By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Berkali kali saya berfikir, bagaimana cara saya perlu menulis supaya saya dapat berkongsi dengan para pembaca bagaimana caranya untuk melakukan Qiamullail setiap malam?
Ya. Setiap malam.
Bagi saya, ia topik yang amat penting. Kalau saya tersalah cara menulis, saya takut mereka yang membaca tersalah faham dan tak dapat merasai nikmat berqiamullail yang saya rasai.
Saya hanya mahu berkongsi untuk memberi inspirasi kepada kita semua. Tiada niat lain dari itu.
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku sekiranya terdetik perasaan riya' dan rasa bangga diri ketika aku menulis topik ini, jika ia berlaku ia bukan di atas kemahuan ku. Tetapi ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkan dosaku ya Allah"
Sebelum Menunaikan Haji
Sebelum saya menunaikan haji, saya bukan seorang yang 'kaki' bangun malam. Jika saya bangun malam sekalipun, hanya untuk saya menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan pilihan saya, Manchester United.
Nak suruh saya bangun solat tahjud. Bukan tak pernah saya lakukan. Pernah. Namun ia tidak terkesan di hati. Fizikal saya sahaja yang melakukannya tanpa roh.
Bolehlah, saya bangun bersolat tahjud dan bersolat hajat. Namun, ia mungkin cuma sehari dua dalam sebulan. Itupun kalau terbangun. Jika tidak. Impian melakukan solat hajat hanya tinggal impian.
Bagaimana Saya Mencintai Qiamullail?
Sebelum saya bercerita lebih jauh. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai konsep TAHU, MAHU, MAMPU.
Kebanyakan daripada kita TAHU mengenai Kelebihan Berqiamullail. Semua orang pasti bersetuju mengatakan Qiamullail itu bagus dan kalau boleh teringin untuk melakukannya secara istiqamah.
Namun, TAHU sahaja tidak mampu 'mengubah' TAHU itu kepada MAHU. Mengapa?
MAHU memerlukan emosi kita 'disentap'. Apabila emosi kita 'tersentap', kita akan sedar kita perlu melakukan apa yang kita TAHU itu.
Jika kita MAHU melakukan Qiamullail. Tetapi emosi kita tidak tersentap. Kita akan berjaya untuk bangun Qiamullail. Namun ia sukar untuk dikekalkan. Kita mungkin akan berjaya bangun untuk satu atau dua malam, tetapi selepas itu kekuatan MAHU kita itu akan berkurangan.
Inilah masalah yang berlaku kepada saya dahulu.
Saya TAHU kelebihan untuk melakukan Qiamullail. Namun, tahap MAHU saya tidak begitu tinggi.
Dan saya yakin, perkara yang sama akan berlaku kepada diri anda. Anda TAHU, tetapi tahap MAHU itu juga tidak begitu tinggi.
Berapa ramai diantara anda jika saya bertanya, "Mahukah anda melakukan Qiamullail setiap malam?" Anda akan menjawab "Ya".
Namun, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi, tidak sukar untuk dilakukan jika kita, TAHU, MAHU dan MAMPU.
Insya Allah, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana kita boleh mencetuskan MAHU dalam diri kita dan seterusnya MAMPU untuk kita terus kekal beristiqamah melakukannya setiap hari.
FIKIR, EMOSI DAN TINDAKAN
Kebiasaannya, untuk kita berjaya melakukan 'sesuatu yang sukar' kita memerlukan pemikiran yang hebat. Emosi yang hebat dan tindakan yang hebat.
Inilah yang saya belajar daripada Dr Azizan Osman ketika saya menghadiri Kursus Advanced Marketing Power di Kuala Lumpur awal bulan ini.
Saya ingin membawa konsep yang sama dalam topik melakukan Qiamullail ini.
Semua orang tahu, bukan mudah untuk melakukan Qiamullail secara istiqamah setiap malam. Maka, kita boleh kategerikan ini sebagai suatu matlamat yang 'sukar' untuk kita capai.
Maka, kita memerlukan pemikiran yang hebat, kita memerlukan emosi kita disentap dengan begitu hebat, dan kita perlu melakukan tindakan yang hebat. Barulah kita akan terasa mengapa pentingnya kita melakukan Qiamullail setiap malam.
