, lagi awal buat lasik, lagi bagus. Jika dan berumur, saya sendiri tak galakkan buat lasik ni.
E : Apa Yang Berlaku Semasa Rawatan Lasik Di Advance Vision?
i. Staf dah berikan kepada saya beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum datang ke klinik pada hari pembedahan. Misalnya, mesti datang dengan orang lain yang boleh bawa kereta semasa balik nanti. Sebab lepas operation, saya tidak boleh drive.
Saya juga tidak dibenarkan memakai minyak wangi, bedak muka dan juga minyak rambut. Selain itu, saya juga dilarang memakai contact lense 1 minggu sebelum pembedahan. Ini kerana bentuk kornea akan terganggu bila menggunakan contact lense.
ii. Semasa hari operation, saya diberikan 4 jenis ubat. 2 Antibiotik, 1 Eye Lubricant dan 1 Ointment. Ubat mesti digunakan mengikut aturan yang diberikan oleh doktor. To make it simple, saya set aja alarm di phone supaya tak terlepas waktu guna ubat.
iii. Sebelum operation, saya diberi pakai gaun baju operation dan penutup rambut di kepala. 10 minit sebelum operation, mata saya diletakkan ubat untuk kembangkan anak mata bagi memudahkan operation nanti. Penglihatan mula kabur sedikit selepas dititis ubat ini.
iv. 3 minit sebelum operation, saya dibawa masuk ke dalam bilik bedah. Di atas katil, saya boleh melihat kerja kerja akhir pesakit sebelum giliran saya menjalani lasik. Nampak simple saja. Just baring di atas katil.
v. Sebelum giliran saya, doktor meminta pesakit sebelum saya berkongsi sedikit pengalaman melalui lasik itu. Pesakit tu kongsi dengan saya, 'It's simple dan tak sakit langsung..."
vi. It's my turn. Saya baring di atas katil. Waktu ni segala macam doa ku dah start baca. Selawat dah, mengucap dah, doa dah... So, get ready. Saya perbetulkan kedudukan kepala bagi rasa selesa.
vii. First, doktor akan letak macam penyepit, tapi penyepit ni digunakan untuk buka kelopak mata supaya tidak tertutup. Bila dah bubuh benda ni, kita dah tak ada isu nak kelip kelip mata dah. Sebab memang tak boleh kelip dah.
viii. Kita disuruh tengok dekat mesin di bahagian atas. Dalam mesin tu, hanya ada 1 lampu laser. So, tengok ajalah lampu tu. Sebelum procedure lasik dimulakan, doktor letak ubat sekali lagi. Then dia letak air sejuk. Macam banyak juga dia cuci mata saya tu. Then dia keringkan mata dengan kain. Selepas itu, dia suruh saya bersedia. Doktor suruh saya fokus 100% dekat cahaya laser tu.
ix. Doktor buat kiraan, "In three. Ready... One.... Two... Three.... On" Waktu ini saya hanya fokuskan kepada cahaya laser itu sahaja. Sejujurnya, saya tak ada rasa apa apa pun. Langsung tak sakit.
Cuma satu sahaja masalah saya semasa buat procedure ni. Mata saya terpaksa tengok cahaya laser tepat ke dalam mata. Itu sahaja. Tak sakit. Cuma rasa tak selesa sebab kena mengadap cahaya tu.
Selepas doktor On sahaja mesin tu, seorang nurse membuat kiraan Ten to One secara menurun. Dan selepas habis 10 saat tu, doktor cakap.
"Good job Firdaus. Sebelah kanan sudah siap...... Kita cuci and then we go to the left side..."
Doktor bilas mata saya dengan air sejuk dan kemudian mata saya dikeringkan. Seterusnya doktor letak contact lense sementara ke dalam mata saya. (Akan di buka semula 4 hari lagi)
x. Then doktor ulang perkara yang sama disebelah mata kiri. Sebelum proses selesai, saya dengar doktor suruh panggil next patient untuk masuk ke dalam bilik pembedahan ini dan tengok proses yang saya lalui.
Seperti biasa, doktor suruh saya bagi tahu next patient yang proses ni tak sakit.
xi. Selepas saya bangun dari katil, secara tiba saya rasa penglihatan saya dah terang. Saya boleh nampak benda jauh dengan lebih jelas. Subhanallah. Bersyukurnya kepada Allah.
F : Apa Yang Nak Dikongsi Dengan Procedure Lasik Ini?
i. Overall proses lasik ni adalah 10 minit untuk kedua dua belah mata. Yang lama tu adalah proses nak buat persiapan dan pembersihan sahaja. Lasik yang sebenarnya hanyalah 10 saat sahaja untuk sebelah mata.
