Assalamualaikum,
Saya dan kawan kawan diberikan kesempatan oleh Allah untuk bercuti di Krabi, Thailand minggu lepas.
Geng lelaki semua. Tapi insya Allah, semuanya lelaki yang baik baik. Kebanyakannya geng yang buat bisnes. So, sambil jalan sambil sembang sembang hal bisnes.
Perancangan Ke Krabi
Seperti biasa, urusan mencari agen di Krabi diserahkan kepada Okaz. Dia juga bertindak sebagai ketua kumpulan kami sepanjang trip ini.
Setelah di cari, kami ambil pakej yang harga RM4000 untuk 10 orang termasuk Van Super VVIP sepanjang trip, Pakej Island Hoping Dan Snorkeling di 7 Lokasi, Pakej Penginapan di The Aireen Hotel.
Lawatan kami pula adalah ke Krabi dan Hatyai.
Akhirnya, keputusan dibuat untuk memilih Van En Rashid : ++66937318811. Kami ambil pakej dengan dia kerana salah seorang geng kami, Prof Madya Abdullah dah pernah join trip dengan En Rashid ni. Seorang yang peramah dan van yang sangat selesa.
Hotel kami di Krabi selama 2 malam.
Gambar dari luar hotel
Nampak macam cantik
Ni pula van En Rashid. Nampak macam superb wal amazing.
Hiasan dalaman pun dah nampak eksklusif. So, kita layankan saja....
Gambar gambar menarik yang ditunjukkan kepada kami sebelum pergi. Tengok gambar pun dah meleleh ni.
Ada 3D Muzium di Hatyai yang boleh dilawati kalau nak pergi.
Jadual keretapi bagi yang plan nak ke Padang Besar dengan Keretapi
Jadual Train Commuter. Anda juga boleh naik ETS kalau dari KL terus turun ke Padang Besar. Dah sampai Padang Besar, Imigresen lebih kurang 100 meter saja. Sangat dekat.
Percutian Bermula....
Biasanya, ramai pelancong dari Malaysia akan masuk ke Thailand pada hari Jumaat - Sabtu - Ahad.
So, kena expect ramai orang akan masuk melalui imigresen di Padang Besar ini terutama kalau musim cuti sekolah.
Untuk di Padang Besar, mereka mula buka jam 6 pagi. So, dah boleh lepas Imigresen Malaysia jam 6 pagi dan terus ke Imigresen Thailand selepas itu. Kalau awal, mungkin orang masih kurang pada waktu ini.
Kami semua berjanji untuk berkumpul di Imigresen selepas Malaysia jam 7.30 pagi. Ada 9 orang kesemuanya, tapi ada dua lagi geng sampai lewat pulak. So, kena tunggu sejam di sini sementara mereka nak sampai. Huhu...
Lepas saja Imigresen Malaysia, Van dah tunggu kami di sini. Jalan kaki lebih kurang 50 meter saja, banyak van dah tersedia. So, nak kena contact driver van dulu untuk pastikan kami naik van yang betul.
Masa mula mula naik van ni, rasa memang happening gila lah. Van dia sangat cantik. Sangat selesa. Pendek kata, memang thorbaik lah. So, selamat berjuanglah untuk 5-6 jam perjalanan ke Krabi dengan van ni.
First destination, tukar duit dulu. Rate sekarang agak nangis. Duit Malaysia jatuh. Kalau dulu 10 Batt = RM1. Sekarang 10 Batt = RM1.40
Pemandangan pekan Padang Besar di sebelah Thailand
Since kami sampai awal, memang tak sempat la nak breakfast. So, berhenti makan dulu.
Nampak tak bas hijau kuning tu, dia bawa rombongan dari Malaysia. So, penuhla kedai makanan ni dengan orang Malaysia.
Memandangkan misi kami kali ni semua adalah untuk makan, so jumpa saja benda best. Semua berhenti nak makan. Kali ni try makan nenas madu. Bapak besar nenas dia. Sebiji boleh makan 9 orang.
