By : Mohd Firdaus Mat Saad
Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.
Ini adalah sambungan entry sebelum ini:-
Jom kita tengok perjalanan hari kedua di bumi Turki pulak.
Day 2 : Canakkale - Troy - Acropolis - Kusadasi
Perjalanan kami hari ini sekitar 430 kilometer. Ia mengambil masa sekitar 5 jam 30 minit.
Bermula dari Ida Kale Resort Hotel dan berakhir di Royal Palace di Kusadasi.
Walau pun nampak macam jauh, tapi seriously tak lah terasa sangat sebab sepanjang perjalanan ni kami berhenti untuk melawat tempat bersejarah, berhenti solat dan juga makan tengah hari.
Kalau anda tengok peta ini, anda boleh agak yang perjalanan hari ini kami akan nampak laut disebelah kanan kami. Memandangkan Turki bersebelahan dengan Greece, maka kami berpeluang tengok Greece dari bumi Turki.
Di Ida Kale Resort Hotel, seawal jam 7 pagi kami bersarapan di hotel.
Kami ni tekak melayu asli so kami bawa Sos Cili dan Serunding dari Malaysia. Saya bawa sebotol ni jer, siap boleh offer kat kawan-kawan di sebelah kiri kanan setiap kali makan. Dan Alhamdulillah, cukup sampai hari terakhir di Turki.
TIPS PENTING!
1. Anda boleh bawa Cili Sos, Serunding, Sambal Ikan Bilis dan sebagainya sebagai pembuka selera, sebab adakalanya lauk yang dihidang bukan selera tekak anda. Tapi kalau tak bawa pun, belasah makan aja lah. Sebaiknya bawa sos cili dalam botol plastik. Kalau botol kaca nanti mudah pecah.
2. Pastikan bawa Universal Adaptor sebab plug di Turki adalah 2-pin bulat, tak sama macam di Malaysia. Dan lagi bagus bawa sekali Extension Plug yang boleh charge 4 items sekaligus. Contohnya macam kami, first thing lepas masuk hotel, wajib terus charge Handphone x 2, Power Bank x 2. So dah jimat masa tak payah tukar-tukar charger.
3. Untuk wanita, yang paling mudah bawalah tudung yang tak payah iron. Kalau perlu iron jugak, silalah bawa Travel Iron sendiri. Sebab rasanya hampir kesemua hotel yang kami tinggal memang takde iron di bilik. Leceh pulak kalau asyik nak kena call receptionist nak minta pinjam iron hotel kan.
3. Untuk wanita, yang paling mudah bawalah tudung yang tak payah iron. Kalau perlu iron jugak, silalah bawa Travel Iron sendiri. Sebab rasanya hampir kesemua hotel yang kami tinggal memang takde iron di bilik. Leceh pulak kalau asyik nak kena call receptionist nak minta pinjam iron hotel kan.
4. Dari 6 hotel yang kami duduk, hanya 2 hotel sediakan kettle dalam bilik. So untuk penggemar kopi dan minuman air panas dalam bilik, sila bawa Travel Kettle sendiri. Kalau lapar tengah malam bolehlah terus rendam mee segera :)
Selesai breakfast, kami bergambar dahulu. Since hotel kami tepi laut, sekarang kami berpijak di benua Asia, tapi gunung di seberang laut itu adalah benua Eropah. Bukan senang nak tengok pemandangan macam ni.
Dan tahukah anda, ini adalah permulaan bumi Asia ni, dan hujung tanah besar Asia ni adalah di Johor. Kiranya Johor tanah paling bawah yang bersambung dengan tanah besar Asia. Subhanallah.
Pemandangan di sini sangat cantik dan mendamaikan. Cuma nak bergambar atas jeti ni agak berbahaya. Sebabnya lantai jeti ni ada lubang antara kayu, kalau lah phone jatuh dalam laut, huhu habislah.
Kesian Abang Hafiz, muka manyak senyum, dalam hati siapa yang tahu. Dok teringat bini la tu. Hehe.
Jeti kayu.
Bergambar masa sun rise ni memang cantik
Ok ok.. Lets go. Masa dah nak berlepas....
Semua berkumpul depan hotel. Sekarang ni sessi berkenalan dengan peserta lain.
Pihak Kembara Sufi memang sentiasa berikan kami hotel 4 star minimum. Tapi pada pandangan saya, 4 star di Turki sama macam 3 star di Malaysia jer.
Jam 7:55 kami berkumpul depan bas. Beg semua dah dinaikkan ke dalam perut bas.
TIPS PENTING!
