Assalamualaikum,
Terima kasih kerana sudi melawat blog Mariafirdaus.com.my.
Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah.
Ok, ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini:-
ITALY TRIP - PART 1 : KLIA - DUBAI - MILAN (Sila Click)
21st NOV 2015
Syukur Alhamdulillah, sampai je di Milan pada waktu pagi ni, kami terus di bawa menaiki bas ke Villa Toretta Grand Hotel untuk breakfast.
Syukur Alhamdulillah, sampai je di Milan pada waktu pagi ni, kami terus di bawa menaiki bas ke Villa Toretta Grand Hotel untuk breakfast.
Tourist guide untuk bas kami, Alexis memberi penerangan.
Sekarang ni musim luruh hampir menuju ke musim sejuk, so banyak pokok dah tinggal ranting saja.
Pemandangan dalam perjalanan.
Ok dah sampai ke restoran untuk breakfast.
Negera Italy sangat mengekalkan ciri-ciri antik pada setiap bangunan mereka.
3 beranak.
WELCOME TO ITALY!!
Sampai di restoran, kami disambut oleh President Shaklee Mr Hemant Singh dan diberikan medal.
Seterusnya, masa untuk mengisi perut sebab kejap lagi dah nak berjalan banyak.
Italian Breakfast, wajib ada roti, nutella, croissant.
My choices. Nampak tak atas tu? SHAKLEE CINCH TEA MIX adalah breakfast wajib saya di sini untuk bagi energy kekal hingga ke petang. Juga supplement lain memang tak pernah lupa makan terutamanya Omegaguard, Vitamin C, Garlic, Ostematrix. Untuk kekalkan kesihatan terutama dalam cuaca sejuk dan kering macam ni. InsyaAllah.
Alhamdulillah, semua dah kenyang.
Mak mertua ku yang awesome.
Perut dah kenyang, sekarang masa untuk berjalan-jalan. Yeay!!
Gambar di luar restoran. Scenery kat Italy ni memang tak jauh beza dengan UK. So boleh lah mengimbau kenangan silam kami 12 tahun lalu masa study di UK. Belum berkesempatan lagi nak kembali ke UK lepas grad. InsyaAllah suatu hari nanti teringin jugak nak kembali ke Sheffield, tempat pertemuan kami kali pertama, dan tempat cinta mula berputik. Chewahh. Hihi.
Bergambar lagi. Masa ni dah sejuk sangat dah. Tapi masing-masing contol jer.
Milan adalah bandar ke-2 paling popular di Italy selepas Rome. Berbanding Rome, bandar Milan lebih banyak bangunan moden dan bercampur dengan bangunan bersejarah. Milan juga terkenal sebagai kota fashion.
Ok, dah sampai ke tempat lawatan kami yang pertama, Castello Sforzesco.
Ambil gambar dulu.
2 beranak.
Inilah dia pintu masuk ke Castello Sforzesco
Ini sejarah bangunan ini :
i. Castello Sforzesco merupakan salah satu bangunan bersejarah terpenting di kota Milan. Istana ini mempunyai sejarah yang panjang dari pendiriannya, penghancuran, pembinaan semula dan penghiasan. Bangunan ini juga memberikan simbol bersejarah dari kota, baik dari segi kebahagiaan mahupun situasi dramatik.
ii. Bangunan pertama Castello mengacu pada benteng tertua yang disebut sebagai “di Porta Giovia” kerana dibangunkan di sepanjang tembok abad pertengahan.
iii. Bangunan ini dibangunkan sebagai benteng pertahanan di tahun-tahun antara 1360 dan 1370 oleh Galeazzo II Visconti. Castello Visconti ini memiliki bentuk segi empat dengan panjang sisi 180 meter dan empat menara sudut.
iv. Pada 1447 Filippo Maria, keturunan terakhir dari Visconti meninggal dunia tanpa meninggalkan ahli waris yang sah. Rakyat Milan memutuskan untuk menghancurkan benteng dan mengambil dinding dan batu untuk untuk mengembalikan kembali tembok kota.
v. Kemudian pada tahun 1450, Rakyat Milan mengangkat penguasa kota yang baru sebagai pemimpin iaitu Francesco Sforza, jeneral besar dan permaisuri dari Visconti terakhir, Bianca Maria, puteri tunggal tidak sah dari Filippo Maria. Mereka membangunkan semula benteng.
vi. Pada tahun 1499 Perancis menguasai Milan. Pada tahun 1521 Torre del Filarete digunakan sebagai gudang peluru yang kemudian terbakar kerana petir.
vii. Pada tahun 1526 Milan berada di bawah kekuasan Spanyol. Milan ditaklukan oleh Austria pada 1706, bangunan ini masih dipertahankan selama lebih kurang satu abad.Pada akhir abad ke lapan belas benteng itu mengalami kerosakan yang teruk, setelah penguasaan Napoleon.
viii. Setelah penyatuan Italia ppada tahun 1861, pembinaan semula Castello dilakukan oleh Luca Beltrami. Mereka merobohkan benteng luar yang tersisa, menggali parit dan memulihkan Rocchetta dan Torre di Bona, dan membina semula bahagian atas menara bulat. Pada tahun 1905 Torre del Filarete, dibangunkan semula. Castello kembali menjadi milik kota dan dijadikan rumah muzium dan perpustakaan, dan pusat kebudayaan masyarakat Milan.