Then kami teruskan perjalanan dan berhenti dekat kawasan Trang for toilet stop.
Inilah wajah wajah 9 jejak soleh yang bercuti bersama.... Thanks kepada para isteri yang sporting yang memberikan Visa Approval kepada para suami untuk bercuti.
Jumpa gajah, kita pun buat gak la gaya gaya jadi gajah. Hadoi, bila bapak bapak budak tak ada anak, cam ni lah jadinya.
Ong Bak lawan gajah.
Ni pulak nak tolak gajah... Hadoi.. Tolaklah anak gajah kalau ya pun. Ini tolak bapak gajah...
Tinggi betul Okaz ni lompat. Kalau anak anak dia tengok ni, mesti gelak.. "Abah dah jadi kanak kanak riang..." Haha..
Belum jadi kanak kanak riang lagi.. Masih skema nampak gayanya...
Perjalanan diteruskan untuk kami makan tengah hari.
Makan tengah hari ni biasa biasa dulu, rasa masakan dah mula ada ala ala Thailand ni...
Tiba tiba... Ada permintaan nak Karaoke pulak. Hadoi. Abang Is kalau dah pegang mic, tak tau nak berhenti lak tu.. Fuh, terpaksalah kami menahan.. Haha...
Tengok tu lagu dia pilih, M Daud Kilau nye lagu. Hadoi....
Bertabahlah wahai hati.
Emerald Pool
Lebih kurang 70km dari Krabi, kami singgah di Emerald Pool. Ia satu kawasan mandi manda dengan air panas yang berwarna biru.
Macam menarik. So, kita layankan dulu.
Nak masuk kawasan ni, seorang kena bayar 200 Batt = RM28. Dah sampai tu, masuk jer lah.
Semua ready nak mandi ni...
Sekali nak kena jalan 1.4km ke dalam hutan ni baru leh sampai. Huhu...
Inilah Emerald Pool tu. Kat atas lagi ada lagi satu Crystal Clear pool. Tapi ditutup sebab kami sampai lambat. So, leh mandi di sini sajalah.
Ini Coach Hafiz. Dia dok Coach orang untuk kurus. Saper nak join program kurus dengan dia, leh pm dia di : 013-3863838. Dia buat program 17 hari ja, dan biasanya leh turun 4-5kg dengan mudah. Pas habis program, leh je teruskan perjuangan untuk terus kurus sendiri.
Ilmu 17 hari ni yang power.
Leh PM Coach Hafiz di sini : https://www.wasap.my/6013386338/NAKKURUS
Personally saya dah join, 12 hari turun 3.2kg, so sangat sangat membantu. Especially kalau nak ke Thailand, makan memang heaven. Sebab tu saya turunkan berat dulu sebelum ke sana.
Dr Adzhar. Lecturer Electrical Engineering di salah sebuah universiti di Malaysia.
Best katanya mandi dalam air ni. Suam suam jer...
Ni lak, Farid. Tauke Carwash terkenal di Parit Buntar. Kalau di Parit Buntar, sebut saja Yuhaso Carwash, semua orang tahu lah.
Jammmm sungguh, datang sini tak bawa goggle. Tertinggal dalam van. So, terpaksalah belasah mandi dengan apa yang ada.
Ini usah dikenang lah. Ketua PASKAL. Okaz. Orang kaya Machang, haha...
Dalam kolam ni ada ikan. So, dia akan gigit gigit manja kaki kita. Selepas habis bermandi manda, kami bergerak terus ke Krabi.
Finally, sampai di Krabi. Alhamdulillah.
Krabi Thailand. Adoi, sapa la punya kaki belah kanan tu. Mencacatkan pemandangan jer.
Ada replika helang kat kawasan ni. Tapi kecil jer la, tak leh lawan di Langkawi.
