By : Kam Maria Abdul Mutalib
Assalamualaikum,
Terima kasih kerana masih sudi melawat blog Mariafirdaus.com.my.
Maria doakan anda semua bahagia dan dirahmati Allah sentiasa.
Haa..best ke best baca tajuk di atas?
Sebenarnya entry kali ini, Maria just nak share kegembiraan Maria bersama para pembaca semua tentang pencapaian terbaru kami di dalam Shaklee.
3C (CASH, CAR, CONVENTION)
Untuk pengetahuan anda, Shaklee menawarkan 3C iaitu CASH Bonus, CAR Bonus dan Free CONVENTION Trip kepada para usahawan Shaklee yang berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Syukur Alhamdulillah, sejak kami mula serius dalam bisnes Shaklee pada awal tahun 2013 lalu, kami dah pun berjaya mendapat ketiga-tiga C yang Shaklee tawarkan.
Kami dah berjaya mencapai CASH Bonus (5 angka setiap bulan), CAR Bonus (4 angka setiap bulan) dan yang terkini, pada 2014 kami berjaya qualify 3 tiket ke USA, 5 star fully sponsored trip by Shaklee.
Jemput baca catatan perjalanan kami ke USA tajaan Shaklee pada August 2014 di sini:
TRAVELOG USA TRIP 2014 (Sila Click)
2014/2015 INTERNATIONAL INCENTIVE TRIP
Cycle lepas kami ke USA.
Untuk cycle March 2014 - Feb 2015 pula, Shaklee menawarkan International Incentives Trip ke ITALY!!
1 tiket ke Italy memerlukan 990 points.
Pada bulan August 2014 lalu, baru separuh cycle, tapi kami dah pun confirm layak dapat 2 TIKET ke Italy!!
Sujud syukur kepada Allah!!
Sekarang ni, ada beberapa bulan lagi untuk kami terus berusaha yang terbaik untuk dapat tiket seterusnya. Tahun lepas kami dapat 3 Tiket, so kami bawa Mak Firdaus.
Kalau tahun ini kalau dapat 4 tiket, Maria cadang nak bawa Mak Firdaus dan Mak Maria juga. Kalau dapat 5 tiket? Ada lah kot rezeki Farees nak join kami.
Fateh tak boleh bawa lagi sebab tahun depan masih tak cukup umur. Syarat kanak-kanak 4 tahun ke atas saja. Kesian Fateh nak kena tinggal lagi.
Sabar yer Fateh sayang, InsyaAllah 2016 nanti kita pergi USA free dengan Shaklee. Amin. :)
Oh yer, yang paling kami seronok, Kak Lang Maria iaitu Kam Haryatie yang juga sangat active berbisnes Shaklee dah pun berjaya qualify 1 tiket ke Italy!!
InsyaAllah sekarang Kak Lang sedang berjuang untuk dapat tiket kedua untuk husband beliau. Semoga Allah mudahkan urusan beliau. Best tau dapat honeymoon free!!
Antara tempat-tempat menarik yang bakal kami lawati di Italy nanti. Tak sabarnyaaa... :)
KENANGAN DI ITALY PADA SEPTEMBER 2002
Sebenarnya, ini akan menjadi kali kedua Maria menjejakkan kaki ke Italy.
Kali pertama adalah pada September 2002. Masa tu Maria baru habis First Year study di University of Sheffield, United Kingdom.
Masa cuti Summer selama 3 bulan, ramai kawan-kawan Maria balik bercuti ke Malaysia (tiket kena beli sendiri yer, MARA tak tanggung kos balik bercuti).
Tapi Maria tak balik ke Malaysia masa tu. Mak dan Abah pun advice tak payah balik sebab baru setahun je duduk di UK.
So Maria ambil peluang untuk stay di Sheffield dan kerja di syarikat kertas (kerja kilang), petik buah strawberry di ladang (buruh kasar..hihi), dan sebagai pembantu data entry di University.
Alhamdulillah, selepas bekerja gigih hampir setiap hari selama 2 bulan (hihi..gigih betul tau!!), akhirnya Maria berjaya kumpul duit belanja untuk pergi bercuti ke Europe.
Maria join "backpacking trip" selama 2 minggu dengan pakej budget yang dianjurkan oleh Malaysia students. Pakej ni dipanggil Kelana Convoy.
Kami konvoi beramai-ramai dengan menaiki bas saja. Dari UK, kami bergerak ke 8 buah negara di Europe (UK, France, Italy, Switzerland, Spain, Belgium, Luxembourg, Monaco) . Memang pakej jimat punya!!
Yelah masa tu kan student lagi. So memang budget sangat tight lah. Kami cuma tidur di khemah atau Youth Hostel yang banyak disediakan di sana. Di Europe memang banyak tempat-tempat perkhemahan disediakan untuk pelancong "backpacking".
Makanan pula kami masak beramai-ramai bersama konvoi. Memang best, happening dan meriah sangat!! :)
Alhamdulillah. Maria sangat bersyukur dan rasa seronok dapat peluang belajar di luar negara. Dapat pula bercuti ke Europe dengan hasil duit bekerja sendiri walaupun masih seorang student.
Ia salah satu nikmat yang sangat besar buat Maria. Sebab Maria tau TAK SEMUA ORANG dapat peluang yang sama macam Maria dahulu kan.
Tetiba terasa nak layan gambar zaman muda-muda dulu. Ini kenangan di Italy. Hehe..Layannzz!!
Kenangan di Venice, Italy pada September 2002 bersama kawan-kawan.