Dan secara perlahan lahan, ia akan mengubah TAHU kepada MAHU dan kemudiannya MAHU kepada MAMPU.
Saya tidak mahu anda sekadar TAHU kelebihan melakukan Qiamullail.
Saya tidak mahu anda sekadar MAHU melakukan Qiamullail.
Saya mahu kita semua MAMPU melakukan Qiamullail secara istiqamah setiap malam. Setiap hari. Sehinggalah Allah menjemput kita untuk melakukannya. Mudah mudahan ia begitu. Insya Allah.
Bila Emosi Saya Disentap?
Terus terang saya katakan. Emosi saya tersentap untuk melakukan Qiamullail setiap malam selepas bertemu dengan Prof Kamil di Madinah semasa saya menunaikan haji pada tahun 2011. Pertemuan selama 4 jam dengan Prof Kamil dalam 3 sessi yang berbeza benar benar mengubah cara pemikiran saya.
Dan saya bersyukur dapat bertemu dengan beliau.
* Untuk mengetahui secara detail, apa yang Prof Kamil nasihatkan saya. Sila baca Travelog Haji - Part 20 - Part 24 - Nasihat Prof Kamil yang saya tulis sekitar bulan Disember 2011. Saya yakin tak rugi jika anda membaca sekali lagi walaupun anda pernah baca sebelum ini.
Anda boleh baca nasihat Prof Kamil tentang Qiamullail di sini :-
Travelog Haji - Part 23 : Nasihat Prof Kamil (IV)
Semasa bertemu dengan Prof Kamil, beliau menasihatkan saya untuk merubah sempadan iman saya. Beliau mahu saya meningkatkan tahap iman saya ke suatu tahap yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Dan untuk MERUBAH SEMPADAN IMAN saya. Saya perlu MERUBAH DIRI SENDIRI dahulu.
Saya perlu melakukan apa yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.
Prof mula merencanakan untuk saya, apa yang perlu saya lakukan untuk MERUBAH SEMPADAN IMAN saya.
Antara nasihat Prof untuk saya adalah melakukan Qiamullail, menjaga solat berjemaah, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, bersedekah, menunaikan solat Sunat Dhuha dan pelbagai ibadah lain lagi.
Namun, saya ingin FOKUSKAN kepada Qiamullail untuk dikongsi dengan anda hari ini.
Jika dahulu, saya hanya TAHU mengenai kelebihan Qiamullail, kemudian tercetus perasaan MAHU melakukan Qiamullail. Namun, sekarang saya bersyukur kerana Allah memilih saya antara jutaan hamba Nya yang MAMPU melakukan Qiamullail setiap malam. Jutaan syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan kepada saya.
Apa Yang 'Menyentap Emosi' Saya Untuk Melakukannya?
Ada dua perkara yang Prof cakapkan yang betul betul menyentap emosi saya.
Pertama:
Prof mengajak saya berdua berfikir dengan sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud. "Di akhirat kelak, Allah menyuruh Nabi Adam membawa seluruh umatnya ke muka pengadilan. Dan hanya seorang dalam seribu dari umatnya yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab."
Prof mengajak saya untuk merenung kematian. Kematian akan datang pada bila bila sahaja. Ia tidak mengenal usia.
Misalnya, kakak saya meninggal dunia pada awal tahun 2012 pada usia beliau 36 tahun akibat kanser.
Dan baru-baru ini, sahabat saya di UK dahulu meninggal dunia akibat jantung. Allah menjemput beliau ketika berusia 33 tahun.
Satu perkara yang 'menyentuh emosi' saya adalah. Allah boleh menjemput saya untuk bertemu dengannya pada bila bila masa. Dan adakah saya sudah bersedia untuk bertemu dengan Nya?
Sukar untuk saya jawab pada ketika itu.
Dan seperkara lagi yang 'menyentuh emosi' saya adalah apabila saya mati dan dibawa ke muka pengadilan nanti, adakah saya termasuk ke dalam golongan seorang daripada seribu yang akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Ya. Hanya seorang daripada seribu dikalangan ummat manusia yang akan masuk ke dalam syurga TANPA DIHISAB.
999 orang yang lain akan dimasukkan ke dalam neraka sama ada sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, setahun atau selama lamanya.
