Ini adalah sambungan dari entry sebelum ini;-
Travelog USA 2019 - Part 16 - Global Conference Registration and Shopping at Shaklee Zone
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana menziarahi blog ini. Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.
Macam Mana Boleh Naik Helikopter Ni?
Semasa di Malaysia, lebih kurang 3 minggu sebelum ke US, saya ada search di Google, "10 Best Things To Do In Vegas."
Sekali ternampak, salah satu highlight di Las Vegas adalah Helicopter Tour From Las Vegas To Grand Canyon.
Dalam hati saya dan Maria pada waktu tu, "Tak boleh jadi ni, kita mesti naik helikopter ni...."
Sebelum ni, saya pernah tengok mentor saya Dr Azizan Osman tunjuk video dan gambar beliau naik helikopter di Grand Canyon.
Waktu saya tengok tu, dah rasa teruja dah. Cuma tak sangka saya juga berpeluang buat benda yang sama kali ni.
Maria pula pernah tengok kawan dia tunjuk gambar naik helikopter di Vegas ke Grand Canyon dulu. Dia sendiri pun rasa teruja untuk nak naik helikopter juga.
Pakej Helikopter Yang Ada
Kami mula survey pakej yang ditawarkan. Disebabkan ini bukan dalam pakej yang Shaklee sediakan, so kami kena cari dan bayar sendiri untuk naik helikopter ini.
Seminggu juga Maria dok study, dok survey dan baca review orang lain yang naik helikopter di sini.
Ada banyak company yang tawarkan pakej ini. Ada banyak pilihan yang ada. Harga lak dari USD300 sehingga ke USD440.
Setiap pakej memberi tawaran yang berbeza.
Memula kami kena pilih dulu syarikat yang kami nak pilih. Ada dua yang utama iaitu Marverick dan juga Sundance Helicopter.
Setelah dibuat pertimbangan kami pilih yang Sundance Helicopter. Antara sebab utama, kami tengok dia berikan kami pick up di hotel dengan limosin dan juga trip yang lebih baik semasa naik helikopter nanti.
End up, kami ambil pakej yang harga USD440 + 10% diskaun. So, kami hanya perlu bayar USD400 seorang. Dua orang dah USD800 = RM3,360.
Trip ini termasuk pick up pergi dan balik ke hotel secara eksklusif dengan Sundance Helicopter Limosin, pakej helikopter dari Vegas melalui Hoover Dam dan seterusnya ke Grand Canyon selama 45 minit, turun untuk minum di Grand Canyon selama 30 minit dan seterusnya perjalanan pulang ke Vegas 45 minit.
Pendek kata, puaslah kami naik helikopter nanti.
Lagi pun, kami dua dua tak pernah naik lagi helikopter. Alang alang nak naik tu, biarlah puas hati.
Secara jujurnya, harga yang kami bayar tu agak mahal. Tapi, disebabkan ia adalah peluang seumur hidup buat kami. Kami ambil juga. "It Is Once In A Lifetime Experience."
Jemput tonton video perjalanan kami:-
Video Helicopter Tour from Las Vegas to Grand Canyon.
Jom layan gambar-gambar kami pula.
Kami terbang dari Las Vegas, melalui atas Colorado River, Hoover Dam dan Lake Mead dan menuju ke Grand Canyon. Kawasan ini sebenarnya penuh dengan kawasan gurun yang sangat panas.
Kalau drive, ia ambil masa 2 jam 16 min. Dengan helicopter, hanya 45 minit saja one way.
Pada hari yang dijanjikan, tepat jam 2.05 petang limosin ini menjemput kami dihadapan hotel. Ini pengalaman pertama kami untuk naik limosin seumur hidup ini.
Atas limosin dah disediakan makanan dan minuman ringan untuk kami. Boleh ambil kalau nak.
Rasa teruja sangat sangat. Kami dua banyak banyak bersyukur kepada Allah sebab peluang macam ni Allah tak bagi kepada ramai orang. Memanglah ia hanya sekadar limosin, tapi disebabkan ini pengalaman pertama, rasa teruja sket.
Maria pun nak posing juga...
Sekitar 25 minit, kami tiba di helicopter departure area.
Inilah limosin yang kami naik. Cantik sangat.
Setiba di departure area, kami di minta berehat dahulu sebelum menunggu ketibaan penumpang lain yang akan naik helikopter ini juga.
First saya dan Maria kena check in dulu. Syukurlah kami berdua teringat nak bawa passport masa haritu. Nyaris nyaris terlupa. Kalau terlupa, habis cerita. Tak leh nak naik...
Kami semua diwajibkan untuk menonton video keselamatan selama 15 minit ini.
Di luar ada belasan helikopter yang mereka gunakan untuk membawa pelancong ke destinasi yang dipilih.
Kami dah dapat name tag kami. Siap tulis VIP Guest lagi. So, dah boleh ready untuk naik helikopter ni.
Let's start the helicopter journey.
Selepas pintu ini, kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau video, sampai lah masuk ke dalam helicopter.
Sebelum masuk ke dalam helicopter, kami diberi briefing cara pemakaian seat belt dan headphone. Disebabkan kami akan terbang merentasi tasik dan sungai, kami juga dibekalkan dengan pelampung keselamatan yang dipakai di pinggang, dan boleh di buka in case of emergency.
Ok, dah masuk ke dalam helicopter. Baru boleh ambil gambar semula.