Krabi tu asalnya dari "CRAB". Sebab banyak ketam tu yang last last jadi Krabi.
Dah kena gigit ngan ketam si Farid ni...
Then kami lunch di Restoren Rohanee di Krabi.
Tomyam campur.
Ikan Siakap masak sweet sour.
Selepas itu, kami semua pulang ke hotel untuk berehat. Bagi yang nak keluar jalan jalan pada waktu malam. Boleh ke Ao Nang Street. Di situ ada banyak kedai yang boleh dilawati.
Day 2 : Island Hoping + Snorkeling Day
Hari ni, hari untuk kami semua bermandi manda.
Van dah tersedia. Kami semua keluar sekitar jam 7 pagi.
Mula mula, breakfast dulu. Terjumpa hakak dari Thailand ni, bertanya kami dari mana sebab ramai sangat. So, sembang la kejap ngan hakak ni.
Mula mula makan kuih dulu. Subhanallah. Sedap sedap betul kuih di sini. Kami actually nak makan Nasi Kromok. Tapi belum siap. So, kami tunggu sekejap sementara nasi tu siap.
Geng satu lagi....
Ok. Selesai makan Nasi Kromok + Ayam Goreng panas panas. Memang sedap. Sampai nak bertambah rasanya.
Lepas makan, kami ke Dataran Todak dulu.
Aduh. Coach Hafiz dah kena tikam dengan todak pulak... Sian dia...
Lepas tu, semua orang bergambar sambil melompat. Comel ajer semua. Haha..
Lepas tu, kami semua berkumpul di lokasi naik bot untuk Island Hoping. Island Hoping ni dah termasuk dalam pakej yang kami bayar dengan En Rashid van ni. Harga kalau nak join sekitar RM90 seorang termasuk makan tengah hari.
Bergambar dulu... Putih melepak sebab pakai sun block.
Dalam bot.
Masa saya ke Krabi 4 tahun lepas, kami naik boat 30 orang semua orang Malaysia. So, pakaian tu ada la adab adabnya sikit. Kali ni bercampur dengan semua bangsa dari seluruh dunia. So, selamat hari raya lah.. Huhu...
Selepas 1 jam, kami sampai ke Bamboo Island. Sini dah boleh mandi. Tapi kami pusing pusing sini untuk ambil gambar jer dulu. Dah jadi kanak kanak riang nampaknya.
Tak sempurna kalau tak ada gambar melompat cam ni. Haha..
Then lepak jap dulu. Makan makan sambil minum minum. Harga makanan kat sini, huhu. Super duper cekik darah. Air kelapa pun dah 120 Batt = RM16 sebiji. Sib baik kami dah bawa bekal buah mangga potong. Sebiji 20 Batt. Beli masa kat tempat naik bot tadi.
Dah agak dah. Kat pulau mesti nak makan makan. So, bekalan sangat diperlukan.
Ambil gambar dulu... Dinasihatkan pakai la baju renang yang long sleeve. Tak la teruk sangat sun burn tu nanti. Baju ni saya beli di Decatholan. RM40 rasanya. Sangat selesa dan puas hati.
Gaya keras sangat tu Okaz.. Bagi lembut sket boleh tak?
Farid dok teringat kat bini la tu...
Dari kiri Prof Madya Abdullah, Coach Hafiz, Farid dan Abg Zack.
Next kami pi ke Island lain pulak. Di sini kami boleh mandi. Air dia Subhanallah. Sangat jernih.
Kami disuruh terjun dari depan bot terus ke dalam laut.
You jump, I jump...
Ok.... Lebih kurang 20 minit. Kami di bawa ke tempat lain pulak. In total, kami melawat ke 7 tempat hari itu. Tempat terakhir, tempat kami makan tengah hari.
Sebelum balik, kami makan ais krim kelapa dulu.
Krabi Shooting Range
Ni kira dah jadi agenda kami sebelum ke Krabi. Ada beberapa orang yang memang teruja nak menembak di sini.