Saya tak mahu masuk ke dalam api neraka walaupun sesaat. Saya mahu masuk ke dalam syurga TANPA DIHISAB.
Selepas pertemuan dengan Prof, saya selalu berfikir, apakah amalan yang saya telah lakukan sepanjang hidup saya untuk saya layak memperoleh rahmat Allah untuk masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.
Bila difikirkan. Saya takut untuk menjawab. "Tiada".
Saya tidak nampak apa yang istimewa yang saya lakukan untuk melayakkan saya menjadi seorang daripada seribu yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.
Dan ini amat menakutkan saya. Saya tak mahu 'singgah' ke neraka walaupun sesaat.
Untuk masuk ke dalam syurga tanpa dihisab. Saya perlu menjadi 'insan yang terpilih.' Seorang daripada seribu. Hanya 0.1% daripada manusia yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.
Saya mahu saya dan keluarga saya termasuk ke dalam golongan itu.
Untuk menjadi insan yang terpilih, saya perlu melakukan apa yang tidak dilakukan oleh orang lain.
Saya perlu belajar untuk melakukan Qiamullail secara istiqamah. Ini kerana ramai dikalangan ummat Islam yang berasa sukar untuk melakukannya. Termasuklah saya.
Saya terfikir, jika saya saya MAMPU untuk melakukan Qiamullail setiap malam. Peluang untuk saya menjadi INSAN TERPILIH SEORANG DARIPADA SERIBU lebih tinggi.
Saya akui, kita memasuki syurga Allah atas Rahmat Allah. Namun, Allah nak tengok juga apa yang kita lakukan untuk kita 'layak' diberi Rahmat Nya.
Menjadi 'insan terpilih' menjadi matlamat hidup saya hari ini. Saya sekarang sering berdoa kepada Allah agar memasukkan saya dan ahli keluarga saya ke dalam syurga TANPA DIHISAB.
Saya tak boleh memberi alasan lagi, saya tiada pilihan. Saya harus melakukannya.
Saya mula belajar cara cara untuk melakukan Qiamullail daripada Prof Kamil.
Dan Alhamdulillah. Amalan ini dapat diistiqamahkan hingga hari ini walaupun tidak mencapai tahap 100%.
Emosi saya 'meronta-ronta' untuk memastikan saya menjadi insan terpilih. Seorang daripada seribu. Ia benar benar memberi kekuatan kepada saya untuk melakukannya.
Kedua:
Prof Kamil juga berkongsi dengan saya sebuah lagi hadis.
"Allah turun ke langit dunia, ketika satu pertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: Adakah hantar hambaku yang mahu berdoa kepadaku supaya aku mengkabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku supaya aku mengampunkannya? Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku supaya aku memenuhinya?" (Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim)
Prof Kamil menerangkan kelebihan menunaikan Qiamullail kepada saya.
Prof menerangkan kepada saya, setiap malam Allah akan turun ke langit dunia di sepertiga malam yang tersisa. Ya. Setiap malam.
Bukan sekadar Allah turun ke langit dunia, Allah mencari hamba Nya yang bangun malam dan berdoa kepada Nya untuk dikabulkan doa itu. Allah juga mencari hambanya yang memohon ampun kepada Nya untuk diampunkan.
Ia berlaku setiap malam.
Namun, hanya disepertiga akhir malam yang tersisa.
Namun, berapa ramai diantara kita yang mahu merebut peluang ini.
Dahulu, saya termasuk ke dalam golongan yang 'tidak' mampu untuk bangun malam.
Selepas mengetahui kelebihan ini, sekali lagi. Emosi saya tersentuh.
Allah sebenarnya mahu membuka ruang yang luas kepada kita untuk berdoa kepada Nya. Dan Allah senantiasa mencari cari hamba Nya yang mahu berdoa memohon sesuatu kepada Nya. Dia mahu mengkabulkannya. Dia mahu mencari hamba Nya yang mahu bertaubat kepada Nya. Dia mahu ampunkan.
Tetapi, kita sering 'mengambil' mudah hal ini.
Selepas mengetahui dua hadis ini daripada Prof, emosi saya meronta ronta.
