Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Tips # 1 sudah mencapai 30 Likes. Seperti dijanjikan, hari ini, saya akan kongsikan dengan anda Tips 2 yang saya pelajar dari Seminar Rahsia Hidup Luar Biasa Dr Azizan Osman di Sunway Carnival baru baru ini.
Apa yang membezakan orang yang hidup biasa biasa dan hidup luar biasa adalah KUASA TINDAKAN PANTAS.
Dalam bahasa mudahnya, "FAST ACTION FAST RESULT. TERHEGEH-HEGEH ACTION, TERHEGEH-HEGEH RESULT".
Lagi pantas kita bertindak, lagi cepat untuk kita hidup luar biasa. Lagi cepat untuk kita berjaya.
Terus terang saya katakan, saya sukakan kepantasan. Saya tak suka 'terhegeh-hegeh'. Benda ini perlu dilatih sejak kita dari kecil lagi.
Soalan Dari Afdlin Shauki
Masa di dalam program itu, terdapat penceramah jemputan iaitu saudara Afdlin Shauki. Pelakon, pengarah, penerbit dan selebriti terkenal.
Saya bukan peminat beliau pun. Tetapi, apa yang beliau sampaikan agak mengujakan saya walaupun tak sehebat ceramah dari Dr Azizan Osman sendiri.
Afdlin Shauki secara tiba tiba memanggil.
"Boleh tak saya nak panggil 3 orang naik ke pentas dengan pantas"
Di hadapan saya ada ramai orang. Tetapi, sebab saya rasa ada sesuatu yang akan berlaku pada diri saya kalau saya lari naik ke atas pentas, saya terus berlari naik. Di hadapan saya, ada lebih kurang 4-5 barisan orang lagi.
Alhamdulillah, saya orang yang kedua naik ke atas pentas. Orang pertama naik adalah kakak yang duduk di barisan kedua. Orang yang ketiga naik adalah kakak yang berlari jauh dari belakang ke hadapan. Dan dia sempat.
Ramai yang duduk di hadapan 'tidak berani untuk naik ke atas pentas'.
Atas pentas, saya cuak. "Apalah soalan aku nak kena tanya ni. Mati aku kalau salah jawab. Ramai orang dok tengok ni."
Saya sempat bersalam dengan Afdlin. Tiba-tiba Afdlin mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya. 3 keping duit.
Beliau bertanya, "Siapa yang naik dulu atas pentas tadi?"
Kakak yang duduk di barisan hadapan menjawab, "Saya".
Afdlin kemudian memberi hadiah kepada kami bertiga.
"Ni hadiah dari saya sebab kak pantas. Ni hadiah untuk orang nombor dua pantas. Dan ini hadiah untuk orang nombor 3 pantas."
Afdlin memberi hadiah RM100, RM10 dan RM1 kepada kami bertiga mengikut kepantasan kami menaiki pentas.
Kemudian, beliau menyuruh kami semua menunjukkan kepada para hadirin hadiah yang kami dapat. Kakak yang pantas, menunjukkan dengan bangga RM100. Saya pun macam excited aja tunjuk RM10. Dan kakak yang dapat RM1 macam malu malu nak tunjuk. TAPI, ada 3000 orang lain dalam dewan yang hanya boleh tengok sahaja kami mendapat sesuatu.
Ok.. Bukan isu duit yang ingin saya ceritakan di sini. Bukan masalah kakak tu dapat RM100, saya dapat RM10 nak dibanggakan.
Seperti kata Afdlin, bukan nilai duit yang dia nak tekankan. Cuma apa yang beliau katakan selepas itu, memberi 'tamparan' kepada saya dan para hadirin.
"Dalam hidup, Allah memberi peluang kepada kita. Kalau kita ambil peluang dengan pantas, kita akan lebih cepat berjaya. Kalau kita tak mahu ambil peluang itu, akan ada orang lain yang ambilnya dan mereka yang berjaya."
Fuhhhhh.....
"Dan saya nak share lagi satu benda. Di mana anda sekarang, berapa usia anda sekarang tak menentukan anda akan berjaya atau tidak. Tapi, berjaya atau tidak anda disebabkan kepantasan kuasa tindakan anda. Saya nak bagi contoh, hari ini. Ramai yang duduk di hadapan pentas. Mereka lebih rapat dan dekat dengan pentas berbanding mereka yang naik ke atas pentas tadi."
"Sebagai contoh, kakak yang naik ke pentas nombor 3 tadi. Berlari dari tepi dewan untuk naik. Dan dia sempat naik. Berapa ramai yang duduk di hadapan pentas ni, tak berani nak bangun. Terhegeh-hegeh nak naik pentas. Dan akhirnya peluang tu dah pun diambil orang lain"
Anda faham tak apa yang cuba disampaikan oleh Afdlin?
Saya teramat faham. Dan Alhamdulillah, saya 'tersedar'. Selama ini, saya banyak berjaya kerana saya pantas. Saya bijak mengambil peluang. Saya nampak peluang, terus saya rebut. Saya tak tunggu sehingga orang lain dapat peluang itu.
Kadang kadang, peluang itu 'lintas' depan kita sekali sahaja. Tapi, kalau kita tak 'grab'. Pasti dan pasti akan ada orang lain yang akan ambil peluang tu. Dan kita, hanya mampu untuk menjadi pemerhati bebas melihat kejayaan orang lain.
Allahuakbar.
