Assalamualaikum,
Kepada para pembaca blog Maria Firdaus, saya doakan Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat anda semua.
Saya sentiasa mendoakan agar Allah memberikan yang terbaik dalam hidup anda, di dunia dan di akhirat.
Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu kisah. Kisah yang saya pernah dengar selama ini, tetapi hari ini saya terjumpa sekali lagi kisah ini di Facebook.
Saya lantas mencari info mengenai kisah ini dan saya rasa, saya nak sangat berkongsi dengan anda semua "Di Sebalik Kisah Kejayaan Ronaldo Yang Ramai Orang Tak Tahu"
Ronaldo
Buat anda yang tidak tahu, even saya rasa ramai yang kenal mamat hensem ni. Beliau adalah Cristiano Ronaldo.
Bekas pemain Manchester United, dan sekarang bermain untuk Real Madrid dan Portugal. Seorang pemain yang sangat hebat dan merupakan penjaring gol terbanyak di La Liga, Sepanyol bersama Real Madrid. Mempunyai komitmen yang sangat tinggi ketika berada di atas padang.
Namun, saya yakin. Ramai yang tidak tahu bagaimana Ronaldo bermula sebagai pemain terhebat pada hari ini.
Suatu Ketika Dahulu
Suatu ketika dahulu, ketika Ronaldo masih bermain di sebuah kelab biasa. Mereka di datangi oleh Kelab Sporting Lisbon. Wakil kelab itu mahu menyaksikan sebuah perlawanan bola sepak yang ditandingi oleh kelab yang diwakili oleh Ronaldo.
Mereka mahu mencari pemain yang boleh diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon. Sebuah kelab yang sangat hebat di Portugal.
Syaratnya mudah sahaja. Mana mana pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam perlawanan itu, akan diserap masuk ke Kelab Remaja Sporting Lisbon.
Semasa perlawanan sedang berlangsung, Ronaldo menjaringkan gol pertama. Kemudian, sahabat baik beliau Albert Fantrau menjaringkan gol kedua.
Di penghujung perlawanan, Albert Fantrau berhadapan situasi satu sama satu dengan penjaga gol. Beliau berjaya menggelecek dan melepasi penjaga gol. Pada waktu itu, Ronaldo turut berlari dan berada di hadapan pintu gol.
Pada waktu itu, Albert Fantrau hanya perlu menolak masuk ke dalam gawang gol. Tetapi, beliau tidak mahu berbuat demikian.
Sebaliknya, beliau menolak bola tersebut kepada Ronaldo dan Ronaldo menjaringkan gol tersebut.
Apa yang berlaku itu menyebabkan ramai orang terfikir kenapa Albert tidak terus menjaringkan gol tersebut.
Selepas perlawanan, Ronaldo bertanya kepada Albert. "Kenapa kamu tidak menjaringkan gol itu sendiri? Kenapa perlu kamu pass bola itu kepada saya?"
Albert menjawab, "Saya tahu, kamu lebih baik daripada saya."
Selepas itu, Ronaldo diterima masuk ke Youth Club untuk Sporting Lisbon dan mula mencipta nama sehingga dipancing masuk ke kelab Manchester United.
Selepas itu, sahabat Ronaldo iaitu Albert langsung tidak mempunyai pekerjaan.
Selang beberapa tahun, ada beberapa wartawan yang menjejaki Albert di rumahnya. Mereka terkejut melihat kemewahan rumah dan kereta yang dimilik oleh Albert.
Apabila mereka bertanya, "Macam mana kamu boleh menjadi kaya sedangkan kamu tidak berkerja?"
Albert menjawab, "Semua ini daripada Ronaldo."
Allah Allah.... Saya pernah dengar kisah ini. Tapi, ingatkan orang saja buat cerita. Rupa rupanya, ia cerita benar.
Saya kagum dengan mereka berdua.
1. Saya kagum dengan Albert. Sebab beliau lebih mengetahui kelebihan Ronaldo. Dan beliau sendiri merasakan Ronaldo lebih layak untuk ke kelab Sporting Lisbon berbanding beliau. Beliau boleh pilih untuk jaringkan gol tersebut sendiri. Tapi, beliau memilih untuk sentiasa 'memberi yang terbaik' kepada mereka yang lebih layak.
2. Saya juga sangat sangat kagum dengan Ronaldo. Beliau sangat mengingati jasa Albert. Beliau sedar, dari situlah beliau bermula. Kerana tanpa bantuan Albert, mungkin Ronaldo tidak menjadi seperti mana beliau sekarang.
Beliau sedar, kekayaan yang beliau kecapi selama ini adalah hasil 'bantuan kecil' dari Albert. Dan beliau tidak pernah lupa 'sahabat' beliau itu.
Anda saksikan sendiri, Ronaldo selalu meraikan kejayaan beliau dengan Albert. Insan yang banyak membantu beliau. Semuanya bermula dengan sikap tidak mementingkan diri sendiri yang ada pada Albert.
Antara profil Critiano Ronaldo. Saya sangat kagum. Walaupun beliau seorang yang beragama Kristian, tetapi ada beberapa akhlak beliau yang bagi saya wajar kita contohi. Antaranya, beliau tidak minum arak. Ayah beliau meninggal dunia akibat penyakit daripada meminum minuman keras.
Ronaldo juga tidak men'tatoo'kan badan beliau. Ini kerana beliau akan buat 'Blood Donation' 2 kali setiap tahun.
Selain itu, beliau turut menjual kasut emasnya yang berharga Euro 1.5 million dollar kepada penduduk Islam di Gaza. Allahuakbar. Malu rasanya, kita yang beragama Islam ni. Dah berapa 'hinggit' yang kita dah derma untuk saudara kita di sana.
Sumbangan 'kecil' buat warga Palestin.
Selain itu, ada seorang ibu kepada kanak kanak yang miskin memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos pembedahan anaknya yang berusia 10 bulan itu. Ibu tersebut menghubungi Ronaldo dan meminta kasut bola dan jersey yang ditandatangi Ronaldo untuk dijual bagi menanggung kos tersebut.
Apa yang mengejutkan ibu tersebut, mereka bukan saja mendapat kasut dan baju. Tetapi mereka mendapat cek sebanyak Euro 83,000. Tak cukup dengan itu, Ronaldo turut menanggung semua kos perubatan anak tersebut di hospital berkenaan.
Gambar kanak kanak bertuah tersebut.
Ronaldo - Respect
Saya tahu, ada juga perkara negatif yang saya dengar mengenai Ronaldo. Tapi, lets focus on postive yang beliau lakukan.
Sebab, bagi saya beliau seolah olah faham. "Mengapa dan untuk apa beliau perlu menjadi kaya"
Persoalan ini yang sering kita ummat Islam lupa.
Kita banyak memikirkan diri kita sahaja tanpa kita memikirkan orang lain.
Setiap duit ringgit yang kita dapat, kita hanya fikir apa dan bagaimana harus kita belanjakan. Tanpa kita memikirkan, siapa yang boleh kita bantu dengan rezeki yang kita peroleh.
Adakalanya, Allah 'menghantar' orang yang bukan beragama Islam untuk mendidik kita.
Adakalanya, bila kita sudah berjaya. Kita mudah lupa bagaimana kita bermula. Siapa yang mula mula dahulu yang 'membawa' kita ke arah kejayaan yang kita kecapi.
Kita lupa. Kita ingat, kita berjaya disebabkan usaha kita. Tetapi, kita sering tak ingat. Jasa jasa 'kecil' orang lain yang telah menunjukkan jalan kejayaan kepada kita.
Jika kita sudah 'lupa' kepada orang yang menunjuk jalan kepada kita. Agak agak, adakah kita akan menjadi orang yang mengingati orang lain apabila kita sudah betul betul 'kaya' nanti.
Kepada para pembaca yang saya hormati, saya harap. Kita semua dapat mengambil banyak iktibar daripada kisah ini.
Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat 'menyentuh' hati kita. Untuk kita lebih banyak berfikir untuk memberi. Mudah mudahan. Lebih banyak yang kita akan terima selepas ini.
Saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Sentiasa diberikan yang terbaik oleh Allah.
Wassalam
Master Maria Firdaus
Founder of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia
Jika Anda Rasa Entri Saya Ini Bermanfaat Untuk Anda, Mohon Anda Tekan LIKE Button Di Bawah Ini. Semoga Ia Dapat Memberi Inspirasi Kepada Lebih Ramai Orang Untuk Berbuat Baik Dengan Orang Lain.
Dapatkan 'Hadiah' Kecil Dari Saya Buat Anda. Rahsia Bagaimana Isteri Saya Terpaksa Berhenti Kerja Selepas Menjalankan Bisnes. Ia 100% Percuma Untuk Anda. Sila Download Percuma Di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria
Ia setebal 161 muka surat. Kisah motivasi penuh inspirasi. Insya Allah. Banyak yang akan anda belajar di situ nanti. Ebook ini sudah dibaca oleh lebih 15,000 pembaca sejak dilancarkan.
Feel Free To LIKE This Entry
COMMENTS