Biasanya, beg dikumpulkan di hadapan lobby hotel. Setiap orang bertanggung jawab untuk pastikan nampak sendiri bag masing-masing di bawa masuk ke dalam perut bas. Jangan tolong angkat beg orang lain kalau tuan punya bag tak ada di situ untuk mengelakkan ada beg yang tertinggal.
Dalam erti kata yang lain, siapa yang tinggal beg, dia lah yang careless.
Kalau tak larat nak angkat, boleh minta tolong orang muda angkatkan. Di bas, driver akan tunggu untuk susun dalam perut bas.
Lagi satu, jangan bawa banyak sangat beg. Kami cuma bawa satu beg besar dan satu bagpack setiap seorang. Maria ada tambahan sling bag. Itu sahaja.
Sebab kami memang tak plan nak shopping banyak di sini. Tapi kalau anda memang plan nak shopping banyak, then boleh lah bawa extra bag.
Sebab kami memang tak plan nak shopping banyak di sini. Tapi kalau anda memang plan nak shopping banyak, then boleh lah bawa extra bag.
Driver baru kami hari ni. Hafiz.
Sebelum bergerak, semua orang baca doa bersama sama. Inilah kelebihan kembara sufi. Sentiasa berdoa mohon perlindungan dari Allah sebelum memulakan perjalanan.
Pagi pagi ni kita senyum dulu yer.
Tempat lawatan kami yang pertama hari ini adalah Troy.
Eren menerangkan itenary hari ini. Troy - Makan - Solat - Bergerak ke Bergama Acropolis sebelem berangkat ke Kusadasi dan menginap di Royal Palace Hotel.
Selepas 20 minit, kami tiba di Troy. Ada kuda kayu besar di sini. So Shahnom sebagai Tour Leader Kembara Sufi apa lagi, "Group Photo Group Photo......"
Sejarah Troy :
Bersyukurlah saya sebab di Turki saya roaming, hanya RM137 untuk unlimited call to Malaysia and Turki. Dapat Data 3GB. Kos untuk 7 hari hanya RM137. Bagi saya murah.
So, setiap kali sebelum melawat satu satu tempat, saya akan google dahulu.
Baca dulu sejarah tempat tu. So, nanti kalau dah pi tengok senang la nak expect apa yang akan berlaku.
Kalau diikutkan kisahnya, satu ketika dahulu Kerajaan Troy merupakan satu kerajaan yang sangat bertamadun dan sangat kuat.
Pusat pemerintahan kerajaan mereka terletak di Troy dan dilindungi oleh satu kota yang sangat kukuh.
Pada zaman dahulu, sering berlaku peperangan antara Kerajaan Troy dan juga golongan Yunani.
Pada satu hari, kerajaan Yunani 'Menghantar Ufti' kepada kerajaan Troy berbentuk sebuah kuda kayu yang sangat besar. Semasa menghantar ufti ini, kerajaan Yunani seolah olah macam 'serah diri' kepada kerajaan Troy.
Pada malam tersebut, penduduk dan askar kerajaan Troy berpesta arak meraikan kemenangan mereka.
Tanpa disangka sangka, rupa rupanya di dalam kuda kayu besar itu, terdapat tentera dari kerajaan Yunani.
Apabila mereka nampak askar dan penduduk Troy sudah mabuk, mereka keluar dari kuda kayu tersebut dan membuka pintu kota berkenaan.
Selepas pintu kota dibuka dari dalam, seluruh tentera Yunani menyerang penduduk Troy. Disinilah jatuhnya kerajaan Troy.
Bergambar di hadapan kuda besar. Ia adalah replika. Yang lama sebenarnya dah hancur sebab ia berlaku ribuan tahun dahulu.
Kawasan ini terletak dalam kawasan World Heritage - Di iktiraf oleh UNESCO sebagai peninggalan sejarah penting untuk dunia.
Eren menerangkan kepada kami sejarah bermulanya kerajaan ini. Tapak sejarah ini hanya mula dikesan pada tahun 1870 oleh Heinrich Schliemann yang berasal dari Jerman.
Apabila mula menjalankan kerja kerja mengorek tempat ini, mereka mula menemui satu persatu kesan sejarah yang sangat unik. Antaranya emas dan juga kawasan penempatan manusia berusia ribuan tahun.
Hasil kajian mereka mendapati, kawasan ini menempatkan 9 bandar yang terletak di atas tapak yang sama.
Tapak asal berusia ribuan tahun dan kecil. Namun, kawasan itu rosak mungkin akibat peperangan atau gempa bumi. Selepas itu, masyarakat selepas itu akan bina kota kedua di atas kota pertama tadi. Mereka hanya tanam kota pertama dan mula membina kota kedua di atas kota pertama tadi.
Perkara yang sama berlaku dan akhirnya, mereka mendapat ada 9 tapak bandar yang dibina di atas satu bandar yang lama. Ini dapat dibuktikan dengan lapisan tanah dan batu yang berbeza bagi setiap lapisan.
Tembikar dan tempayan berusia ribuan tahun turut ditemui di tempat ini
Kota ini terletak di tempat tinggi, ia bersesuaian dengan tujuan keselamatan dan perlindungan dari serangan musuh.
Pada zaman dahulu lagi, mereka sudah pandai memotong dan menyusun batu untuk membina bangunan.
Dah macam dua beradik si Hafiz dan Eren ni. Sama sama botak dan tinggi.
Sejarah manusia purba.
Setiap lapisan tanah menggunakan batu dan cara binaan yang berbeza.
Laluan yang di temui. Apa yang tertinggal ini adalah bangunan yang bertahan selepas Turki melalui beberapa siri gempa bumi besar ribuan dan ratusan tahun terdahulu.
Bersungguh-sungguh Eren menerangkan sejarah tempat ni.
Total perjalanan kami di kawasan sini sekitar 600-800 meter.
Ada kesan peperangan yang mana ada bangunan yang pecah akibat serangan musuh
Perigi zaman dahulu.
Ribuan tahun dahulu, manusia sudah pandai memahat batu marmar untuk menjadi ukiran cantik sebegini.
Kesan peninggalan sejarah. Ternyata, Turki sangat kaya dengan sejarah. Bukan sekadar ratusan tahun, tapi sejarah yang berumur ribuan tahun.
Subhanallah. Tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia sia. Sebagai manusia, kita perlu banyak belajar dari sejarah. Kita jangan terasa kita hebat, sebab manusia zaman dahulu pun sebenarnya sudah bertamadun. Mungkin, mereka lebih maju dari kita hari ini.
Troia - Treasures of Turkey
Sebelum keluar, tengok tengok dulu kedai cenderamata.
Buku yang menerangkan sejarah Troy.
Patung Troy untuk dijual.
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Disepanjang perjalanan kami melihat banyak pokok zaitun. Ternyata Turki salah satu pengeluar minyak zaitun di dunia.
Kebun kapas. Hmmm.. Macam ni rupanya kapas di tanam.
Its lunch time. Hari ni kami lunch awal. Sekitar jam 11:30 pagi. Makan di Caravan Restaurant.
Anda kalau tengok sayur sayur tu, huhu.. Jangan mudah tertipu. Sayur di Turki banyak sudah di jerukkan. So bila makan memang terasa masamnya. Saya ambil semangkuk sayur warna putih. Ku ingat sup sayur. Sekali bila makan, rasa macam nak melompat sebab teramatlah masam.
Pilihan lauk ada banyak, tapi saja la nak bagi tau. Sepanjang 8 hari kami berkelana di bumi Turki, hampir semua restoren masak lauk dan jenis yang sama.
Pada waktu inilah, serunding dan sos cili menjadi wonderpet untuk membuka selera tekak Melayu ni.
Habis makan, kami bersolat di Masjid dahulu.
Keunikan Turki, setiap masjid ada kubah yang besar dan cantik hiasannya.
Selesai solat, Imam masjid nak bergambar dengan kami pula. So group photo dulu!
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan menaiki bas ke Bergama. Acropolis city.
Yang bestnya, untuk naik ke atas kami menaiki Cable Car. Sebijik macam Cable Car di Langkawi.
Di dalam cable car.
Perjalanan Cable Car hanya sekitar 8 minit.
Pemandangan dari dalam kereta kabel.
Geng baru dari Johor.
Sampai dah di atas Akropolis City.
Dekat atas, ada orang jual air buah delima pula. Fresh. Segelas hanya 5 TL. Kalau di KL mau RM15 segelas ni.
Ada banyak kedai cenderamata. Ramai ahli rombongan kami dah mula shopping di sini.
Tak murah nak masuk atas ni. Tapi semuanya dah dibayar oleh syarikat tour agen.
Nak ke tandas seperti biasa, 1 Turkish Lira. Sekali nak buang air, bayar la RM1.30, so rancanglah waktu kencing anda dengan baik.
Berselfie dulu.
Untuk melawat Pergamon, Akropolis nak kena mendaki bukit lagi.
Untuk makluman anda, kaum Yunani yang satu ketika dahulu merupakan satu kaum yang sangat hebat. Mereka berupaya menukar gunung batu untuk menjadi satu kawasan penempatan dan peradaban yang maju satu ketika dahulu.
Jika anda lihat di atas ini, ia adalah satu kota yang sangat maju. Ia pernah didiami ribuan manusia satu ketika dahulu. Rakyat marhaein akan tinggal di bawah bukit manakala maharaja pula akan membina istana mereka di atas bukit.
