By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Bulan Januari, seperti biasa saya dan kawan kawan geng lelaki akan travel ke luar negara. Macam biasa, negara dipilih adalah Indonesia.
Destinasi kali ini, Surabaya.
Sebelum ini, kami pernah travel bersama ke :
Selalunya, kami travel geng bapa bapa saja. Kalau travel dengan family, itu trip lain.
Untuk trip kali ini, saya diamanahkan untuk mencari agen yang terbaik untuk uruskan pakej percutian kami di Surabaya.
Saya survey 4 syarikat. Alhamdulillah, ada satu syarikat di Surabaya yang tawarkan pakej terbaik untuk kami.
Untuk percutian di Surabaya, kami pilih "PAKEJ ADVENTURE". Memandangkan yang pergi semuanya lelaki, so, nampak macam lebih menarik je.
Percutian 4 Hari 3 Malam ini melibatkan lawatan ke Tumpak Sewu, Kawah Ijen dan Bromo. Ini 3 lokasi utama lawatan kami sepanjang percutian ini.
Kami cuba google gambar tempat lawatan. Subhanallah. Sangat amazing dan semua orang teruja nak ke sana. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah.
Cerita Day 1 - Perjalanan Ke Surabaya
Kami berkumpul di KLIA2 dan breakfast bersama disitu.
Wajib bergambar di sini dulu sebelum pergi. Kami 9 orang yang menyertai trip kali ini.
Di ruang perlepasan
Tiket Air Asia dari KLIA2 ke Surabaya pergi dan balik kalau yang beli tiket awal, dapat harga RM250 sahaja macam saya. Ada kawan yang lambat beli tiket terpaksa beli pada harga RM670 return. Pengajarannya, belilah tiket awal.
Travel mate. Selalu saya travel ngan Okaz ni. Since satu kepala, senang la nak masuk dalam banyak perkara.
Farid dan Fadamir. Sorang tauke Carwash. Sorang Tauke Kedai Handphone Dan Accesories di KL. Perjalanan dari KLIA ke Surabaya mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.
Alhamdulillah, semua orang selamat sampai di bumi Surabaya. Landing di Surabaya sekitar jam 12 tengah hari. Keluar airport jam 1 petang.
Untuk mengetahui jarak antara satu tempat ke tempat yang lain, beginilah jaraknya diatas peta. Kami landing di Surabaya, kemudian akan ke Tumpak Sewu, lepas tu ke Ijen Crate dan akhir sekali di Bromo sebelum berpatah balik ke Surabaya.
Ini van yang kami naiki sepanjang perjalanan kali ini.
Dr Rezqa dan Farid. Naik naik kereta terus landing. Farid tu dah berapa hari tak tidur sebelum tu, dok buat macam macam kerja kemasyarakatan di kawasan setempat sebelum terbang ke sana.
Berhenti untuk solat Zuhur dahulu
Makan tengah hari. Pakej kami tak termasuk harga makan. Jadi kami kena bayar sendiri duit makan. Kami kumpul setiap seorang sebanyak RM200. Kemudian guna duit tu ja la untuk makan selama kami di sana.
Pemandangan di Surabaya sangat cantik. Ni gambar kami ambil di kawasan padi.
Hijau yang mendamaikan.
Dalam perjalanan, kami singgah untuk makan durian dulu.
Rasa dia so so jer la... Tak sesedap durian Medan.
Jam 7.30 malam, kami tiba di Hotel Gaja Mada, Lumajang. Mandi, solat dan kemudian keluar untuk makan malam.
Seperti biasa, kalau ke Indonesia, mesti kena makan Martabak Dan Terang Bulan. Ni wajib ni. Sebab rasanya sedap sangat.
Ini martabaknya.
Semua orang dok lapar masa ni, jadi semua leh layan martabak dan terang bulan ni sebab sedap.
Ni lah terang bulan. Lepas makan ni, kami gi dinner, then balik hotel berehat untuk acara pagi esoknya.