KALI KEDUA KE ITALY!!
Tapi, kali kedua ke Italy ini pastinya dalam keadaan yang sangat berbeza.
Sebabnya, kali ni ia adalah PERCUTIAN 5 BINTANG PERCUMA yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Kami cuma perlu bawa duit shopping saja tau!!
Kami akan tinggal di hotel 5 bintang. Makanan halal 5 bintang juga akan disediakan. Memang best sangat layanan macam yang kami dapat masa Shaklee Trip ke USA dulu.
Masa mula-mula buat bisnes Shaklee ni pada awal 2013, Maria memang tak sangka boleh pergi sejauh ini. Yang Maria tahu masa tu, Maria cuma nak bantu lebih ramai orang menjadi sihat dengan supplement Shaklee.
Pada masa yang sama, kami seronok dapat bantu orang lain sama-sama dapat income secara part time atau fulltime. Terutama para ibu-ibu yang nak sangat jadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan jana pendapatan hanya dari rumah. Sebab itulah push factor Maria untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam Shaklee.
Syukur Alhamdulillah, Allah dah beri kami lebih banyak rezeki dengan pelbagai reward dan penghargaan daripada Shaklee.
Jadi, sebenarnya SESIAPA SAHAJA ada peluang yang sama untuk berjaya dalam Shaklee dan menerima rewards seperti ini. Tak kisah la kita ni berpelajaran tinggi atau tidak.
Yang penting, tulis dan tetapkan matlamat apa yang kita nak capai dalam hidup. Buat perancangan yang rapi. Dan BERTINDAK lah dengan sebaiknya dengan ISTIQOMAH. Usaha yang terbaik dan mohon kepada Allah supaya diberikan kejayaan yang terbaik untuk kita di dunia dan akhirat.
MENGAPA KAMI SUKA TRAVEL?
Maria memang sangat suka travel sejak kecil lagi. Tapi disebabkan tugas Abah yang sangat sibuk, Abah jarang bawa kami sekeluarga berjalan-jalan walaupun pada cuti sekolah.
Sebab itulah, sejak sekolah rendah lagi, kalau ada lawatan sekolah ke mana-mana, mesti Maria nak join. Alhamdulillah masa study di UK banyak sangat tempat Maria dah travel.
Tapi sejak habis study dan mula bekerja, banyak halangan lah pulak untuk bercuti.
Lepas bekerja, kena simpan duit untuk berkahwin. Lepas kahwin, kena simpan duit untuk persediaan kelahiran anak pulak.
Sejak kami kahwin pada 2007, kami hanya ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 2010 dan Haji pada 2011. Memang berpuluh ribu ringgit kami perlu kumpul untuk Umrah dan Haji ini.
Pada kami, Umrah dan Haji adalah first priority sebelum kami spend duit untuk pergi bercuti ke tempat lain. Syukur Alhamdulillah, Allah dah gantikan dengan rezeki yang lebih banyak lepas kami balik dari Haji.
Lepas tu, kami tak pernah lagi bercuti ke luar negara, sehinggalah kami dapat ke USA secara percuma pada Ogos 2014 yang lepas.
Kalau dulu sebelum buat bisnes Shaklee dan sebelum resign, masalah utama juga adalah cuti yang sangat terhad.
Bayangkan sepanjang tahun 2010, Maria perlu simpan Annual Leave untuk Umrah selama 2 minggu.
Tahun 2011 pula, cuti sepanjang tahun jugak digunakan sepenuhnya untuk Haji yang mengambil masa selama hampir 50 hari.
Bukan itu sahaja, sebahagian cuti tahun 2012 juga diambil in advance, dan juga termasuk Unpaid Leave. Yelah, Maria kan kerja swasta. Mana ada peruntukan cuti untuk Haji.
Syukur Alhamdulillah, pada April 2013, Maria berhenti kerja sebagai Engineer dan buat bisnes Shaklee sepenuh masa dari rumah.
Dan pada tahun 2014, barulah Maria berpeluang untuk melancong semula ke luar negara, dan yang paling best, sebab ianya PERCUMA!! Dan tak payah apply Annual Leave juga. Hehe..
Insya Allah, pada November 2014 ni Maria sekeluarga akan pergi bercuti ke JAKARTA, INDONESIA dan pada Disember 2014 kami akan menunaikan UMRAH sekali lagi.
Syukur kerana Allah limpahkan nikmat yang tak terhitung banyaknya kepada kami sekeluarga.
Bagi Maria, kita patut mengembara untuk melihat keindahan alam dan kebesaran Allah. Allah mencipta alam yang sangat cantik ini untuk kita terokai agar ia dapat meningkatkan iman kita kepada Allah.
Allah mencipta kita dalam pelbagai bangsa untuk kita belajar antara satu sama lain. Sejujurnya, banyak yang kami pelajari sepanjang kami belajar dan bercuti di luar negara dahulu.
Itulah yang memberi motivasi kepada kami untuk terus berusaha dan bekerja dengan gigih agar kami mampu melancong ke serata dunia bersama keluarga untuk menghargai keindahan alam ciptaan Allah.
Maria harap, para pembaca semua tolong doakan kejayaan kami seterusnya yang lebih besar yer.
Semoga Allah turut memberikan kejayaan, kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan hidup kepada anda semua. Amin.
Thanks for reading! :)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
Master.. best la baca.. teringat sendiri kenangan bercuti di luar negara... mesti usahakan supaya dapat ke luar negara lagi menikmati indahnya ciptaan Allah Taala :)
ReplyDelete