Pendek kata, kalau nak berperang tu raja yang akan selamat dulu.
Lagi pun, penempatan dahulu lebih tertumpu di kawasan tinggi kerana ia memudahkan mereka bersedia ketika melihat musuh yang ingin menyerang.
Di atas sini, terletak istana satu ketika dahulu. Orang kaya dan golongan raja akan tinggal dibahagian atas.
Kota ini pernah hancur satu ketika dahulu akibat gempa bumi yang kuat.
Jom kita naik sampai ke atas
Sampai atas, sekali lagi Eren bagi penerangan kepada kami mengenai sejarah kawasan ini.
Sama sama kita fikir, macam mana lah mereka ni angkat batu yang bertan tan dan susun di atas tiang ni pula.
Apa yang menarik, tiang yang dibina ini bukanlah satu tiang satu batu. Tapi batu batu ini dicantum membentuk satu tiang.
Pada zaman dahulu, sudah ada teknologi canggih yang mereka gunakan untuk melekatkan antara satu batu ke batu yang lain.
Batu ini bukan sekadar kuat, tapi boleh bersambung dan tak jatuh pulak tu.
Pemandangan jarak jauh
Dibelakang kami adalah Theater. Di sinilah tempat mereka membuat satu upacara keramaian.
Cantik... Memang cantik..... Sebenarnya, ini adalah peninggalan kuil mereka. Bagi orang Yunani, apabila mereka membina tempat bersembahyang mereka, mereka akan buat dan hias dengan sangat cantik.
Lets enjoy the view.....
Batu yang kat atas tu punyalah berat. Macam manalah mereka angkat naik dahulu. Dan macam mana pula boleh tak runtuh masa gempa bumi.
Cuba perhatikan, batu atas dan bawah bukanlah dari jenis batu yang sama. Tapi masi boleh melekat dan tidak jatuh.
Subhanallah. Hebat sungguh teknologi orang dahulu.
Kalau orang hari ni nak buat macam ni pun, tak tahulah berapa lama masa yang akan diambil.
Sebenarnya, temple asal sangat besar. Tapi hanya ini yang tinggal untuk generasi hari ini lihat.
Datin Seri Maria nak posing....
Mereka juga sudah ada sanskrip penulisan orang Roman. Anda boleh baca tak? Paham ke paham?
Selepas hampir sejam berada di atas, kami turun balik ke bawah.
Sekitar jam 8 malam, kami tiba di Royal Palace Hotel.
Terletak di Kusadasi.
Beg diturunkan, semua sedang menunggu kunci.
Katil kami dapat 2 + 1.
Pemandangan dalam bilik. Kira ok lah kan hotel yang mereka sediakan.
So, it's time untuk rehat. Bersolat Maghrib dan Isyak, tidur dan seterusnya bersedia untuk hari esok.
Jemput baca perjalanan kami pada hari ketiga di sini:-
Travelog Turki - Day 3 : Kusadasi - Leco Leather - Ephesus - Isa Bey Mosque - Pamukkale
Thanks for reading! :)
Jemput baca perjalanan kami pada hari ketiga di sini:-
Travelog Turki - Day 3 : Kusadasi - Leco Leather - Ephesus - Isa Bey Mosque - Pamukkale
Thanks for reading! :)
Jika Ada Mana Mana Travel Agen Yang Ingin Mendapatkan Khidmat Penulisan Berinformasi Sebegini Dalam Trip Anda, Sila Hubungi Saya. 019-5782515. Tak Perlu Bayar Pun. Just Bawa Saya Ikut Trip Anda Dan Saya Akan Mempromosikan Syarikat Anda Secara Percuma.
Wassalam.
Maria Firdaus
Motivating And Inspiring Others
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Sebegini, Sila Hubungi Nombor Di Bawah Yer
Harga yang ditawarkan adalah RM3999 + RM200 ( Tipping ) = RM4199 Sahaja.. Trip Untuk Tahun 2018 Sudah Dibuka Sekarang.
Jika berminat, anda boleh Whatsapp : 019-302 6460
Cakap ajer, nak pakej Turki macam Maria Firdaus ambil.
Atau Klik Link Ini : http://bit.ly/kembarasufi-turkey Anda Akan Direct Whatsapp Ke Kembara Sufi
Jika Ada Mana Mana Travel Agen Yang Ingin
Mendapatkan Khidmat Penulisan Berinformasi Sebegini Dalam Trip Anda, Sila
Hubungi Saya. 019-5782515. Just Bawa Saya Ikut Trip Anda
Dan Saya Akan Mempromosikan Syarikat Anda Secara Percuma.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
Terbaik.....
ReplyDelete