Day 2 : Tumpak Sewu
Hari kedua kami di sana, kami dibawa melawat Tumpak Sewu. Ia kawasan air terjun yang sangat cantik.
Dari kiri, Dr Rezqa, Hafiz, Farid, Izwan Funder, Afzaini, Muaz, Okaz, Firdaus dan Amir.
Nampak peta ni pun dah pening. Syukur ada pak supir yang akan bawa kami jalan jalan ke tempat ini.
Masa sampai, ini aktiviti pertama kena buat. Group photo di sini.
Kami ambil gambar di atas dulu. Tumpak Sewu ni maksudnya 1000 air terjun. Kawasan di sekitar ni memang terlalu banyak air terjun.
We Love Tumpak Sewu. Dah ada papan tu, kita ambil jer la gambar.
Ok, lets the journey begin.
Macam macam jenis pokok ada. Dengan pemandangan yang menghijau, dan kedengaran deruman air terjun dari kawasan sekitar, tempat ini sangat mendamaikan.
Cumanya... Haha. Inilah cabarannya. Nak sampai ke bawah tu tak lah mudah. Dari 9 orang yang join, 8 orang langsung tak exercise. Main redah jer ni.
Siap pakai seliper lagi. Katanya kami akan lalu banyak kawasan air terjun nanti. So, tak digalak pakai kasut.
Dalam dok kata, dah jumpa air terjun. Nak kena cross air terjun ni. Nak sampai ke bawah tu tak lah mudah. Mencabar juga.
Laluan yang terpaksa kami lalui.
Cantikkan air terjun di kawasan ni... Kita akan jumpa banyak sangat air terjun sepanjang perjalanan tu nanti.
Nak kena cross jambatan ni pulak.
Air kawasan ni tak lah dalam sangat. Tapi sangat sejuk.
Ok, dah sampai ke bawah. Port yang orang selalu ambil gambar.
Cabaran utama kami, kami sampai awal pagi. Di belakang cahaya sangat terang, tempat kami pulak tak terang. Jadi gambar tak berapa nak cantik.
Siap ada jam lagi. Ha, amik kau 8:06 pagi tarikh 17 Januari 2020 di sini.
Okaz dan Izwan
Group photo satu...
Gambar angle lain pulak.
Close up.
Batu terbelah.
Semua kalut nak makan.
Sedap betul tu... Haha...
Fokus Fokus......
Kita sambung perjalanan ke Gua Tetes pulak. Dalam perjalanan, jumpa lagi air terjun. So, mandi dulu. Parit Buntar Is My Hometown gitu.
Dah jumpa tok sami bertapa pulak
Terbaik lah kalau bab posing gambar.
Sejuk wei.. Lekaih lekaih....
Panoramic View. Baru leh nampak gambar dari atas ke bawah.
Air terjun yang cantik dan mendamaikan.
Nampak tu, jam 11:13 pagi, masih dok berjimba lagi kat bawah tu.
Farid...
Haha.. Ada tempat mandi best rupanya. Ku sorang jer yang bawa goggle. So, memang best la. Dengan air jernih lagi. Memang terbaiklah. So, kalau korang nak pergi ke sini. Make sure bawa goggle ok.
Geng travel lelaki...
Bab bergambar memang tak leh blah. Cakap jer gaya cam na pun, jadi....
Ok, tadi bab nak turun. Sekarang bab nak naik balik. Kami guna jalan lain pulak. Huhu.. Bayangkan nak kena naik balik laluan macam tu. Memang adventure ni.
Alhamdulillah, akhirnya sampai ke Gua Tetes.
Fuh. Rasanya waktu ni dah dekat jam 12 tengah hari. Memang fenat lah.... Naik turun naik turun....
Still dalam Gua Tetes. Pun masih ada air terjun.
Ok, then kami kena teruskan perjalanan mendaki ke atas lagi. Untuk pergi ke kawasan parking kereta. Aduh, azabnya waktu ni...
Muka dah macam toya je sorang sorang. Dah penat dan tak larat.