Saya tak boleh melepaskan peluang untuk melakukan Qiamullail. Saya perlu bangun setiap malam untuk berdoa kepada Allah. Saya perlu memohon ampun kepada Nya setiap hari. Mudah mudahan, jika saya mati keesokannya harinya. Mudah mudahan saya sudah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.
Saya berharap agar saya mati dalam keadaan bersih dan 'bertemu' dengan Allah dalam keadaan Allah mahu bertemu dengan saya.
Dua hadis ini mengubah hidup saya. Saya bersyukur kepada Allah yang memberi hidayah kepada saya.
Mahal sungguh 'hidayah' Allah ini. Bukan semua orang menerimanya. Hanya insan insan yang Allah pilih sahaja yang mendapatnya. Dan saya bersyukur kerana Allah 'memilih' saya buat masa ini. Semoga saya dapat kekalkan ibadah ini hinggalah saya dijemput untuk bertemu dengan Nya.
Kekuatan TAHU dan MAHU akan mencetus MAMPU
Bagi saya, amat penting untuk kita mengeTAHUi mengapa kita perlu melakukan Qiamullail setiap malam. Selepas mengetahuinya, kita akan tersedar. Emosi kita akan tersentuh dan kita akan MAHU untuk melakukannya. Dan insya Allah. Ia akan melahirkan MAMPU. Kita hanya akan MAMPU untuk melakukannya secara istiqamah jika kita betul betul MAHU melakukannya.
Sedikit perkongsian pengalaman daripada saya
Apabila anda mahu melakukannya, pada awal pagi. Semasa loceng anda berbunyi. Anda akan terasa begitu 'malas' untuk bangun.
Anda akan terdengar 'suara budak kecil' dalam diri anda yang mengatakan.
"Tak palah. Tak yahlah. Lima minit lagi. Nantilah. Tidur sikit lagi lah." Allah Allah. Bermacam macam bermain difikiran kita semasa hendak mula melakukannya.
Namun, saya bersyukur. Tahap keMAHUan saya tinggi. Dan saya berjaya menenggelamkan 'suara budak kecil' itu. Saya sudah halau suara budak kecil itu dari hidup saya.
Alhamdulillah. Sekarang saya lebih mudah untuk bangun.
Insya Allah. Dalam entri selepas ini. Saya akan berkongsi dengan para pembaca bagaimana saya melakukannya dengan lebih detail. Solat apa yang saya lakukan dan doa apa yang saya baca.
Semoga, sedikit cerita saya ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk berebut rebut untuk melakukan amal ibadah sebanyak mungkin kepada Nya.
Semoga kita menjadi insan yang terpilih dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.
Saya merayu kepada para pembaca. Ayuh. Marilah kita semua melakukannya semata mata kerana Allah. Kita tiada pilihan.
Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai pemangkin dalam diri kita untuk memulakannya. Lebih mudah untuk memulakan Qiamullail pada bulan Ramadhan.
Ini kerana pada bulan ini, anda hanya akan mendengar 'suara budak kecil' dalam diri anda yang menghalang anda untuk melakukannya. Tapi, pada bulan bulan lain. "Suara budak kecil" ini akan lebih kuat kerana syaitan turut bersama Nya.
Dengarlah apa yang saya katakan ini,
Saya sudah melaluinya. Saya sudah paksa diri saya untuk MAHU melakukannya. Dan dari keterpaksaan itulah, saya akhirnya mencetus MAMPU melakukannya.
Saya mahu anda juga begitu. Ayuhlah. Kita sama sama berlumba lumba untuk memasuki syurga Allah tanpa dihisab. Amin
Wassalam.
Sila layari kisah selanjutnya di sini:
Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 2
Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button LIKE di bawah dan SHARE entry ini. Mudah-mudahan ia menjadi pencen kubur untuk kita semua. Amin.
------------------------------------------------------------------------------------------------

"Lakukanlah Qiamullail walau TERPAKSA.
Bangunlah malam untuk bersolat walau TERPAKSA.
Mohonlah keampuanan Allah diwaktu malam walau TERPAKSA.
Kerana sesuatu kebaikan itu kadangkala sifatnya TERPAKSA.
Dan keterpaksaan itu, perlahan lahan akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hati kita akan menjadi ikhlas kerana Nya"
Saya mahu anda juga begitu. Ayuhlah. Kita sama sama berlumba lumba untuk memasuki syurga Allah tanpa dihisab. Amin
Wassalam.
Sila layari kisah selanjutnya di sini:
Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 2
Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button LIKE di bawah dan SHARE entry ini. Mudah-mudahan ia menjadi pencen kubur untuk kita semua. Amin.
------------------------------------------------------------------------------------------------
EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!
DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!!
Rahsia Maria Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja.
Kini Maria Menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah. Semoga bermanfaat...
Assalamu'alaikum,
ReplyDeletePerkongsian yg sangat baik dan bermanfaat dari seorang 'anak murid' Prof. Teruskan menulis selagi ada bahan yg tuan fikir boleh mencuit hati pembaca terutama orang seperti saya- yg sentiasa mencari KEKUATAN.
Semoga bahan yg tuan tulis menjadi saham akhirat yg sangat berharga, insyaAllah.
Assalam,
ReplyDeleteSemuga dalam kasih sayang Allah.
Terima kasih berkongsi ilmu yang berharga dengan kami semua.
Semuga dengan izin Allah kita istiqamah dalam melakukan qiamulai.
Jazakaullah
assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya terkesan dengan tulisan saudara.
I/Allah saya juga ingin mengubah tahu + mahu menjadi mampu.
Alhmdulillah Allah menggerakkan hati saya untuk melayari blog saudara setelah diberitahu oleh seorang rakan, yg sama-sama menunaikan haji tahun lepas bersama ZAhafiz. Saya masih igt wajah saudara suami isteri.Melalui blog ini,sy dpt tahu kita berkongsi idola yg sama..Prof Kamil dan isteri.Smg saudara terus diberi hidayah untuk terus menulis
Kepada para pembaca, terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan anda di blog ini.
ReplyDeleteCuma, kalau boleh lain kali tulislah nickname. Memudahhkan saya untuk membalas komen anda.
Kepada abang/akak yang pergi menunaikan haji bersama saya tahun lepas, semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus beribadah.
Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Wassalam
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAkak ingin bertanya, pukul berapakah yg paling sesuai utk berqiamulai, pkl 3 am atau 4 am.agar kita tidak mengantuk sewaktu bekerja. Ya Allah terasa jahilnya akak, kerana akak jarang sgt melakukannya. Semasa di Tanah Suci thn lps mmg lah sentiasa melakukannya...... Semoga Allah memberi hidayat/kekuatan kpd akak untuk terus beribadat. Terima kasih kerana mengingatkan akak, akak juga nak dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab....
Alhamdulillah, perkongsian yang sungguh betmakna dan tepat sekali masanya. Saya sendiri baru ini mendengar menerusi program Celebrate Mercy (tentang sirah Rasulullah sallalhu alihi wa alihi wa sallam di Mekah) tersentap mendengarkan bahawa umat Islam terawal di Mkeah diwajibkan solat malam setiap malam. Sehinggalah peristiwa Isra Mikraj, di mana kita menerima perintah solat 5 waktu, barulah Allah meringankan perintah itu kepada hanya kalau kita boleh. Untuk Rasulullah, baginda masih mengerjakannya setiap malam. Maknanya umat Islam terdahulu dan para sahabat sekalian menjadi insan yang hebat, salah satu faktornya mestilah kerana solat malam ini. Dan siapakah kita untuk meninggalkannya, lebih-lebih lagi kita tidak merasa tarbiyah Rasulullah salllahu alaihi wa alihi wa sallam?
ReplyDeleteBtw, Firdaus kenal arwah Dr Azim? Pemergiannya sungguh mengejutkan, namun ramai yang menghadiri solat jenazahnya. Insan yang sungguh istimewa.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKak Beejaana,
Saya sendiri tak tahu pukul berapa yang terbaik untuk kita bangun.
Prof Kamil bangun jam 2.30 pagi SETIAP HARI. Ya. Setiap hari. Dan dia tak mengantuk pulak di siang hari masa kerja.
Saya pula hanya mampu bangun jam 4.30 pagi. Itu sahaja yang saya mampu lakukan. Insya Allah.
10 malam terakhir Ramadhan ni saya azam untuk bangun jam 3.00 pagi. Mencari Lailatul Qadar.
Bagi mengelak mengantuk, banyak berdoa kepada Allah semasa melakukan Qiamullail utk bagi kesegaran dlm kesihatan kita di esok hari.
Dan kalau ikut sunnah. Bagus tidur sekejap dalam 15 minit sebelum Zuhur. 15 minit tidur sebelum zuhur bersamaan tidur 2 jam pada waktu lain.
Saya tak pandai nak bagi nasihat. Sebabnya, sekarang ni saya sendiri pun masih tercari cari rentak untuk menjadi hamba Allah yang diredhai. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki diri ini.
To Mama Ponkey,
Saya kenal Dr Azim. Pernah tidur dirumahnya ketika di Belfast. Dan pernah bertemu lagi dengan beliau di Jordan.
Allah lebih menyayangi beliau. Semoga beliau dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.
Wassalam
pada mulanya mmg begitu sukar. saya hanya melakukannya dahulu semasa saya di sek men. itu pun jarang2. sesudah berkahwin terus saya meninggalkannya. setelah bercerai untuk menenangkan hati saya, saya bersolat malam semula. tetapi tidak beristiqamah. hanya bila tidak dapat tidur dan apabila sy mengadu pd ayah saya... beliau berkata senang saja...solatlah jika x boleh tidur. tetapi apabila saya ditimpa musibah yang teramat dahsyat dimana Allah mengambil semua milik saya dan menghinakan dan mengaibkan saya ... barulah saya tersedar yang saya perlukan hanyalah Allah. Ya Allah aku sangat berterimakasih diatas musibahMu. Jika terlepas solat tu 1 malam betapa seharian aku resah. ada satu buku yang saya baca tertulis
ReplyDeleteImam Fudhail ibn 'Iyadh berkata
"Telah disampaikan kepadku, bahawa Allah berkata ketika datangnya waktu malam: Dimanakah manusia yang mendakwa mencintaiKu pada waktu siang? Adakah seorang kekasih tidak suka bersunyi-sunyian dengan kekasihnya? Maka sekarang ini, Aku meninjau2 kekasihKu yang hadir bercakap-cakap denganKu dengan penyaksiannya, esok Aku akan menggembirakan diri mereka di dalam syurgaKu"
Kata2 inilah yang memotivasikan diri saya agar terus bangun setiap malam kerana janji Allah itu benar. Sekiranya Ya Allah aku mendapat cintaMu walau sebesar zarah sekali pun aku amat bersyukur. Tetapi aku tahu yang untuk mendapt cintaMu terlalu banyak ujian yang begitu menyesakkan dadaku namun aku amat bersyukur atas rahmatMu Ya Allah.
Apabila diri terasa tidak berdaya untuk bangun maka sy teringat kata2 ini;
ReplyDeleteImam Fudhaail ibn 'Iyadh berkata;
Telah disampaikan kepadaku, bahawa Allah berkata ketika datangnya waktu malam: Di manakah orang yang mendakwa mencintaiKu pada waktu siang?Adakah seorang kekasih tidak suka bersunyi-sunyian dengan kekasihnya? Maka sekarang ini, Aku meninjau-ninjaukekasihKu yang hadir bercakap-cakap denganKu dan berbicara denganKu dengan penyaksiannya, esok Aku akan menggembirakan diri mereka di dalam syurgaKu.
Y a Allah... janjimu adalah benar.
Terima kasih bnyak2 . . Susah untuk qiamulail di sekolah , tp entri nie beri semangat baru .
ReplyDeleteAllahu Allah. terkesan sungguh di hati saya. sedikit perkongsian. saya juga seorang yang 'tidak' mampu untuk bangun malam. tapi, setelah melalui beberapa fasa. alhamdulillah .. Dia sentiasa memilih saya untuk berdua-duaan dengan-NYA pada waktu malam. sedangkan saya ini sudah banyak melakukan dosa tapi Dia masih juga memilih saya untuk berbual dengan-NYA ;-(
ReplyDeleteSalam. Terima kasih kerana bukan sahaja memberitahu kosong tentang qiamullai. Malah tuan juga memberi isi yang padat untuk pembaca. Saya berumur 21 tapi ingin sangat merasa kemanisan dalam berqiamulai. Semoga Allah memakbulkan doa tuan. Amin ya rabbal alamin.
ReplyDelete