Perkara yang sama saya lihat dalam business yang sedang Maria jalankan. Setiap kali Maria post ada tak sesiapa yang nak belajar macam mana nak buat bisnes online, Maria nak tolong ajar secara percuma. Tak ramai yang ambil peluang itu. Mereka memerhatikan sahaja.
For me. It's ok. Not a big problem pun. Maria berhenti kerja dahulu pun gaji beliau memang dah besar. Dan sekarang, Alhamdulillah, after berhenti kerja. Maria bergerak semakin pantas. Makin banyak peluang yang Maria boleh 'ambil'.
Income yang dia peroleh sekarang dah hampir sama dengan gaji dia masa berhenti dahulu. Dan saya yang bertindak sebagai mentor Maria sedang buat projection untuk income Maria double dari sekarang pada hujung tahun ini. Insya Allah.
Ada yang perhati, ada juga pembaca yang ambil peluang. Dua-tiga bulan lepas, ada dua orang pembaca blog yang PM Maria, mohon Maria ajar macam mana cara buat bisnes. Tapi, yang specialnya, kedua dua akak ni apat sentuhan khas daripada saya.
Saya bagi 'tazkirah' kepada mereka berdua Rahsia Hidup Luar Biasa hampir dua jam. Mereka tergamam mendengar apa yang saya sampaikan. Mereka baru 'tersedar' kesilapan yang telah mereka lakukan sebelum ini.
Lepas tu, baru senang saya nak bimbing yang seterusnya. Sebabnya, ramai orang dah biasa hidup biasa-biasa. Bukan senang saya nak 'tune' otak dia untuk hidup luar biasa.
Selepas itu, saya biarkan Maria berkongsi macam mana dia jalankan bisnes secara online dengan kedua-dua kakak ni. Sekitar 1 jam lebih. Alhamdulillah, kedua-dua kakak ni bersemangat untuk memulakan perniagaan ini.
Alhamdulillah, seorang kakak ini sedang berkembang perniagaannya. Dan seorang lagi kakak ni, bulan ni dah pun mendapat income 4 angka. Yes. Only after two months. Dah pun dapat income 4 angka. Yang mana, awal bulan ni akak ni macam tak confident aja boleh dapat 4 angka.
Alhamdulillah, dengan kesungguhan beliau dan teknik, strategy dan sistem yang betul. Yang impossible dah jadi possible even sebelum ni akak tu tak pernah buat bisnes pun.
Amcam? Sekarang dapat tak anda perhatikan.... Apa beza orang yang berjaya dan orang yang kurang berjaya....
Orang yang berjaya, mereka mengambil peluang dengan pantas. Mereka mencari mentor yang betul untuk membimbing mereka. Mereka menggunakan strategi dan sistem yang betul. Akhirnya, mereka terpaksa berjaya.
Ada pula orang lain yang saya dengar, suka memberi alasan.
Saya amat rekemen anda untuk pergi program Dr Azizan Osman. Sebab saya banyak berubah dari situ. In fact, buku MOTIVASI RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG pun terhasil selepas saya mengikuti kelas Dr Azizan Osman.
Tapi, ada juga orang yang kata buat apa pergi kelas Dr Azizan Osman. Ramai orang, kena berebutlah dengan orang lain. Duduk atas lantai lah. Macam macam lagi alasan yang diberikan. Mereka tak mahu berubah. Mereka tak mahu mengambil peluang. Mereka biarkan peluang itu diambil orang lain. Akhirnya, orang lain berjaya mereka masih di tahap yang sama.
Maria juga ada beritahu saya, ada beberapa pembaca blog yang contact dan beritahu husband mereka tak bagi buat bisnes. Hmmmm.... Ini lagi satu masalah. Kalaulah dah kaya sangat tak bagi isteri buat bisnes, tak per lah jugak. Kalau lah sebulan dah bagi isteri RM5000 tak bagi isteri nak buat bisnes tak per lah jugak. Ini TAKKKKKKK....
Tak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Tak mahu memberi peluang untuk memajukan diri. Suka hidup biasa-biasa. Tak mahu hidup luar biasa.
Allah.. Kehidupan adalah satu pilihan. Kita pilih nak bergerak pantas atau bergerak perlahan. Kita pilih nak laju atau nak terhegeh-hegeh.
Sedar tak sedar, tindakan kita hari ini akan menentukan di mana kita 5 tahun akan datang. Semoga Allah memberkati dan memudahkan urusan kita.
Harap-harap, anda tak tersentap yer dengan entri hari ini. Sebab entri ini hanya untuk mereka yang mahu bergerak pantas. Kalau anda tersentap tu, maksudnya anda perlu buat sesuatu untuk bergerak lebih pantas.
Kalau sebelum ni, merangkak. Kena belajar berjalan. Kalau sekarang berjalan, kena belajar berlari.
Lagi pantas anda bertindak dengan cara yang betul. Lagi cepat untuk anda berjaya.
Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.
Anda nak lagi tips seterusnya, apa yang saya belajar dari kelas Dr Azizan Osman semalam. Sila LIKE entri ini. Apabila cukup 35 LIKE. Saya akan tulis tips ketiga untuk rahsia hidup luar biasa.
Wassalam.
awesome!
ReplyDeletetima kasih tuan haji.. :)
Saya orang ke 35 yang like, so Firdaus dah boleh tulis Rahsia ke 3... Saya pun akan tulis blog saya untuk kongsi Rahsia Hidup Luar Biasa berdasarkan pengalaman menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa DAO yg terakhir di JB semalam 30 Jun 2013. Terima kasih.
ReplyDelete