Satu helicopter boleh memuatkan 6 penumpang + 1 pilot. 4 seat di belakang dan 2 seat di hadapan.
Actually 2 seat di hadapan adalah yang terbaik sebab boleh dapat full view tanpa halangan. Dari awal lagi kami dah doa supaya dapat seat hadapan.
Disebabkan 4 penumpang yang lain tu adalah 1 family, maka kami berdua dapat peluang duduk di hadapan semasa pergi dan balik. Syukur Alhamdulillah.
Kami mulakan perjalanan dengan doa naik kenderaan. Mudah-mudahan Allah selamatkan dan memberkati perjalanan kami ni.
Helicopter dah memulakan penerbangan. Memang excited sangat.
Rileks ajer pilot ni bawa. Hanya pegang 1 joystick ajer. Dengan seluar pendek lagi. Tapi apa yang kami perhatikan, kebanyakkan di control secara automatik. Dia masukkan destination, laluan, ketinggian dan selebihnya diuruskan oleh komputer tu.
Kawasan kami naik helikopter ni terletak tepi dengan lapangan terbang.
Ini pemandangan penempatan orang ramai yang tinggal di Las Vegas.
Subhanallah, pengalaman yang sangat amazing.
Great experiences.
Alhamdulillah, hari ini sejarah tercipta.
Las Vegas ke Grand Canyon mengambil masa 45 minit. Kami melalui kawasan gurun yang sangat luas.
Di atas Hoover Dam. Hoover Dam ni termasuk antara kategori binaan "Man Made Marvel". Antara binaan manusia yang sangat superb. Ia dibina pada tahun 1936 dan setinggi 221 meter.
Di sebelahnya ada jambatan yang menghubungkan dua lembah ini.
Pilot bawa kami pergi dekat lagi ke arah Hoover Dam. Subahanallah. Cantik sangat.
Siap pusing pusing lagi atas Hoover Dam tu.
Terbang di atas Lake Mead.
Bayangkan, di tengah tengah gurun padang pasir yang penuh dengan batu boleh ada tasik yang sangat besar. Subhanallah.
Rupa bentuk batu di Grand Canyon ni sangat cantik.
Dikatakan ia terbentuk jutaan tahun yang lalu selepas kawasan ini terpisah akibat gempa bumi yang kuat.
Kawasan batu yang berlapis lapis yang terhasil dari pelbagai aktiviti bumi jutaan tahun yang lalu
Alhamdulillah. Dah sampai ke sini.
Helikopter mendarat untuk beri peluang kepada kami ambil gambar di sini selama 30 minit. Cuaca di sini memang tersangat panas. Sekitar 42 Celcius. Rasa macam duduk dalam oven.
Kami berdua bergambar dahulu dengan helikopter dengan background Grand Canyon.
Honeymoon in Grand Canyon.
Pemandangan yang cantik di sekitar kawasan ini.
Kami ada masa sekejap dalam 30 minit jer. So, kena cepat cepat ambil gambar.
Ambil gambar ada gaya sket.
Sib baik pakai baju putih. Alhamdulillah, boleh lah tahan panas. Kalau pakai baju hitam, huhu... Lagilah panas.
Gambar macam ni selalu kami ambil. Hehe.. So, kena ambil satu di Grand Canyon.
Ok, masa bergambar dah nak habis. Sekarang kami kena bersiap sedia untuk balik ke heli untuk jamuan ringan.
Ok, last photo, masa ni pilot dah panggil kami dah.
Pondok untuk picnic. Ada ramai penumpang dari helicopter lain di sini. Ramai sungguh orang yang ambil servis dari Sundance Helicopter.
Bersama penumpang 4 orang sefamily dari Sweden yang naik helicopter bersama kami.
Ada snack untuk kami.
Dah cek, ada yang halal. Ada yang kami ragu ragu. Yang tak clear tu, kami tak makan lah.
Alhamdulillah, its time to go back to Las Vegas.
Highway di celah celah gurun.
Dah nampak bandar Las Vegas.
Semakin kami tiba di Bandar Las Vegas, penempatan di sini lebih teratur.
Kepadatan penduduk agak tinggi walaupun tempat ini hanyalah sebuah gurun asalnya.
Trump Tower. Berdiri megah di Las Vegas.
Ini main road utama di Vegas. Ia dinamakan The Strip. Hotel kami dihujung sekali sebelah kiri tu.
Mandalay Bay Hotel di hujung tu.
Ok, selamat sampai ke helicopter base tadi.
Selepas tu, kami dihantar balik ke hotel dengan menaiki limosin juga. Keluar dari hotel jam 2 petang, dan kami sampai semula ke hotel dalam jam 6 petang. Overall door to door ialah 4 jam.
Alhamdulillah, it is one of our best memory in our life. Ia adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Sampai je di hotel, kami terus ambil UBER menuju ke Las Vegas Premium Outlet untuk shopping bersama kawan-kawan Shaklee yang lain. Shaklee sediakan bas khas untuk bawa kami pulang ke hotel pada jam 9 malam dari sini. Alhamdulillah, sempat juga shopping beberapa items di sini.
Terima kasih ya Allah atas nikmat yang Kau berikan kepada kami. Semoga ia mendekatkan diri kami kepada Mu dan menjadikan kami hamba Mu yang lebih bersyukur selepas ini.
MASTERS MARIA & FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)
Motivating And Inspiring Others
~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS