Brilliant Idea Nak Turunkan Harga Ayam
==========================
Alhamdulillah, saya berada dalam industri ayam sejak tahun 2005.
Bermula sebagai penternak ayam, kemudian saya ceburi bidang construction reban ayam daging.
Peluang dalam industri ni sangat luas. Ia melibatkan billion setiap tahun.
Orang mana di Malaysia yang tak makan ayam. Semua makan. Adalah sorang dua insan terpilih yang tak makan ayam.
Di Malaysia, kita ada seorang Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Kita ada 2 orang Timbalan Menteri.
Sejujurnya, tak nampak sangat fungsi mereka selain dok berpolitik. (Based On FB Depa Ni La)
Masalah ayam tak selesai. Letih.
Apa saya kongsikan ni adalah diperingkat idea ok. Jika dirasakan idea ni bagus, ia perlu diperhalusi dari segi implementation.
Di Malaysia, dalam industri ayam. Ada orang tengah yang orang dok wirid wirid sebagai "Kartel".
Mereka ni diwirid sebagai "Kartel" sebab mereka yang control harga ayam, mereka control kemasukan anak ayam, mereka berpersatuan dan mereka bersatu hati dalam menjaga kelangsungan bisnes mereka.
Bila "wistle blower" kata, naikkan harga 20 sen. Satu Malaysia naik 20 sen. Kalau kata turun 30 sen. Satu Malaysia turun 30 sen.
Kalau mereka kata semua orang, kurangkan kemasukan anak ayam 5%. Semua akan patuh dan taat. Mereka buat untuk pastikan bisnes menguntungkan.
That's the system for so many years.
Sebagai penternak picisan ni kan, saya melihat bisnes ayam di Malaysia ni terlalu banyak tangan.
Nak kena lalu banyak peringkat, ini yang menyebabkan harga meningkat.
Penternak nak untung RM1.
Integrator nak untung RM1.
Pemborong nak untung RM1.
Peniaga nak untung RM1.
Dari setiap seekor ayam yang mereka jual.
Selama ini, sistem ayam di Malaysia berfungi macam ni.
Ada syarikat Integrator, mereka akan jadi orang tengah. Setakat ni, di Malaysia player player besar ni semuanya berbangsa Cina.
Mereka ni dah otai. Mereka dah tap masuk dalam bidang ni sejak 1970 an lagi.
Jadi tak boleh salahkan mereka. Mereka berniaga ok. Dan berniaga, mereka nak untung. Dan mereka nampak, market ni sangat besar. Jadi ramai otai otai yang terjun dalam bidang ni.
Integrator ni, mereka bermula dengan cari pemborong ayam. Mereka akan cuba cari market sebanyak mungkin.
Lepas tu, mereka cari penternak ayam yang nak ternak ayam dengan mereka.
Mereka jadi orang tengah.
Mereka beri anak ayam kepada penternak, mereka beri dedak ayam kepada penternak, bila ayam dah besar mereka beli balik ayam tu dari penternak.
Mereka jual lah ayam ni kepada pemborong ayam.
Pemborong akan jual kepada peniaga ayam.
That's how the system work.
Bayangkan, berapa banyak tangan nak kena lalu.
Ramai orang melihat salah satu cara nak kurangkan kos ayam ni adalah tanam jagung. Supaya kita boleh hasilkan dedak kita sendiri. Tak perlu import.
Betul dah tu.
Cuma, saya melihat dari sudut pandang yang lain.
IDEA PERTAMA
==========
What if kita cipta APPS "AYAMKU" misalnya.
Dia ala ala Grab, Food Panda, MyTution.
Dia jadi perantara antara Penternak Ayam direct kepada Peniaga Ayam.
Melalui cara ni, kita boleh bypass beberapa tangan. Bila boleh bypass ni.
Peniaga dapat harga ayam lebih rendah yang direct dari penternak.
Then timbul isu, PENTERNAK nak anak ayam, dedak ayam. Sebab selama ni, anak ayam dan dedak ayam disupply oleh integrator.
Kena figure out jalan nak atasi masalah ni. Ade je jalan. Kena fikir lah.
Dalam kes ni, peniaga dan penternak ayam ni. Boleh direview dari segi performance mereka.
Adakah mereka bekalkan kualiti ayam yang bagus. Adakah mereka janji betul.
Jadi buyer dan seller boleh tengok review on both side. Trust akan ada di situ.
Payment mesti melalui Apps punya owner. So that pembeli dan penjual tak tertipu.
Utk nak beli ayam, pembeli dah bayar siap siap ke apps. Bila ayam dah dapat, boleh terus release payment kepada seller.
In case nak buat lagi padu, buat anak ayam dan dedak ayam pun link ke Apps.
Bila payment ayam dapat, release payment kepada supplier anak ayam dan dedak ayam dulu.
Of course akan timbul beberapa isu. Contoh anak ayam tak kualiti, dedak tak kualiti. Kena figure out lah.
Kalau ada macam macam jenis dedak dari supplier yang berbeza. Orang akan berebut beli dedak yang berkualiti based on review customer sebelum ni.
That's how the system can work.
Anyway, ni rough idea saja yer.
Kalau kerajaan boleh lantik NAFAS buat system ni, saya rasa lagi baguih daripada kerajaan bagi RM300 juta kat NAFAS yang pasti ia akan menjadi lubuk duit bagi orang atasan.
Cara ni, provide the system sahaja.
Nanti akan ada orang komplen itu ni, fikirlah jalan penyelesaian dia. Saya bagi idea saja. Bukan saya bagi total solution.
Dunia skrg dah maju. Apa salah guna teknologi untuk bantu dekatkan pengguna dan penternak.
Benda simple. Cuma, marketing kena power.
IDEA KEDUA
========
Integrator ni, kena buat APPS.
Depa ambil ayam dari penternak. Kemudian mereka try bypass pemborong dan peniaga direct ke pengguna.
(Sorry, idea ni sadis sikit sebab ramai peniaga adalah Melayu. Tapi idea saya ni nak atasi masalah harga ayam tinggi di Malaysia)
Integrator ni mesti ada kilang proses ayam. Which is hampir semua integrator ada. So, part ni no problem.
Integrator buat APPS yang mana, pembeli yang terdiri dari peniaga kedai makan, pengusaha kontrak makanan, pengusa kantin dan sebagainya.
Mereka order direct dari integrator menggunakan APPS.
Selama ni, integrator malas nak berurusan dengan peniaga kecik ni sebab ramai yang "culas" bayar.
Ayam mau, duit tak mau bayar. Hutang hutang hutang, lepas tu blah. Ambil dari orang lain.
Sebab tu integrator perlukan Pemborong. Sebab integrator tak nak pening kepala kutip duit runcit dari peniaga kecik ni.
Integrator kata, apa cerita, "Aku pegang pemborong ja..."
Melalui Apps ni, integrator dah boleh buka sistem delivery di setiap daerah.
Payment mesti melalui online.
Integrator boleh tawarkan harga murah sebab cara ni dah secure payment.
Integrator ni bukan nak jual mahal sangat pun, dia nak untung ja.
Tapi disebabkan ramai peniaga tak bayar, dok berhutang mereka letakkan harga tinggi sikit so that ia boleh cover risk mereka.
Melalui cara ni, integrator akan happy. Mereka dah sah sah akan untung.
Ambil ayam dari penternak yang kontrak dengan mereka secara direct. Kemudian dapat pasarkan kepada pembeli secara direct.
Mereka juga boleh ja buat system agen dengan pembeli mereka ni.
Contoh, letakkan peti ais sejuk beku di tempat utama. Then bagai komisyen saja untuk jualan. Cara ni juga dapat reach kan integrator dan pembeli.
Kalau kita boleh buat "SISTEM" sebegini.
Insya Allah, harga ayam akan jadi lebih murah. Sebab dah kurang kes integrator nak kena tipu dari segi payment.
Di Malaysia ni, masalah utama. Ramai orang tak jujur. Ayam nak, bayar tak mau.
Dia kata, "Hang tak bagi hutang, orang lain bagi hutang. Aku ambik kat depa......."
Bila hutang banyak, lari ke supplier lain. Boleh sembang dengan peniaga / pemborong ayam kalau tak percaya.
Kes macam ni menyebabkan harga / margin kena besar.
Saya sangat tak faham, kadang kadang. Ada pemborong bagi harga diskaun kalau payment tunai.
Tapi tetap nak hutang.
Dia sedar tak, hutang tu kalau ikut Islam hang kena bayar jugak. Dan kadang kadang tu, hutang satu dua bil saja.
Tapi nak hutang juga.
Dari segi idea, saya dah kongsikan. Kita guna teknologi untuk beat the traditional system.
Sama macam mana kita tengok Grab, Grab Food, Food Panda, Waze, McDonald Online, Pizza Hut Apps.
Mereka ni semua guna teknologi saja, ayam pun kena guna teknologi untuk turunkan harga.
Saya harap, tuan puan yang terbaca idea ni. Tolong SHARE. Sebab kita nak idea ni reach kepada mereka yang mampu buat benda ni.
Mungkin Datuk Mazlina Kamarudin MK boleh fikirkan untuk Ayam Bismi.
Tuan puan boleh follow Datuk ni yer. Beliau penternak ayam Melayu terbesar di Malaysia dibawah jenama Ayam Bismi.
Rasanya, sekian dulu perkongsian saya hari ni. Semoga bermanfaat.
Jika Tuan Berminat Nak Baca Story Pasal Ayam Daging, Jemput Follow FB Saya Mohd Firdaus Mat Saad. Saya selalu share pasal ayam. Jangan lupa "See First" yer.
Dan jika tuan puan berminat nak belajar cara memulakan bisnes ternakan ayam daging, boleh join kursus yang saya buat secara online.
Klik link ni : wasap.my/60197672951/KursusTernakanAyamFMF
SILA SHARE.
COMMENTS