Katanya mereka sediakan pelbagai jenis senjata dan peluru real untuk digunakan.
Harga tak lah murah sangat tapi nampak macam best. So, kami pi dulu ke sini.
Semua happy.
Ini 4 orang yang nak menembak. Pakej kami ambil harga 6400 Batt. Total RM825 untuk 4 orang. Terima kasih kepada Izwan, bertopi biru yang tolong payung sessi menembak ni. Alhamdulillah. Moga murah rezeki Izwah lagi pas ni.
Kita bagi laluan untuk funder tembak dulu.
Adzhar menembak guna M4.
Izwan menembak guna Pump Gun. Gila, yang ni bunyi memang sangat kuat.
Automatic Gun.
Sebelum guna, kami akan diajar dulu cara guna senjata api tu.
Saya pun turut menembak. Gila, peluang cam ni kalau kat tempat lain sure mahal gila.
Sakit wooo guna Pump Gun ni. Dia tolak kita ke belakang. Kalau kaki tak steady boleh terbalik ke belakang rasanya. Lagi satu, laras senapang tu kena betul betul dekat dengan bahu. Kalau tak, masa tembak, dia tolak senapang kena bahu. Sakit ya rabbi.
Saya suka yang ni. M4. Automatic. Berat juga senjata senjata ni sebenarnya.
Kami tak boleh ambil gambar sambil posing dengan senjata di sebelah sini. Berbahaya. Senjata mesti menghala ke arah sana sahaja.
Matilah orang ni... Haha... Banyak dia kena tembak. Yang miss pun banyak juga.
Team menembak + Okaz yang nak berlakon macam menembak juga.
Really enjoy this experience.
Krabi Shooting Range. Kene datang tau...
Lepas menembak, kami pergi makan pula. Tempat makan kami sangat unik. Sebab kena naik boat dulu untuk kami semua makan di restoren tu.
Naik boat dengan life jacket tak ada. Tawakkal saja lah. Huhu.
Pilih ikan mana yang kita nak. Harga kami makan di sini adalah 300 Batt satu kepala termasuk tambang boat pergi dan balik.
Ada sayur, tom yam, siput, ikan dan macam macam lagi.
Penuh la meja nak makan.
Sedap.. Sangat sedap.. Masakan Thailand lah katakan..."Okaz, awat mulut jadi lagu tu..."
Jom pulang...
Dah rasa macam jadi PATI pulak rasanya. Nak menceroboh masuk ke Thailand. haha
Krabi Night Market
Ok, di Krabi salah satu tempat wajib pergi adalah Krabi Night Market. Ada macam macam barangan di jual di kawasan sini.
Menembak dengan pistol angin di sini. Harga murah sket. 20 peluru 20 Batt.
Adzhar the sharp shooter.
Okaz dulu pernah jadi tentera. So, senjata ni semua mainan aja la bagi dia.
Tengok la Okaz tu... Tembakan tepat ke tengah sampai berlubang leh masuk jari. Power power.
Saya ngan Coach Hafiz. Nampak gaya terpaksa mengaku kalah yang dia lagi terror.
Makan pancake dulu. Sedap wei...
Pan cake pisang + nutella.
Takkayaki pun beli. Semua beli lah...
Then kami pusing pusing pekan Ao Nang. Lepas tu, kami balik ke hotel dengan Tut Tut sajalah. Kesian kat driver sebab dah jam 11 malam. Kami balik sendiri jer lah.
Macam macam lauk ada.
Dalam van, perjalanan dari Krabi ke Hatyai pula...
Setiba di Hatyai. Kami berhenti dulu untuk makan tengah hari. Huhu.. Sedap wei ikan garam nama dia ni. Sedap ya rabbi...
Letak letak terus semua serbu.
Ni la ikan garam tu...
Raja makan... semua sedap katanya...
Next destination is Klonghae Floating Market.
