Sambungan daripada entri sebelum ini.
Assalamualaikum,
Setelah puas berkelana di bumi Allah yang bernama USA, akhirnya tibalah masa untuk kami berangkat pulang.
Syukur, terlalu banyak pengalaman baru dalam hidup yang dapat saya pelajari sepanjang berada di bumi USA.
So.. Jom kita ikuti perjalanan pulang kami dari USA ke Malaysia. Bumi yang tercinta. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Wah !!! Patriotik gitu...
Di US, mereka sangat menitik beratkan penjagaan alam sekitar. Barang-barang yang boleh dikitar semula akan dikitar semula. Lihat tong sampah ini, diasingkan mengikut barang yang hendak di buang.
Kami semua bersiap sedia untuk berangkat. Kalau anda perhatikan, semua beg kami dah dibungkus dengan plastik. Ini tips simple yang sangat mahal untuk anda. Beli la wrapper plastik ni di super market. Ia sangat murah. 1 gulung RM12 sahaja. Boleh balut 6 beg - 8 beg besar. Kelebihannya, beg tak bercalar, beg tak terbuka, beg senang nak identify di lapangan terbang nanti.
Ini baru sebahagian dari beg kami.
Bersiap sedia untuk naik bas buat kali terakhir. Bas ini akan menuju ke San Francisco International Airport.
SAN FRANCISCO INTERNATIONAL AIRPORT
Kami mula tiba di airport.
Setiap seorang boleh bawa 2 beg seberat 23 kg each. So, kami berlima dah ada 10 beg. Ini tak termasuk hand luggage lagi. Beg laptop lain, beg hand luggage lain. So, memang huru-hara jugak la kami di sana.
Bersama otai otai bisnes yang dah lama berkecimpung dalam Shaklee. Uncle yang kiri tu dah berpuluh tahun join Shaklee and still stay strong. Yang tengah muda tu, nampak ajer muda. Umur dah 40 lebih. Sudah 20 tahun join Shaklee. Dulu merupakan seorang Doktor. Tapi sekarang fokus 100% dengan Shaklee.
Yang sebelah kanan tu, wakil dari ayah beliau yang dah 20 tahun buat bisnes Shaklee. Dah boring dapat melawat USA. Sebab setiap 2 tahun Shaklee akan bawa ke US. Mereka dapat 4 tiket free ke sana. Tapi semua ahli keluarga dah boring nak ke US. So, hanya dia seorang yang pergi kali ni. Lagi 3 tiket tu tak guna. Perghh....
Yang sebelah kanan tu, wakil dari ayah beliau yang dah 20 tahun buat bisnes Shaklee. Dah boring dapat melawat USA. Sebab setiap 2 tahun Shaklee akan bawa ke US. Mereka dapat 4 tiket free ke sana. Tapi semua ahli keluarga dah boring nak ke US. So, hanya dia seorang yang pergi kali ni. Lagi 3 tiket tu tak guna. Perghh....
Senarai kapal terbang yang akan berlepas dan yang akan tiba di San Francisco Airport.
Still in the queue. Barisan sangat panjang sebab system down pada hari tu.
Staff perlu proses check-in secara manual. So terpaksalah semua beratur lagi..
Saya Whatsapp dulu. Nak bagi tahu orang di Malaysia yang kami dah nak balik
Time to Check In.
Di US, setiap kali kami berada di airport. Akan ada seorang pembantu yang akan tolong untuk tolak mak. Mereka tak bagi kami tolak sebab ada jalan special untuk wheelchair.
Masa untuk boarding.
Kapal terbang Boeing 747. Sangat besar dan sangat selesa.
Satu masalah dengan flight yang keluar dari US adalah, tempat duduk akan diberikan secara random. Mereka memang tak bagi satu family duduk sekali dalam kapal terbang. Aduh.. Betul betul menyusahkan kami. Terpaksalah kami tukar suka sama suka dalam kapal terbang.
Syukur Alhamdulillah, ada orang yang nak tukar seat. So akhirnya kami dapat duduk sekali.
Selamat tinggal USA. See you again in next 2 years.
Kapal terbang dah pun berlepas. Bila kapal terbang bergerak saja, apa lagi, saya terus tidur.
Jamuan makan malam untuk kami. Masa jamu makan ni pun, saya dah tak sedar. Makan sambil 'tidur'. Memang ngantuk giller.