Jom masuk....
Ini sejarahnya.. Sila baca kalau anda minat sangat ngan sejarah. Hehe..
Pemandangan dari dalam castle ini.
Memang best bila dapat bercuti di luar negara....
Antara nama 'fofulor' di Italy.
Peace.....
Firdaus kalau bergaya depan kamera.... Sanggup buat macam macam...
Di luar castle ini ada air pancut. So, kita selfie dulu.
Ini trem namanya. Ia akan guna jalan raya sebagai laluan. Laju sederhana.
Kami pusing pusing Victorio Emanuelle Gallery
VICTORIO EMANUELE GALLERY
1. Struktur ini terdiri daripada dua arked kaca dimana kubahnya bersilang dalam oktagon meliputi jalan yang menghubungkan Piazza del Duomo dengan Piazza della Scala. Jalan ini dilindungi oleh kaca melengkung dan bumbung besi iaitu reka bentuk popular untuk arked abad ke-19.
2. Ruang segi lapan pusat mendahului dengan kubah kaca. Milanese Galleria adalah lebih besar dalam skala dan merupakan satu langkah yang penting dalam evolusi pusat membeli-belah kaca yang moden. Ianya telah memberi inspirasi kepada penggunaan galleria.
3. Diatas alasan segi lapan pusat, terdapat empat mozek menggambarkan jata daripada tiga ibu Kerajaan Itali iaitu Turin, Florence dan Rom serta di Milan. The Galleria menghubungkan dua mercu tanda yang paling terkenal di Milan iaitu The Duomo dan Teatro Alla Scala. The Galleria sering digelar il salotto di Milano (bilik lukisan Milan), disebabkan oleh pelbagai kedai, tempat mesyuarat dan tempat makan.
4. Sehingga tahun 2013, terdapat peniaga mewah yang menjual busana anggun, barang kemas, buku dan lukisan, restoran-restoran, kafe, dan bar. The Galleria terkenal kerana menjadi rumah kepada beberapa kedai-kedai tertua dan restoran di Milan.
Cantikkan gambar gambar di sini.
Dekat dalam ni, siap ada Prada lagi. Tapi harga jangan cakap la... Memang super duper mahal.
Dekat luar galeri
Selepas itu, kami teruskan perjalanan pusing pusing pekan Milan. Ada banyak street performance kat sini. Kalau kita bermurah hati, boleh la bagi sumbangan derma kepada mereka. Nampak gambar atas ni, siap ada piala lagi tempat isi duit.
Ni kira macam Aladdin la. Keluar dari lampu ajaib. Tengoklah dia macam 'terapung' kat atas tu.
Tetiba ada bendera Malaysia kat sini. Ambil ajerlah gambar.
Then kami jumpa Duomo. Salah satu gereja yang besar di Milan.
1. Gereja Milano adalah salah satu bangunan yang paling termasyhur di seluruh Eropah . Gereja (Duomo) ini sangat besar dan dibina dengan seni bina Gothik yang terletak di lapangan utama di pusat bandar Milan , Itali .
2. Duomo di Milano ini adalah gereja Katolik Roma kedua terbesar . Hanya Katedral Sevilla yang lebih besar ( seperti halnya juga Basilika Santo Petrus di Roma , yang bukan berbentuk gereja )
3. Gereja ini panjangnya 157 meter dan jumlah keseluruhan 40,000 orang dapat ditampung di dalamnya dengan selesa . Tingkap - tingkap yang besar dari bahagian paduan suaranya terkenal sebagai yang terbesar di dunia.
4. Ambil masa 600 tahun untuk disiapkan.
Duomo dari depan
Selepas city tour, jom dinner. Kami dinner di hotel saja malam ni.
Jangan risau, semua makanan yang dihidangkan adalah HALAL.
Pelbagai jenis makanan dihidangkan..
Makan sayur jommmm.....
Bubur nasi
Tapi... Kami semua dah tak lalu nak makan. Terlalu letih dan kami rasa macam nak tidur saja sekarang ni...
Semua happpy. Puas hati berjalan hari ini..
Bilik hotel kami di Milan. Melia Milano.
Kad tahniah dari Shaklee untuk kami
Surat dari Mr President
Siap dapat medal lagi..
Alhamdulillah, selesai trip kami di Milan. Esoknya ke Florence pulak.
Jom baca pengalaman kami di Florence:-
Kami doakan anak-anak didik kami dalam Shaklee juga akan berjaya mencapai trip 5 bintang percuma ini kelak. Amin.
Wassalam
Master Maria Firdaus
Founder of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia
Di bawah ini video kami di Milan : Jom Tonton
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
COMMENTS