Huhu... Setelah jauh berjalan dan berhenti yang tak tahu berapa kali, akhirnya jam 1:30 petang, kami sampai kembali ke tempat parking kereta.
Ada orang jual air kelapa muda. Kita layan dulu. Seterusnya, kami bertolak dari kawasan Tumpak Sewu ke Kawah Ijen pulak.
Guest what, perjalanan dari Tumpak Sewu bermula jam 2:00 petang. And kami hanya tiba di hotel area Kawah Ijen tu jam 9:30 malam. A very tiring trip.
Day 3 : Kawah Ijen
Macam yang saya cakap tadi, kami tiba di hotel jam 9:30 malam. Memang sangat penat rasanya. Kaki saya pun dah cramp.
Ku sangkakan 'Azab' sakit kaki akan berakhir. Rupa rupanya, 'Azab' itu baru bermula. Huhu...
Jam 11:30 malam, kami diminta bersedia untuk keluar hotel menuju ke Kawah Ijen.
Kami rasa macam "Whatt !!!!"
Penat siang tadi tak habis lagi. Dah nak kena keluar lagi. Huhu. Tiada pilihan kami semua keluar hotel jam 11:30 malam tu.
Perjalanan dari hotel nak ke kaki Kawah Ijen tu ambil masa 1 jam 30 minit. Kami sambung tidur lagi dalam van.
Semua pakai baju sejuk. Baju sejuk ni lah saya guna masa naik Gunung Kinabalu haritu.
Jam 1:30 pagi, kami mula mendaki Kawah Ijen. Kami mesti sampai ke atas awal pagi untuk melihat api biru di bawah tu.
Pak Supir dah beritahu kami, perjalanan akan ambil masa 3 jam untuk ke sana.
Perjalanan tu pulak, bukan bishe bishe. Kena mendaki wei all the way. Huhu. Jarak perjalanan 3.8 km. 3km akan mendaki, kemudian 800 meter kena turun.
Seriously, kami semua kepenatan. This is not the challeng that we expect. Boleh tengok muka amir tu, muka tak puas hati. Haha.. Kefenatan lah tu...
Cabaran kami yang sebenar adalah kaki cramp. Siang tadi kami dah beli 2 tube ubat untuk kaki cramp. Masalahnya, dalam journey ni kami berpecah. Ada yang naik awal. Ada yang naik kemudian. Ikut laju masing masing.
Setelah bersusah payah, selepas 3 jam berjalan. Kami tiba di kilomter 3.0. Sampai dah la ke atas tu. Cuaca masa tu sangat sejuk. Kami siap diberikan lagi "Topeng Mask" untuk elak kami sedut Gas Sulphur yang dikeluarkan dari gunung berapi tu.
Awas !! Gas Beracun Kawah Ijen. So, cabaran seterusnya adalah nak turun ke bawah 800 meter. Kami tengok nak turun tu sangat mencabar. Dah la kaki dok sakit. Ni kalau dah turun nanti, nak kena patah balik naik pulak. Iman semua bergoyang nak turun.
Dah la Okaz dan Rezqa sampai awal ke atas, mereka dah cuba turun awal awal tu. Tapi baru 100 meter turun, mereka naik balik. Takut boleh turun tak boleh nak naik.
Bila kami semua jumpa depa dua ni, semua jadi goyang nak turun.
Muaz sampai awal di puncak Kawah Ijen. Dan dia ambil keputusan untuk turun ke bawah. Since dia awal, jadi dia ada banyak masa untuk turun dan naik balik ke sini.
Muaz sampai awal di puncak Kawah Ijen. Dan dia ambil keputusan untuk turun ke bawah. Since dia awal, jadi dia ada banyak masa untuk turun dan naik balik ke sini.
Tapi, dalam 9 orang kami ni, Muaz sorang yang 'iman' dia kuat. Dia sorang ja yang berani turun ke bawah tu. Dan dia sampai ke kawasan betul betul Kawah Ijen tu.
Ni gambar di bawah. Cuba bayangkan nak kena turun dari atas tu. Huhu... Tak sanggup wei.