Ya... It just 10 seconds that will change your life.
Apa yang lasik ni buat sebenarnya? Lasik itu membetulkan ketebalan kornea mata kita supaya cahaya yang masuk ke dalam mata akan jatuh betul betul di atas retina. Itu sahaja yang dia buat.
ii. Sejujurnya, LANGSUNG TAK SAKIT. Serius. Sebenarnya, cuak aja yang lebih. Kalau nak kata sakit semasa procedure, memang langsung tak sakit.
G: Post Operation
i. Selepas operation, saya terus pakai cermin mata hitam dan balik ke rumah. Maria drive kereta masa tu. Saya memang tak sakit. Cuma tak leh la nak drive.
ii. Selepas saya sampai di rumah, saya makan siap siap Paracetamol yang doktor bagi. Nak elak bagi sakit. Selain itu, saya juga dah mula kena bubuh ubat titis ke dalam mata ikut jadual yang ditetapkan.
iii. Petang tu, ada kawan yang datang rumah nak ziarah. Saya melayan lagi sembang 3-4 jam dengan dia orang. Alhamdulillah, tiada masalah. Tak rasa sakit.
iv. Cumanya, waktu itu saya tak boleh tengok cahaya yang terlalu terang. Semua cahaya terang masuk dalam mata akan rasa tidak selesa. Saya lebih selesa duduk di tempat gelap. Even pakai cermin mata dalam rumah, masuk bilik air pun saya tutup lampu.
v. Sebelum tidur, saya WAJIB letak Ointment. Ia minyak untuk memberi kelegaan kepada mata supaya tidak melekat selepas bangun tidur. Selepas lasik, mata sangat terasa kering. Jadi, ointment membantu untuk tidak bagi mata melekat selepas bangun.
vi. Hari Sabtu, saya ke klinik sekali lagi untuk buat pemeriksaan mata. Doktor beritahu, mata saya akan kurang selesa untuk hari Jumaat dan Sabtu. Hari Ahad mata akan ok.
vii. Sejujurnya, memang mata rasa tidak selesa untuk 2 hari ni. Terutama bila tengok cahaya yang terang. Mata pula sangat kering. Jadi saya kena kerap letak ubat untuk lembabkan mata.
viii. Hari Ahad, mata dah tak sakit. Saya siap boleh pergi meeting lagi. Cumanya saya tak boleh drive kereta lagi.
ix. Hari Selasa, saya kena ke klinik sekali lagi. Kali ini adalah untuk remove contact lense dan juga pemeriksaan oleh doktor. Doktor memaklumkan keadaan mata saya bagus dan penglihatan akan pulih perlahan lahan.
x. Dari segi penglihatan, hari pertama mata saya 70%. Hari kedua 80%. Hari ketiga 90% sehinggalah hari ke 5. Selepas saya ke klinik untuk buka contact lense, penglihatan saya berkurang kembali kepada 80%.
Penglihatan semakin pulih dari hari ke hari. Cuma, saya ada appointment sekali lagi dengan doktor pada minggu hadapan pula.
xi. Rasanya saya tidak boleh tengok telefon langsung untuk 3-4 hari pertama. Hari ke 5 dan seterusnya dah boleh tengok sikit-sikit. Hari ke 7 makin bagus.
x. Saya mula drive untuk short distance pada hari ke 6-7. Saya dah drive untuk long distance selepas hari ke 10.
xi. Saya WAJIB memakai cermin mata hitam apabila saya berada di luar rumah, bila terdedah kepada cahaya matahari secara direct. Dalam rumah dah tak perlu pakai cermin mata hitam.
xii. Semasa menulis posting ini, saya dah 2 minggu buat lasik. Dah boleh guna komputer macam biasa, phone macam biasa dan drive macam biasa.
Cumanya, sekarang ini, saya boleh katakan tahap penglihatan saya berada antara 90%-95% sahaja. Belum betul betul sharp.
Doktor memaklumkan penglihatan saya akan betul betul sharp 100% selepas 1 bulan. So, sekarang ni masih dalam proses pemulihan.
Saya hanya rasa sakit 2 hari pertama sahaja. Selepas itu langsung tak sakit. Cuma rasa tak selesa sket sket sahaja. But overall rasanya ok. Not a big problem and I still can handle.
H : Nasihat Buat Kenkawan Yang Terfikir Nak Buat Lasik
i. Setiap orang yang buat lasik akan melalui pengalaman berbeza walaupun dibuat di tempat yang sama dengan kaedah yang sama. Setiap mata akan pulih bergantung kepada individu itu sendiri.
ii. Anda boleh cek dengan kenkawan lain yang buat lasik di klinik lain. Mungkin pengalaman mereka lebih baik dari saya.
iii. Dari segi harga, saya rasa Advance Vision dah beri harga yang kompetitif. Sukar nak dapat harga macam ni di klinik lain.
iv. Jika anda berusia 40 tahun ke atas, saya tidak galakkan anda buat lasik. Ini sekadar pandangan peribadi saya sahaja. Ini kerana, jika kita masih menggunakan cermin mata, apabila tiba masa masalah rabun dekat datang, kita boleh tukar cermin mata yang ada dua kata, rabun dekat dan jauh.
v. Jika anda masih muda, as early as 19 years old. Saya sangat sarankan kepada anda buat lasik ini. Percayalah, dengan life warranty yang diberikan di Advance Vision, you get nothing to loose. Harga cermin mata anda sepanjang hidup nanti akan jauh lebih mahal dari kos buat lasik ini.
vi. Nikmat tidak memakai cermin mata adalah nikmat yang sukar digambarkan. Bayangkan macam kes saya, dah 25 tahun memakai cermin mata, sekali Allah pulihkan kembali mata saya. Rasa macam nak kena sujud syukur banyak banyak.
vii. Jika anda seorang yang selesa dengan cermin mata, then TAK PERLULAH galak nak buat lasik ni. Sebab anda dah selesa. Tapi, jika anda mahu pengalaman yang berbeza. Then NOW is the time.
viii. Anda perlu cari timing yang betul untuk buat lasik. Jika anda jauh dari KL, set appointment untuk buat pemeriksaan mata pada hari Khamis. Dan set untuk buat jam 9-10 pagi. Ia PERCUMA. Then anda akan tahu keadaan mata anda. Jika anda nak proceed dengan lasik, anda kena buat terus pemeriksaan Second Stage dengan bayaran RM100 selepas itu. Jika ok, operation terus hari Jumaat keesokan harinya.
ix. Check up dengan doktor adalah pada hari Sabtu, ( 1 hari lepas operation), hari Selasa (4 hari selepas operation), hari Selasa minggu berikutnya (11 hari selepas operation). Ini adalah COMPULSARY MEETING.
x. Check up seterusnya adalah selepas 6 minggu, selepas 3 bulan dan selepas 6 bulan yang mana ia boleh dibuat secara fleksibile. Tidak perlu date yang tepat.
xi. Anda tak digalakkan buat lasik jika pekerjaan anda memerlukan anda buat sesuatu yang teliti. Contoh, anda doktor pakar yang perlu buat pembedahan yang memerlukan anda untuk memotong dan menyambung urat urat yang halus. Lasik akan beri kesan dari segi 'jarak' beberapa mili-micro meter perbezaan antara apa yang nampak dan kedudukan objek yang sebenar. Untuk orang awam, tiada masalah.
xii. Selepas lasik, kena jaga mata dari dimasuki air. Tak boleh berenang, tak boleh bersukan yang lasak sampai berpeluh untuk tempoh 3 minggu. Dan kena pakai cermin mata hitam di luar rumah sehingga 6 bulan. Teorinya cam tu lah, tapi biasanya lepas sebulan orang macam dah tak pakai jer.
Jika anda rasa anda dah faham dengan apa yang saya tulis ini, dan rasa nak go for it. Then go for it. Kalau rasa takut sakit, anda tak perlu rasa takut itu. Sebab memang tak sakit.
Kalau anda below 30, saya rasa anda wajib buat kalau anda ada kelapangan masa dan kewangan yang cukup.
Inilah sahaja perkongsian saya mengenai lasik. Ia agak panjang sebab saya tulis agak detail. Semoga membantu anda membuat keputusan.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Nota Kaki : Saya Menulis 100% Dari Pengalaman Dan Pandangan Peribadi Saya. Saya Tidak Bertanggung Jawab Terhadap Sebarang Perbezaan Pengalaman Yang Akan Anda Lalui Jika Anda Buat Lasik. Setiap Individu Melalui Pengalaman Yang Berbeza Antara Satu Sama Lain.

Keadaan dalam bilik tu macam ni jer. Kita memang baring jer..

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Dalam bulan ni memang sedang merancang untuk membuat lasik, cuak juga sebenarnya.Huhu..
ReplyDelete