Orang jual duduk atas sampan. Kita yang beli di atas jambatan. Ni kami beli cendol.
Ketam dan udang goreng tepung
Udang goreng tepung. Sedap Ya Ammpun...
Ada berpuluh sampan kat sini. Pilih la mana yang berkenan nak makan.
Kita makan dulu..
Kenyang gila.. Asyik makan jer kerjanya...
Then kami ke Hatyai Plaza. Tempat jual barang barang murah.
Sehelai 100 Batt saja. Murah kan.. RM14. Kalau rate Malaysia 100 Batt = RM10 macam dulu. Lagi heaven rasanya.
Beli kacang, gajus, badam dan seangkatan dengannya... Harga boleh tahan la... Not bad.
Last but not least. Ambil berkat. Ni la Masjid Songkla. Tempat di mana rakyat Malaysia yang nak kawin kali kedua atau ketiga atau keempat yang tak dapat kebenaran isteri. Leh kawin sini.
Kami datang ni, melawat saja yer. Tak ada nak isi isi borang. Tak ada nak study procedure semua. Masing masing dah gembira dengan apa yang ada. Tak perlu lagi nak cari lain.
Pendek kata, kami mencapai kata sepakat. "Kalau nak cari yang lain tu, Insya Allah TAK LAH.... Tapi kalau ada yang datang, kita tepis kita tepis kita tepis... Tak boleh elak juga.. Tak tahu lah... "
Ini resolusi yang dicapai di Songkla. Jangan mencari pasal. Jangan start. Kalau tak nanti, susah nak Apply Visa nak bercuti geng geng lelaki lagi.
Sekarang nak bercuti Apply Visa sorang jer. Kalau ada ramai, jenuh la nak Apply Visa lagi.
So, buat para isteri. Jangan risau. Insya Allah. Setakat saya kenal, semua ni belum ada plan nak buka cawangan baru. Semua sepakat, "Perkemaskan cawangan yang sedia ada...."
Ada kolam lagi depan masjid ni.
Selepas itu, kami semua pusing pusing sket lagi Pekan Padang Besar sebelah Thailand dan seterusnya pulang ke Malaysia.
Alhamdulillah.
We had a very safe journey. Terima kasih ya Allah atas nikmat yang Kau berikan.
Terima kasih tak terhingga buat para isteri yang memberi kebenaran kepada suami anda bercuti dengan saya.
Next trip will be Surabaya, Indonesia on January 2020.
So, buat kawan kawan. Pepandailah korang semua 'Membeli Jiwa' anak isteri sebelum trip kita yang seterusnya.
Anyway, belanja hangus perjalanan kami ini lebih kurang RM1000.
Agihan dia cam ni, RM450 seorang untuk pakej sebab kami pergi 9 orang saja. RM150 untuk makan. Kami kumpul duit dan bagi kepada Okaz. Jadi setiap kali makan. Beliau yang bayar guna duit 'Kerajaan' tu. Lagi RM400 tu duit belanja serba sedikit.
Anyway, ini ada beberapa tempat menarik di Krabi yang saya tak melawat sebab kami kurang minat :
Heaven 7, Krabi. tempat mainan untuk anak anak. Ada banyak tempat bergambar yang sangat cantik di sini. Sesuai kalau ada anak kecil.
Elephant Trekking. Sorang nak naik gajah 500 Batt.
ATV Ride
Water Rafting sejauh 5km-7km.
Till then.
Wassalam.
Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others
Nota Kaki : Nak Booking Van Krabi, Sila PM Brother Ni : En Rashid : ++66937318811
Leh PM En Rashid di sini : https://www.wasap.my/66937318811/TripKrabi
Kalau nak ke tempat tempat lain di Thailand pun, leh PM dia. Contoh ke Koh Li Pie, Koh Sa Mui, Saturn, Songkla, Hatyai... Highly Rekemen.
COMMENTS