Ni la gambar jarak dekat di tempat sulphur keluar dari kawah gunung berapi tu.
Dan disini juga kita boleh tengok blue fire. Dalam dunia ni, hanya ada dua tempat blue fire. Salah satunya di Kawah Ijen ni.
Ni lah api warna biru tu.
Sementara itu, saya dan beberapa kawan lain ambil keputusan untuk tak turun ke bawah. Kami naik ke atas lagi untuk ambil gambar yang cantik dari angle lain pulak.
Saya, Izwan dan Okaz
Saya teruskan pendakian ke atas dan ambil pemandangan dari atas yang tak kurang cantiknya.
Masa ni, tinggal saya sorang jer yang naik ke atas lagi....
Kawah Ijen ni view memang cantik. Dengan tasik warna hijau kebiruan. Memang satu view yang menarik.
Nak ambil gambar, tapi takut jugak.. Jatuh tu.. terjun tiruk terus la...
Tak berapa berani sangat... Nak pi sampai hujung tu...
Ni antara yang dah sampai hujung... Tak ramai dah yang sampai ke tahap ni...
Kawah Ijen from top view.
Rezqa dengan gaya dia tersendiri...
Orang buat macam ni la... Haha...
From different angle
Afzaini, Farid dan Fadamir bergambar dengan topeng mask depa... Actually kalau kat sini tak pakai mask tu pun tak pa. Tapi saja la buat wayang.. Bagi nampak kemas sikit. Haha
Join by Hafiz
Sun rise
It's time to go down... Semua dah tak larat nak jalan. Kali ni turun kami pakai teksi ni sahaja.
Harga untuk turun adalah 300,000 Rupiah Sahaja. Lebih kurang RM90.
Ok. Ready untuk turun....
Farid masa naik pun dah nak muntah... Ni turun dengan teksi macam ni kira dah heavan lah...
Jalan turun.....
Saya pun turun naik teksi juga. Nak jalan kaki dah tak larat...
Selesa... Sangat selesa...
Sampai tertidur Izwan
Turun naik teksi satu nikmat....
Di pertengahan jalan, ada pit stop. Ada tandas di sini. Ada gerai minum dan makanan ringan dijual di sini.
Akhirnya sampai ke bawah....
Ada banner besar.. Untuk kita ambil gambar. Jam menunjukkan 8 pagi, it's time to move to another place. Lets go BROMO.
Day 3 : Bromo
Jam 8 pagi, kami keluar dari Kawah Ijen. Lepak lepak kejap di hotel. Jam 10 pagi, kami gerak ke Bromo.
Again... It's another long journey. Kami dijangka sampai di Bromo sekitar jam 4 petang.
Selamat jalan Kawah Ijen
Seriously penat. Semua dah tersadai dalam van. Bayangkan malam tadi tak cukup tidur, jadi dalam van ni lah masa kami nak berehat.
Bromo ni kawasan tanah tinggi, so memang subur dengan tanaman...
Dari naik van, kami tukar naik jeep pulak.
Destinasi pertama, Bukit Teletubbies. Dari 9 orang, sorang dah syahid. Nak berehat di hotel. Tinggal kami 8 orang saja yang join trip Bromo ni.
3 orang ni, persamaan mereka. Bapa mertua mereka komando. So, kena tabik hormat sikit.
Gaya memang tak boleh blah..
Ok, ready.. Semua orang nak lompat tu. Gaya dah ada... It's time to jump.
Sekali jadi macam ni... Huhu... Macam biasa, yang berat memang susah nak lompat... Orang lain dah sampai atas, dia baru nak melompat... Ish ish ish.... "Kenderaan berat sila ke tepi..."
Banyak kali sangat buat gaya lompat fail. Buat jer lah gaya ni. Senang sket... Rezqa, hang buat gaya apa wei... Spoil...
Gaya photographer tu yang mahal..
Lompat kalau tak ramai orang senang la nak buat
Izwan....
Then we continue our journey to Gunung Berapi Bromo.
But before that, kami berhenti dulu untuk ambil gambar di sini.
Scenery memang cantik kat sini
Gambar atas kereta
Kami meminta para isteri kami untuk meneka. Mana satu suami anda? Lekaih....
Nama samaran Hafiz is K.A.U.L.A.T
Balun... Janji ambil gambar
"Hormat, hormat kehadapan.... Hormat....".. Okaz buat apa wei.. Tabik tangan kat kepala. Bukan kat perut.
Gambar solo
Abam manis.....
Next, kami naik kuda untuk ke puncak Bromo. Tak larat dah wei nak jalan.
Hafiz dah mulakan pendakian
Okaz first time naik kuda..
Kami dah sampai ke kaki Gunung Berapi Bromo.
Tapikan, kuda leh hantar kita sampai ke bawah ni jer. Ada 250 anak tangga lagi nak kena panjat. Huhu... Dalam keadaan kaki masih sakit dengan naik turun di Tumpak Sewu dan Kawah Ijen, 250 anak tangga ni rasa macam 2500 anak tangga ja...
Seriously, azab wei. Semua orang terpaksa mengerah kudrat ke tahap maksimum pada waktu ni.
"Amcam Amir? Nak pergi lagi tak Bromo?"
But the view of kawah Gunung Berapi Bromo is amazing. Sangat cantik.
Alang alang dah sampai atas. Kita ambil gambar banyak sikit dulu.
Bergambar di puncak gunung... Dah nak sun set pun.
Okaz....
Muaz.. Ni legend. Pakai selipar jer naik gunung ni. Respect bro...
Hafiz
Nak naik azab. Nak turun pun azab.
Berbaloi la naik kuda ni. Bayar 150,000 rupiah untuk pergi dan balik.
Nampak tak ukiran muka yang dia orang buat kat tanah tu...
Alhamdulillah... Selamat... Sebenarnya masa tunggang kuda ni, saya hampir terjatuh. Sebab saya bawa dia laju. Saya tanya orang yang ikut saya, macam mana nak lajukan kuda ni. Dia tunjuk cara nak lajukan kuda. Dan saya buat.
Sekali saya lupa tanya dia macam mana nak slowkan kuda ni. Huhu... Dia lari terlalu laju. First time saya naik kuda yang laju. Sebelum ni naik kuda boring, jalan slow slow... Tapi yang ni laju sampai nak terjatuh... Huhu..
Good job kuda...
Okaz pun ambil gambar dengan kuda dia..
Day 4 : Bromo Sun Rise Dan Perjalanan Pulang
Itenary awal pagi. Seawal jam 4 pagi dah keluar hotel untuk nak tengok sun rise.
Subhanallah... Sangat cantik..
Afzaini.. Gambar solo.. Background tu Bromo.
Actually pagi tu, 5 orang ni saja yang pi. Lagi 4 orang dah syahid. Termasuk saya. Tak larat dah wei...
Memang lokasi tumpuan pelancong.
And then.. Kami mulakan perjalanan untuk pulang ke Surabaya.
Kami guna highway....
Semua enjoy. Tapi penat....
Sampai airport, urut kaki dulu. 100,000 Rupiah untuk 30 minit.
Alhamdulillah.. Semua enjoy this trip.
Dalam flight, sambung tidur balik... Haha...
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Semuanya selamat.
Kepada kenkawan Geng Travel Lelaki.... Thanks for joining this amazing trip. Really enjoy pergi trip dengan korang semua.
Semua satu kepala, semua satu geng. Insya Allah, tahun depan kita atur trip ke tempat lain pula.
Belanja Hangus Kami Sepanjang Trip Ini :
i. Tiket Flight Return - RM250
ii. Duit Untuk Agen Di Sana - RM500-RM600. Ikut rate.
iii. Duit Makan - RM200
iv. Duit Shopping - RM 0. Tak sempat nak shopping pun. Sebab pergi trip adventure.
Wassalam.
Mohd Firdaus Mat Saad
Geng Suka Travel
COMMENTS