Saya terbaca satu komen, di group mana tak sure. Tapi komen berkaitan nak belajar bela ayam.
Ayat dia lebih kurang macam ni.
"Ala, apa susah susah. Kalau kita nak belajar bela ayam, pergi je belajar di reban ayam orang lain. Kerja dekat situ 6 bulan. Ilmu pun dapat duit pun dapat. Apa susah...."
Teori memang macam tu. In reality, bukan senang nak cari reban ayam yang sanggup "terima" orang nak belajar di reban tu.
Semua penternak ayam dah ada pekerja masing masing. Jadi, bila "tambahan" pekerja. Takkan owner reban pulak nak bayar gaji untuk orang yang "nak belajar tu".
Orang tu datang nak belajar, bukan betul betul nak jadi pekerja. Jadi, "orang yang nak belajar" dah jadi satu bebanan baru pulak dekat penternak tu.
Faham tak? Kita "yang nak gi belajar" tu senang la. Tapi tak pasal pasal penternak tu nak "bayar gaji" dekat kita pula.
Kalaulah semudah ini, rasanya senang la "kita semua nak belajar". Dapat pakej kombo. "Ilmu dapat, gaji lagi dapat..."
Jangan lupa, minta tempat tinggal dan makan free sekali tau dekat tuan reban tu. Kan kita nak "kerja" di situ.
Inilah isu utama yang kita semua hadapi. Kita nak "belajar". Tapi kita nak "dibayar gaji" untuk belajar.
Hehe.. Sajalah saya nak share, masa saya belajar dulu. Saya pergi "kerja" di reban ayam orang secara "PERCUMA". Bagi saya, dia nak bagi saya peluang kerja di situ pun dah seribu rahmat.
Nak experience semua tu, bukan senang. Tak semua orang nak bagi pun.
Orang kata, "Beban tiada, batu nak digalas...."
Bila ada orang "luar" masuk reban, akan ada banyak masalah dengan ayam. Tak percaya, pergilah suka suki masuk reban ayam orang. Silap silap kena maki.
Bila kita keluar, kita berpotensi bawa masuk penyakit ke dalam reban. Dan boleh bagi kesan terhadap ayam. Benda ni bukan selalu nak jadi, tapi kalau jadi sekali. Tuan reban tanggung beban teruk juga.
Kalau tuan faham bab "BIOSEKURITI". You will understand that. Tak senang tau sepatutnya untuk keluar masuk kawasan reban.
Di tempat saya sendiri pun, dulu masa mula mula saya ternak. Saya rajin juga la "layan" orang nak "belajar" ternak ayam. Ada sorang tu, duduk 2 pusingan di reban ayam saya. Katanya nak "belajar".
Please take note, saya tak bayar gaji ya untuk dia. Sebab saya sendiri dah ada pekerja. Dia datang tolong tolong saja.
End up dia tak ternak ayam pun.
Lagi sorang, sedara saya. Dia punya la semangat nak belajar, sampai nak duduk di rumah saya satu pusingan. Nak "belajar" bela ayam.
Nasib baik sedara. Kalau tak. Haha... End up, dia pun tak ternak ayam.
Tuan tuan yang belum ternak ayam mungkin merasakan penting gila ilmu nak ternak ayam ni.
Bagi saya, ia penting. Tapi ada lagi satu yang lebih penting.
Tuan tuan kena faham dulu "BETUL KA BISNES AYAM, BISNES YANG BAGUS?"
Tuan nak terjun masuk dalam bisnes ni, dah tahu ka skala apa yang optimum dari segi ekonomi?
Dah tahu ke ciri ciri tanah yang sesuai untuk ternak ayam?
Dah tahu ke modal berapa nak ternak ayam?
Dah tahu ke macam mana nak cari duit untuk buat reban ayam?
Dah tahu ke cabaran dalam ternakan ayam?
Dah tahu ke untung rugi dalam ternakan ayam?
Dah tahu ka macam mana orang berjaya dalam bisnes ayam?
Dah tahu ke apa punca orang lain buat bisnes ayam gagal?
Trust me. If you can listen to me. Tuan puan tak akan "galak" nak pi belajar ternak ayam dulu.
Tapi, tuan puan akan lebih fokus macam mana nak set up bisnes ternakan ayam ni.
If you can listen to me. This business is good. It is easy money. Tapi, percayalah. IA TAK SESUAI UNTUK SEMUA ORANG.
Tolong lah percaya.
Dalam group ni, ramai tau yang ternak ayam skala besar. Yang ternak ayam ratus ratus ribu pun ada. Mereka semua Otai.
Tapi ramai tak berapa berani nak bersuara. Sebab kalau bersuara, nanti kena PM. Haha.. Saya pun sejak dok rajin menulis ni, makin ramai yang PM tanya pasal ayam. Huhu...
Bagi saya simple jer tuan puan. Kalau nak belajar pasal bisnes ayam. Tuan puan boleh je join Kursus Ternakan Ayam Daging Secara online yang saya buat.
Saya dah siap buat 32 video. Cerita agak detail mengenai cara memulakan bisnes ternakan ayam daging.
Lepas habis jer tonton semua video ni, tuan akan berada di dua situasi.
Situasi Pertama :
Akan faham dengan sangat jelas pasal bisnes ayam. Anda yakin dengan bisnes ini. Dan nak buat bisnes ayam. Anda dah tahu apa nak kena buat langkah seterusnya. Terus ja bertindak macam saya sarankan dalam video ni.
Situasi Kedua.
Dah tengok habis. Dan tersedar. Bisnes ayam ni tak sesuai untuk kita. Setel. Khalas. Tutup buku. Tak yah fikir dah bab ayam ni. Boleh terus fikir nak buat bisnes lain.
Ada orang sebelum ni, setahun cari ilmu nak buat bisnes ayam. Merata hala dia cari. Last last, jumpa saya 4 jam. Dia rasa puas.
"Cakap, terima kasih tuan, sekarang saya faham dan saya tahu. Saya tak sesuai buat bisnes ni. Setahun saya buang masa nak study bisnes ni. Sekarang, saya dah boleh fikir pasal hal lain."
Isu utama, ramai orang tak sanggup nak "invest" untuk belajar. Ada orang sanggup "langgar" dinding dari "invest" kepada ilmu.
Contoh lagi satu saya nak bagi tahu. Ada sorang tu pm, cakap tak nak join lagi kursus ni sebab nak beli tanah dulu. Dah beli tanah dulu baru dia nak join kursus ni.
Dalam hati saya rasa, "Kesian...."
Dia sanggup nak beli tanah ratus ratus ribu, tapi nak "invest"
belajar ilmu kursus ternakan ayam yang ratus ratus tak sanggup.
Padahal, dalam video tu. Saya cerita very detail mengenai ciri ciri tanah yang sesuai untuk nak ternak ayam.
Tapi nak buat macam mana. "Langgar Dinding" lagi best dari "Invest" duit ke ilmu.
Seperti yang saya katakan, anda boleh cari ilmu ternakan ayam. Boleh jumpa ramai penternak ayam. Tapi bila jumpa tu dia lebih sessi chit chat, borak santai ja.
Apa saya buat, lebih tersusun. Dah dimodulkan bagi orang yang nak tahu lebih detail pasal ternakan ayam ni.
Insya Allah, it will help you a lot.
Kalau ada sesiapa yang dah "terbeli" video video saya ni, boleh tak share pengalaman korang. Ok ker?
Bagi tuan tuan yang selalu dok terfikir nak ternak ayam , dan merasakan belajar ilmu ternak ayam tu penting. Sabar dulu. Kalau belum ternak ayam, anda belum perlu tahu pasal ubat ayam, belum perlu tahu pasal ayam sakit, belum perlu tahu pasal suhu dalam reban.
Bila dah ada reban nanti, waktu tu anda akan sempat lagi nak belajar.
Anda patut belajar bila anda patut belajar. Tahu mana yang perlu tahu dahulu, mana perlu tahu kemudian.
Contoh mudah, orang ni tak kahwin. Tapi dok pi kursus menjaga baby. Bukan salah. Tapi, bersedia lah untuk kahwin dulu. Macam tu lah yer.
Bawah ni ada gambar modul saya. Ada 32 modul keseluruhannya. Tengok, belek satu satu. Rasa minat, boleh pm saya.
Boleh juga follow FB saya : MOHD FIRDAUS MAT SAAD.
Kalau nak join kursus ni, boleh pm saya di sini :
wasap.my/60195782515/KursusTernakAyamFB
Semoga bermanfaat.
COMMENTS