Bila saya sedar balik. Alhamdulillah, dah 8 jam kami terbang. Best nya. At least, tinggal lagi 4 jam saja saya nak berjaga dalam kapal terbang sebelum kami transit di Taipei.
Hampir sampai di Taipie. Alhamdulillah. Kami bersolat Subuh di atas kapal terbang. Tahukah anda, kami bertolak dari USA jam 1.50 pagi hari Jumaat. Tetapi, kami tiba di Taipei jam 7 pagi hari Sabtu. Hari Jumaat selebihnya telah 'hilang' disebabkan kami melalui zon sempadan waktu antarabangsa.
Kami antara yang terakhir keluar sebab nak bawa mak guna Wheelchair.
TAIPEI INTERNATIONAL AIRPORT
Di sini, kami kena tukar Terminal lain. So, naik train yang disediakan di airport ini.
Kami di dalam train. Maaf quality gambar kurang memuaskan sebab bateri camera dah habis. So guna camera handphone saja dengan lighting yang sangat terhad.
Di sini, kami perlu cari Boarding Pass untuk next flight dari Taipei ke KLIA pulak.
Pandai pandai la cari boarding pass sendiri yer...
Tara... Jumpa boarding pass kami.
Dah jumpa, boleh terus pergi ke gate. Bersiap sedia untuk menanti flight ke KLIA. Waktu menunggu di sini adalah 2 jam.
Maria sempat lagi nak pusing-pusing kedai di airport. Tax free la katakan.
Dah jumpa kereta ni, terpaksalah beli untuk anak anak. Kereta control Cars. RM60 satu. Sangat murah. So, beli lah 2.
Queue lagi untuk masuk kapal terbang.
Ini kapal terbang China Airlines
"Ladies and gentleman, please fasten your seat belt. The aircraft is ready to take off. Cabin crew, please be seated."
Selamat tinggal Taiwan....
Pemandangan di Taiwan dari atas. Untuk makluman anda, Taiwan adalah sebuah pulau.
Makanan untuk kami pada pagi itu. MO tu maksudnya MOSLEM food. Shaklee dah order siap-siap makanan halal di atas flight untuk kami.
Maria ambil kentang.
Kali ni agak susah nak tidur atas flight. Sebab hari dah siang. So, berjaga lah sepanjang 5 jam di atas kapal terbang dari Taiwan ke KLIA.
Pemandangan dari atas kapal terbang. Berada di atas awan.
Akhirnya, kami mula nampak pokok pokok sawit. Hehe.. Ini menunjukkan kami dah sampai ke Malaysia. Alhamdulillah.
Safely landed at KLIA.
Seperti biasa, kami mesti yang terakhir turun dari flight ni.
Dah sampai Malaysia, kenalah tolak mak sendiri. Ini bukan USA atau Taiwan. Tak ada orang nak tolakkan mak saya. Haha.. Pandai pandai lah cari jalan yer...
Naik train untuk ke main building.
Di Malaysia, berkerusi roda bukan satu keistimewaan. Pandai pandai lah queue. Bila sampai di tempat Imigresen, ada Kaunter untuk Disabled. Tapi, tak ada orang jaga di situ.
Di sebelah kaunter Disabled, ada Premier Lane. Bila saya tanya staff di kaunter tu, dia cakap saya dan mak saja yang boleh lalu situ. Maria kena beratur ramai-ramai.
Terus saya sound, "Encik, takkan saya dan mak nak ikut sini wife saya nak pergi beratur sana."
Bukan nak komplen sangat pun. But, inilah realiti di Malaysia. Kalau di US, di mana saja kami pergi, satu keluarga diberi keutamaan.
Tunggu untuk ambil beg
Alhamdulillah, safely arrive di rumah Maria di Keramat.
Our boys. Farees and Fateh. Happy ajer Ummi dan Abi dah balik. Abaikan muka Farees, dia memang tak nak senyum depan kamera. Fateh pulak, memang pandai senyum depan kamera.
Alhamdulillah, sejujurnya, kami bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kami.
Syukur dengan peluang yang Allah berikan kepada kami. Bukan ramai yang dapat peluang untuk melancong keluar negara macam ni, secara PERCUMA pulak tu.
Saya doakan agar suatu hari nanti anda juga dapat turut serta bersama kami.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
Wassalam
Master Maria Firdaus
Founder Empayar Maria Firdaus
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia
Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda, mohon anda tekan SHARE button di bawah. Semoga ia memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana. Terima kasih atas sokongan anda.
COMMENTS